IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KURSUS INDUKSI PENSYARAH BAHARU SIRI 1 & SIRI 2 - 2026

Siri 1
Tarikh : 07 – 09 April 2026 (Selasa-Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : SSTP Shah Alam, Selangor

Siri 2
Tarikh : 13 – 15 April 2026 (Isnin - Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : SSTP JPWPKL

OBJEKTIF :

1.Memberi kefahaman mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab hakiki sebagai seorang pensyarah.

2.Memastikan pensyarah baharu memahami Dasar KPM dan pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) dalam sistem pendidikan.

3. Memberi panduan mengenai pengurusan, penyeliaan, bimbingan, serta penilaian pelajar semasa praktikum.

4.Mendedahkan pensyarah kepada pembangunan projek inovasi, kaedah penyelidikan pendidikan, serta format penulisan artikel ilmiah yang standard.

5.Menjelaskan kitaran pengurusan peperiksaan, penggunaan sistem (i-TEMS), serta akta danperaturan yang perlu dipatuhi.

6.Menyerapkan nilai-nilai dan budaya kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada ahli akademik baharu.

IMPAK YANG DISASARKAN :

Pelaksanaan program ini dijangka dapat meningkatkan kefahaman perjawatan dan penguasaan dasar KPM serta sistem OBE dalam kalangan pensyarah baharu. Selain itu, ia bertujuan memantapkan kemahiran penyeliaan praktikum dan pengurusan peperiksaan mengikut standard i-TEMS yang ditetapkan. Program ini juga disasarkan untuk membudayakan penyelidikan, inovasi, dan penulisan ilmiah, sekali gus membolehkan peserta mengasimilasi budaya kerja IPG dengan lebih berkesan.

Anjuran : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (IPGKBM)
[PERKARA : JEMPUTAN KE PROGRAM RENTAK KAMPUS 2026 ]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 menjemput Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik ke majlis ini seperti:

📅 Tarikh : 29 April 2026
⏰ Masa : 8.45 malam hingga 10.30 malam
📍Lokasi: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Semoga dengan kehadiran Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menambah seri dan kelancaran majlis yang akan berlangsung.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
Julang Anak Warisan
‎سيروا على بركة الله
[PERKARA : HEBAHAN UJI BAKAT PASUKAN NASYID INSTITUT BAHASA]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 akan menganjurkan Uji Bakat Pasukan Nasyid Institut Bahasa. Sehubungan itu, semua pelajar lelaki adalah dipelawa untuk menyertai sesi uji bakat ini bagi mencungkil bakat serta berpeluang mewakili IPG KBM dalam pertandingan nasyid akan datang.

Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 28 April 2026
🕗 Masa: 8:45 malam
📍 Tempat: Bilik Kebudayaan, Kolej Kediaman Dato Razali Ismail

Peserta disarankan untuk bersedia dengan nyanyian lagu masing-masing untuk dipersembahkan semasa sesi uji bakat.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeh_477wDjFQvYo6bNaLcYOIHS-yF2TcQnWAxL5liRBrLNq8w/viewform

⏰ Pautan pendaftaran akan ditutup pada hari Selasa, 28 April 2026 jam 4.30 petang.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
‘Julang Anak Warisan’
سيروا على بركة الله
[PERKARA : PERHIMPUNAN BULANAN & BICARA REKTOR]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Sukacita dimaklumkan Perhimpunan Bulanan dan Bicara Rektor akan berlangsung seperti berikut:

📌 Bicara Aspirasi Rektor IPGM Siri 1 Tahun 2026: Pembugaran Budaya PLC dan 5P+

📆 Tarikh: 30 April 2026 (Khamis)
🕢 Masa: 9:45 pagi - 12:45 tengah hari
🏫 Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB), IPGKBM
📲 Buku program : https://heyzine.com/flip-book/7968979599.html
🏷️ Kedudukan Kohort :
* Kohort E : Aras 2
* ⁠Kohort B, C, D & PDPP : Aras 3

📌 PERINGATAN ❗
⏱️ SILA TEPATI MASA
💯 KEHADIRAN ADALAH WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR, PENSYARAH DAN STAF
🎤 SEMANTIQUE🎤

Bersedia untuk persembahan istimewa yang penuh nostalgia dan energi! 🎶✨
Saksikan kemunculan istimewa *Alumni IB Buskers* yang bakal menghidupkan suasana dengan alunan muzik yang memukau.

Rentak santai, jiwa penuh makna, dan vibe yang pasti mengimbau kenangan! 🎸🔥
Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan sama-sama memeriahkan suasana! 🤩🙌
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datin Dr./YBrs. Ts. Dr./YBrs. Dr./Tuan/Puan,

PROGRAM BICARA ASPIRASI REKTOR IPGM SIRI 1 TAHUN 2026
Pembugaran Budaya PLC dan 5P+

🗓️: 30 April 2026 (Khamis)
⏰: 10.00 pagi
🏢: IPG Kampus Bahasa Melayu
🧑🏻‍🏫: YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap; Rektor IPGM
📺 Siaran Langsung: https://www.youtube.com/live/QcMLbntgJSA?si=tD2Svo0kBFzDOQ1s
📲 Buku program : https://heyzine.com/flip-book/7968979599.html

Program julung kali ini merupakan platform rasmi kepimpinan tertinggi IPGM untuk menyampaikan aspirasi, hala tuju strategik serta penegasan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan guru.

Perkongsian ini turut menekankan kepentingan pembugaran budaya Professional Learning Community (PLC) dan pengukuhan amalan 5P+ sebagai pemacu transformasi warga IPG ke arah prestasi berimpak tinggi.

Sehubungan itu, semua warga IPG KPM dijemput mengikuti siaran langsung ini mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Kehadiran dan penyertaan penuh amatlah dihargai.
PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN KERJASAMA PROMOSI KURIKULUM PRASEKOLAH 2026: MODEL PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA

Anjuran : Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JNWPKL) bersama JPWP Kuala Lumpur, JPWP Putrajaya dan IPGK Bahasa Melayu (Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Siswa Guru PISMP PAKK Ambilan Ogos 2024/2027 )

Sekolah terlibat :
🏫 SK Sentul Utama - 29 April 2026
🏫 SK Putrajaya Precint 11 (2) - 30 April 2026

Masa :
8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Turut hadir :
YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGKBM

Pensyarah:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. Pn Nuridah binti Mohamad Isa
3. Pn Khoo Swee Ling
4. Pn A.Hafizah binti Zaki
5. Pn Arulmozhi a/p Narayanasamy

Objektif Program :
1. Memberi pendedahan dan memperkukuh kefahaman warga pendidikan berkaitan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 dan Model Pendidikan Prasekolah Malaysia.
2. ⁠Menggalakkan pelibatan dan interaksi antara Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah serta Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) melalui pelaksanaan aktiviti pembelajaran bersama murid prasekolah.

Impak Program :
1. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru prasekolah serta warga pendidikan terhadap pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 secara lebih berkesan.
2. ⁠Meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah (JPAKK) dan siswa guru melalui kolaborasi strategik serta interaksi langsung dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan.
3. ⁠Mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat, khususnya dalam memperkasakan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti di Malaysia.
BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM ASUHAN & PERMATA NEGARA UNTUK PENDIDIK AWAL KANAK-KANAK

Anjuran : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPG Kampus Bahasa Melayu

Tarikh : 22-24 April 2026
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Anggerik, IPGKBM
Penceramah : Pn Normasura binti Haji Jani (Pensyarah Cemerlang DG54), IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Sasaran :
Semua pensyarah JPAKK dan Siswa guru major PAKK (B9, D6, D7, E19, E20)

Objektif Program :
1. Meningkatkan kefahaman pensyarah dan siswa guru terhadap Kurikulum PERMATA Negara selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Memantapkan pengetahuan pedagogi peserta dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan perkembangan (developmentally appropriate practices) bagi kanak-kanak 0–4 tahun.
3. ⁠Menyokong keperluan Malaysian Qualifications Agency dengan memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam PdP (merancang, melaksana dan menilai).

Impak Program :
1. Dapat mengaplikasikan prinsip dan kandungan kurikulum PERMATA Negara secara lebih tepat dan selaras dengan dasar pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
2. ⁠Pensyarah dan siswa guru lebih bersedia menghadapi keperluan praktikum yang berkualiti, pelaksanaan PdP autentik serta pentaksiran berasaskan perkembangan.
3. P⁠rogram ini dapat menambah baik amalan PdP pensyarah dan siswa guru melalui hasil pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional).

Bengkel Pemantapan Kurikulum Asuhan dan PERMATA Negara berjaya memperkukuh kefahaman, pengetahuan pedagogi serta kompetensi pensyarah dan siswa guru dalam melaksanakan PdP pendidikan awal kanak-kanak secara holistik dan berkesan. Di samping itu, pelaksanaan program ini turut menyokong keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency khususnya dalam pembangunan kompetensi profesional dan kesediaan praktikum.

Galeri gambar : https://drive.google.com/drive/folders/1jamZc3nD83F0GVIuH-lnY8DZJ1uOTy71