IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL INDUKSI KURIKULUM BAGI SUBJEK GAPD1032 ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL

Tarikh : 25 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik JPPI, Aras 6

Penceramah: Ts. Mimma Sayuti binti Mat Khalid
Penglibatan :
1. Semua pensyarah Kursus GAPD1032, Asas Pembelajaran Digital
2. ⁠Penyelaras Kursus GKEB1072, BMMB1144, PAKK1172

Objektif Program
1. Meningkatkan kompetensi pedagogi digital pensyarah dalam membimbing pelajar memanfaatkan teknologi secara bermakna.
2. ⁠Melaksanakan proses merungkai dan merangkai kursus GAPD1032 bersama kursus-kursus komponen lain (GKEB1072, BMMB1144, BAMB1144, PAKK1172) bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran yang holistik dan bersepadu.
3. ⁠Mereka bentuk strategi pedagogi dan pentaksiran berterusan yang efektif melalui pemanfaatan digital.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertara
Program Pembinaan Munsyi Siswa untuk Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu Ambilan Ogos 2022-Julai 2026 (Kumpulan Andika)

Terima kasih Pn. Amrien Hamila binti Maarop (Penolong Pengarah, Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM) yang sudi hadir bersama-sama dalam Kursus Pemantapan Munsyi Siswa IPGKBM pada hari ini 24/5/2026 (Ahad).

https://vt.tiktok.com/ZSxawoFDh/

https://vt.tiktok.com/ZSxmeKq59/
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026

Jom ke PBAKL 2026! Alami 10 hari keraian literasi di WTCKL bermula 29 Mei - 7 Jun | 10 pagi - 10 malam. Terokai pelbagai aktiviti menarik & miliki naskhah kegemaran anda. Kemasukan percuma.

#Malaysia Membaca, Merayakan Buku.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Dengan Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI), IPGKBM akan menganjurkan PInovKBM 2026, iaitu Pertandingan Inovasi peringkat institut yang bertujuan untuk mencungkil, memperkasakan dan membudayakan inovasi dalam kalangan warga IPGKBM.

📅 Tarikh : 29 – 30 Jun 2026
📍Tempat: Lobi, Menara IPGKBM
🗓 Tarikh Tutup Penyertaan: 8 Jun 2026

Sehubungan dengan itu, semua warga IPGKBM diundang untuk menyertai pertandingan ini.

Sila baca syarat penyertaan sebelum membuat pendaftaran melalui kod QR yang disediakan. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Dr. Liz Aliza Awang (012-7596564).

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.

#JPPIIPGKBM
#PendidikanBermutuInsanTerdidikNegaraSejahtera
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

JADUAL WAKTU SEM III JUN - JULAI 2026

Pautan: https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-pismp-dan-ppismp-sem-iii-jun-julai-2026

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BENGKEL MELAKAR KEINDAHAN VISUAL
Tarikh : 25 Mei 2026
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Galeri Seni Shah Alam

Penglibatan :
1. Pensyarah JSK, Pensyarah JKA, Pensyarah JPAJK
Objektif Program
1. Meningkatkan keupayaan peserta mengekspresikan idea dan emosi melalui lakaran.
2. Memupuk keyakinan diri dan kreativiti dalam penghasilan karya seni secara individu.
3. Menterjemah pemerhatian visual kepada lakaran yang mempunyai nilai estetik dan ekspresi kendiri.

Impak Program
1. Peserta dapat mengekspresikan idea, perasaan dan pengalaman melalui lakaran secara lebih berkesan. Kemahiran ini membantu peserta menggunakan seni sebagai medium komunikasi visual dan ekspresi diri.
2. Bengkel ini merangsang pemikiran kreatif melalui penerokaan teknik, gaya dan idea baharu dalam penghasilan lakaran.
3. Peserta dapat menterjemahkan pemerhatian ke dalam bentuk lakaran yang mempunyai nilai estetik dan identiti tersendiri.

Rumusan
Program Bengkel Melakar Keindahan Visual berjaya meningkatkan keupayaan peserta mengekspresikan idea dan emosi melalui seni lakaran, memupuk keyakinan diri serta kreativiti, dan memperkukuh kemahiran pemerhatian visual yang diterjemahkan kepada karya seni yang mempunyai nilai estetik dan ekspresi kendiri. Program ini turut menyumbang kepada pembangunan potensi individu serta pengukuhan budaya seni dan kreativiti dalam kalangan peserta

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Layari Portal Rasmi IPGM dan FB ipgmKemPendidikan:

🔵Portal IPGM: https://ipgm.moe.edu.my
🟡fb : https://www.facebook.com/ipgmKemPendidikan
[PERKARA : SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin (KEMODI) bersama Kelab Rakan Islah (KRI) akan menganjurkan:

"SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN"

🗓 Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Surau At-Taqwa
📍Pautan GM: https://meet.google.com/unz-ghfh-bmx

Program ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan rakan pelajar yang sedang menerima rawatan di hospital.

Sehubungan itu, semua pelajar DIJEMPUT hadir bagi memeriahkan majlis ini. Program ini juga akan dilaksanakan secara hibrid. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله