IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
PROGRAM PEMENTORAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (INOVASI & PENYELIDIKAN) FASA 2 (Pro-MInP2)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM PEMENTORAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU (INOVASI & PENYELIDIKAN) FASA 2 (Pro-MInP2)

πŸ—“οΈTarikh: 5 dan 6 Ogos 2026
πŸ“œHari: Rabu & Khamis
⏰Masa: 12:00 tgh – 4:30 petang
🏒Tempat: Bilik Simulasi Bestari, Aras 2, IPGKBM
πŸ‘₯ Peserta : Guru-Guru JPWPKL

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKBM dengan kerjasama JPWPKL

OBJEKTIF:
1. Memantapkan kemahiran guru dalam pelaporan dan penulisan kajian tindakan secara sistematik dan berkualiti.
2. Meningkatkan keupayaan guru menganalisis, mentafsir dan membentangkan dapatan kajian menggunakan teknologi digital dan AI.
3. Membimbing guru menghasilkan artikel ilmiah berasaskan dapatan kajian yang berkualiti untuk pembentangan dan penerbitan.

IMPAK PROGRAM :
1. Meningkatkan kompetensi guru dalam pelaksanaan penyelidikan, penulisan artikel ilmiah dan pembentangan dapatan kajian dengan sokongan teknologi AI.
2. Memperkukuh pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan guru selaras dengan prakarsa Reformasi Pendidikan Malaysia (RPM) dan aspirasi Pelan Induk IPGM.
3. Menghasilkan guru yang inovatif, reflektif dan berdaya saing melalui penghasilan kajian tindakan dan inovasi yang berimpak terhadap penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🌟 TAHNIAH & SYABAS AHLI PRSD IPG KAMPUS BAHASA MELAYU! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada wakil PRSD IPGKBM atas kejayaan cemerlang dalam Simposium Inspirasi PRSD Peringkat Kebangsaan 2026. πŸŽ‰

πŸ₯‰PERTANDINGAN INOVASI PRSD
Tahniah kepada NUR SYAZA AZRAFINA BINTI AZIAN (C5) dan NOOR BATRISYIA AMANI BINTI NOOR HAMIZAN (C8) atas kejayaan memperoleh ANUGERAH GANGSA. Satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga PRSD! ✨

πŸ†PERTANDINGAN POSTER DIGITAL
Tahniah kepada DAMYA HANNA BINTI MUHAMAD AZMI (E19) yang telah berjaya mewakili Zon Tengah ke peringkat kebangsaan. Syabas atas usaha, komitmen dan keberanian membawa nama IPG Kampus Bahasa Melayu ke pentas kebangsaan. πŸ‘πŸ’œ

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, berinovasi dan memberi manfaat kepada komuniti, di samping menjadi inspirasi kepada rakan-rakan PRSD yang lain.

πŸ’œπŸ’› Terus melangkah dengan cemerlang dan mengharumkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu!

β€œPRSD: Memacu Kesejahteraan, Melestari Pendidikan Masa Hadapan.β€πŸŒΏβœ¨
Ralat: Perubahan syarat pertandingan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pertandingan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat IPGKBM 2026

Sekretariat Rukun Negara IPG Kampus Bahasa Melayu dengan sukacitanya menjemput semua pelajar dan warga kerja IPGKBM untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang akan diadakan bermula 20 Ogos 2026 hingga 2 September 2026.

Anjuran: Jabatan Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara IPG Kampus Bahasa Melayu
Hadiah akan diberikan kepada pemenang 1-3 bagi setiap kategori

πŸ’š Sekretariat Rukun Negara IPG Kampus Bahasa Melayu– Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati


#JSK&SRNIPGKBM #HarmoniMADANI
#MalaysiaMADANIKesejahteraandinikmati
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🌟 TAHNIAH & SYABAS PASUKAN INOVASI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Inovasi Kapal Bijak Nombor (KaBiNo) daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, IPG Kampus Bahasa Melayu atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Inovasi Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Zon Timur 2026 (PedaTed’26). πŸŽ‰

πŸ₯ˆ ANUGERAH PERAK – PERTANDINGAN INOVASI

Tahniah dan syabas kepada:

✨ MUHAMAD FAIZ DANIAL BIN MOHD KAMAH (D6)
✨ AINU SAFI BINTI ABD HAMID (D6)
✨ NUR HANI INSYIRAH BINTI MUHAMMAD AMINNUDIN (D6)
✨ NUR QAMARINA BINTI ISHAK (D6)*l

atas kejayaan memperoleh ANUGERAH PERAK melalui inovasi Kapal Bijak Nombor (KaBiNo).πŸ₯ˆπŸ†

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada PUAN NURIDAH BINTI MOHAMMAD ISA selaku pensyarah pembimbing yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar sepanjang penghasilan inovasi ini. 🌟

Kejayaan ini membuktikan bahawa kreativiti, kerjasama dan kesungguhan mampu menghasilkan inovasi pendidikan yang berkualiti serta memberi impak kepada pembelajaran. Tahniah atas usaha membawa nama IPG Kampus Bahasa Melayu ke persada pertandingan inovasi! πŸ‘πŸ’›

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berinovasi, berkreativiti dan mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta menjadi inspirasi kepada warga IPGKBM yang lain.

πŸ’œπŸ’› Terus melangkah dengan cemerlang dan mengharumkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu!

β€œJabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK), Terus Mengukir Prestasi!” πŸ’«πŸ“š