IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
LAWATAN JEJAK ALUMNI FSSK BERSAMA PELAJAR FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UKM KE IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Pada 19Jun 2026 Jumaat yang lepas, IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah pengelolaan Jabatan Persuratan Melayu telah menerima kunjungan lawatan delegasi  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 19 Jun2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat : Lobi IPG Kampus Bahasa Melayu

🎯 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Program Lawatan Jejak Alumni ke IPG Kampus Bahasa Melayu ialah:

1. Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai prospek kerjaya dan laluan profesional dalam bidang pendidikan, bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui sesi perkongsian bersama alumni serta warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

2. Memperkukuhkan hubungan strategik antara mahasiswa, alumni dan institusi pendidikan bagi mewujudkan jaringan kerjasama yang dapat menyokong pembangunan akademik, profesional dan sahsiah pelajar.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap sistem latihan perguruan serta pengurusan institusi pendidikan, khususnya yang berkaitan dengan bidang bahasa Melayu dan pendidikan bahasa.

4. Membentuk mahasiswa yang berdaya saing, berwawasan dan bermotivasi tinggi melalui pendedahan kepada pengalaman, pencapaian dan amalan terbaik alumni dalam bidang pendidikan serta kerjaya yang berkaitan.
Assalamualaikum WBT,
Selamat Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah yang telah disenaraikan bagi Majlis Anugerah Gemilang Institut Bahasa (MAGIs) Siri 1/2026.

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9:30 pagi hingga 1:15 tengah hari
📍 Tempat: Foyer Lobi, IPG Kampus Bahasa Melayu

Sekian, terima kasih.
Penyelaras MAGIs Siri 1 2026
KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM KOR SISPA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM KOR SISPA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 2026

Aktiviti: Ujian Teori dan Fizikal bagi Kursus Asas

Anjuran: Kor SISPA IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 7.45 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Za’ba
Penglibatan: 92 siswa guru Kumpulan Embun Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Menilai tahap penguasaan peserta terhadap pengetahuan asas pertahanan awam yang telah dipelajari sepanjang Kursus Asas Kor SISPA.
2. Menguji tahap kecergasan fizikal, disiplin serta keupayaan peserta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan semasa ujian.
3. Menilai kefahaman peserta terhadap kemahiran asas berkaitan tindakan kecemasan dan keselamatan yang telah dipelajari.

IMPAK PROGRAM:
1. Peserta dapat mengenal pasti tahap penguasaan teori dan kemahiran praktikal yang telah dipelajari sepanjang Kursus Asas.
2. Peserta dapat meningkatkan keyakinan diri, disiplin serta ketahanan fizikal melalui pelaksanaan ujian yang dijalankan.
3. Peserta menjadi lebih bersedia dan berpengetahuan dalam menghadapi situasi kecemasan serta mengaplikasikan kemahiran asas pertahanan awam.

Secara keseluruhannya, ujian teori dan fizikal Kursus Asas ini membantu menilai pengetahuan, kemahiran serta ketahanan peserta. Program ini juga meningkatkan disiplin, keyakinan diri dan kesediaan peserta dalam menghadapi situasi kecemasan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Tarikh : 03 hingga 05 Jun 2026
Hari : Rabu - Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 4:00 petang
Tempat : SEAMEO SEN, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

Program Transformasi Minda (PTM) merupakan program wajib yang dilaksanakan bagi penjawat awam lantikan baharu dalam perkhidmatan awam Malaysia. Program ini bertujuan membentuk pegawai yang berpengetahuan, berintegriti, beretika serta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam.
PTM berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan peserta kepada dasar-dasar kerajaan, nilai dan budaya kerja sektor awam, sistem pentadbiran negara, serta prinsip tadbir urus yang baik. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada aspek profesionalisme, akauntabiliti, integriti, komunikasi berkesan dan semangat kerja berpasukan yang diperlukan dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.

OBJEKTIF:
Memberi pendedahan dengan Modul Program Transformasi Minda kepada Jurulatih PTM dan Ketua Jabatan / Ketua Unit dan Pensyarah. Memberi pendedahan, pengetahuan serta meningkatkan kompetensi profesionalisme kepada Jurulatih dan Ketua Jabatan/Ketua Unit dan Pensyarah.

IMPAK:
Pelaksanaan program ini dijangka dapat meningkatkan kompetensi dan profesionalisme Jurulatih PTM serta barisan kepimpinan melalui pemahaman modul yang lebih mendalam dan selaras. Pengetahuanyang diperoleh akan memantapkan kualiti penyampaian maklumat serta memupuk budaya kerja cemerlang yang berteraskan anjakan paradigma yang positif. Secara keseluruhannya, program ini bakal memperkukuh sinergi organisasi dalam memacu transformasi modal insan yang lebih berkualiti, berintegriti, dan berdaya saing.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Syabas dan Tahniah diucapkan atas kemenangan pasukan Forum IPG Kampus Bahasa Melayu di bawah bimbingan Dr. Rosnawati binti Saád (Jabatan Pengajian Melayu) dalam Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak ke-16 (Peringkat Antarabangsa) pada 30 Jun - 2 Julai 2026.
1. Pasukan Forum (Kategori B) - Naib Johan
2. Pasukan Forum (Kategori A) - Saguhati

🗓️Tarikh Majlis Perasmian Penutupan: 2 Julai 2026 (Khamis)
⏰Masa: 8:00 pagi – 01:00 tengah hari
🏫Tempat: IPG Kampus Ipoh, Perak.
📌Majlis Perasmian Penutupan diserikan dengan kehadiran:
Dr. Masitah binti Mohammad Yusof (Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu)
Turut Hadir:
i. Dr. Zanariah binti Hamid (KJ JPM)
ii. Dr. Zabedah binti Mohammed (KJ JKA)

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#semarakmbmmbi#sahabatbahasambmmbi
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SIRI 1 : PRA UJIAN KIT B.A.C.E (Bunyi, Abjad, Cantum dan Eja)

Anjuran: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK)
Tarikh: 3 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 10.00 tengah hari
Tempat: Prasekolah Bintang, IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
Sasaran: 21 orang Kanak-kanak Prasekolah Bintang

Pensyarah : Puan Chitra A/P Batumalai
Pelajar Terlibat : 25 orang siswa guru PISMP D7

OBJEKTIF PROGRAM :
1.⁠ ⁠⁠Mengenal pasti tahap penguasaan literasi awal kanak-kanak dalam membunyikan huruf, mengenal abjad, mencantum suku kata dan mengeja melalui aktiviti pra ujian.
2.⁠ ⁠⁠Mengenal pasti murid Prasekolah Bintang yang akan terlibat dalam program KIT B.A.C.E melalui skor pra ujian.

IMPAK PROGRAM
1.⁠ ⁠Memahami dan mengetahui kaedah pengumpulan data murid prasekolah melalui pelaksanaan pra ujian yang sistematik.
2.⁠ ⁠⁠Mengenal pasti tahap penguasaan literasi awal kanak-kanak Prasekolah Bintang dalam kemahiran mengenal bunyi huruf, abjad, mencantum suku kata dan mengeja.

RUMUSAN PROGRAM
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pra Ujian Kit B.A.C.E (Bunyi, Abjad, Cantum dan Eja) di Prasekolah Bintang, IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Dapatan daripada pra ujian ini akan dijadikan asas dalam merancang intervensi dan aktiviti pembelajaran yang sistematik bagi meningkatkan penguasaan literasi kanak-kanak melalui penggunaan Kit B.A.C.E.