IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.73K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
PERTANDINGAN DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026

BERBAKI 1 HARI LAGI!

Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia Piala Rektor IPGM 2026 kini makin menghampiri! Gelanggang mempertaruhkan bakat - bakat terbaik Siswa Guru Isntitut Pendidikan Guru Malaysia bakal bermula. Adakah anda bersedia menyaksikan persaingan sengit antara bakal-bakal pendidik? Ayuh bersama kita martabatkan Bahasa Melayu dan Hak Asasi Manusia!

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
‎سيروا على بركة الله
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PRAPERTANDINGAN DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026

Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia Piala Rektor IPGM 2026 kini makin menghampiri! Gelanggang mempertaruhkan bakat - bakat terbaik Siswa Guru Isntitut Pendidikan Guru Malaysia bakal bermula. Adakah anda bersedia menyaksikan persaingan sengit antara bakal-bakal pendidik? Ayuh bersama kita martabatkan Bahasa Melayu dan Hak Asasi Manusia!

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
‎سيروا على بركة الله
[TERKINI : USUL PUSINGAN PERTAMA DEBAT HAM PIALA REKTOR IPGM 2026]

Tema: Hak Asasi Komuniti Antarabangsa

Usul: "Negara Penerima Bertanggungjawab Memberikan Akses Pendidikan Percuma Kepada Kanak-Kanak Tanpa Kewarganegaraan Setaraf Dengan Kanak-Kanak Warganegara"
Adakah anda pihak Kerajaan yang menyokong, atau Pembangkang yang bakal membidas?

Selamat berjuang kepada seluruh peserta! 🎙️✨

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
‎سيروا على بركة الله
[TERKINI | BUKU PROGRAM PERTANDINGAN DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026]

Buku Program Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia Piala Rektor IPGM 2026 kini boleh diakses untuk rujukan para peserta dan warga IPG.

Buku program ini memuatkan informasi berkaitan pertandingan serta barisan peserta yang bakal berentap dalam gelanggang debat, memperlihatkan ketajaman hujah, pemikiran kritis dan penguasaan Bahasa Melayu.

Ayuh, bersama-sama kita memberikan sokongan kepada para peserta dalam menyemarakkan budaya intelektual serta memartabatkan Bahasa Melayu dan Hak Asasi Manusia.

Pautan 🔗:
https://canva.link/6bw04sjebeqdf3s

Sekian, terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
[TERKINI : KEPUTUSAN PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA : DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026]

Debaran kian terasa! Keputusan rasmi bagi pertarungan hujah Pusingan Pertama (1 September 2026) kini telah dimuktamadkan.
Sila rujuk poster/lampiran di bawah untuk menyemak keputusan penuh pasukan anda. Tahniah buat pasukan yang cemerlang! Bagi yang kurang bernasib baik, momentum perjuangan masih panjang. Teruskan usaha! 🔥
[TERKINI : KEDUDUKAN PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA : DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026]

Debat Pusingan Kedua bagi Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia Piala Rektor IPGM 2026 telah pun labuh tirainya!
Siapakah yang berjaya membawa pulang kemenangan awal ini? Sila semak lampiran keputusan rasmi sekarang!
Tahniah kepada semua pembahas atas mutu hujah yang sangat mantap! ✨
[TERKINI : JADUAL PERTANDINGAN PUSINGAN SUKU AKHIR : DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026]

Jadual perdebatan bagi Pusingan Suku Akhir ( 2 September 2026) Pertandingan Debat Hak Asasi Manusia Piala Rektor IPGM 2026 kini diumumkan! 🏆✨
Siapakah yang bakal bertemu siapakah? Sila semak jadual anda sekarang dan bersedia untuk beraksi di gelanggang hujah!

Sekian, Terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
‎سيروا على بركة الله
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
English Communication Day
Sertai Persidangan Antarabangsa Pendidikan Masa Depan 2026 (ICFE 2026)!🚀

Adakah anda bersedia untuk membentuk masa depan pendidikan? Institut Pendidikan Guru Malaysia mengundang semua pendidik, penyelidik, dan pelajar tempatan serta antarabangsa ke ICFE 2026.

Rebutlah peluang keemasan ini untuk membina sinergi dengan para pemikir global serta meneroka pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran!

Butiran Acara:
📅 Tarikh: 3 – 5 November 2026
📍 Tempat: Klang, Selangor
🎯 Tema: Pendidikan Masa Depan sebagai Pemangkin Kemajuan Negara

Mengapa Anda Patut Hadir:
- Program Komprehensif: Ikuti Sesi Ucaptama, Forum, dan _Master Class_ yang padat dengan ilmu.
- Pamerkan Hasil Kerja Anda: Serlahkan potensi anda melalui Pembentangan Kertas Penyelidikan, Pertandingan Inovasi, dan Pertandingan Poster Penyelidikan.
- Topik Semasa & Relevan: Selami perbincangan kritikal mengenai AI dalam Pendidikan, TVET, Reformasi Pendidikan (Masyarakat MADANI), dan Kesejahteraan Psikologi.

Terbuka kepada Semua:
Kategori disediakan untuk Pendidik IPG KPM, Kategori Terbuka untuk semua pendidik, dan Kategori Pelajar (dari peringkat matrikulasi, IPG hingga ke universiti awam/swasta).

🔗 Daftar dan dapatkan maklumat lanjut di sini:
1. Laman web rasmi ICFE 2026
https://icfe2026.my/icfe
2. Pembentangan Kertas Penyelidikan
https://icfe2026.my/icfe/penyelidikan
3. Pertandingan Inovasi
https://icfe2026.my/icfe/inovasi
4. Pertandingan Poster Penyelidikan
https://icfe2026.my/icfe/poster
[TERKINI : KEPUTUSAN PEMENANG PUSINGAN SEPARUH AKHIR : DEBAT HAK ASASI MANUSIA PIALA REKTOR IPGM 2026]

Pertarungan sengit telah berlaku, kini tibanya masa pengumuman yang ditunggu-tunggu! Pasukan manakah yang bakal berentap memburu Piala Rektor IPGM 2026?
Tonton pengumumannya secara siaran langsung menerusi pautan di bawah:
📺 Saksikan di YouTube Live:
https://www.youtube.com/watch?v=TtzhfCoT0aU

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
‎سيروا على بركة الله
PLAYLIST PUSINGAN SUKU AKHIR DEBAT HAM PIALA REKTOR IPGM 2026:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLKTXcTeuovBc
BENGKEL STRATEGI DAN PENYELARASAN SASARAN AKADEMIK (SASAR) 2.0
BENGKEL STRATEGI DAN PENYELARASAN SASARAN AKADEMIK (SASAR) 2.0
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Dewan Zaaba, IPG Kampus Bahasa Melayu
Penglibatan:
Ketua dan Penolong Ketua Kumpulan Kohort Embun dan Andika

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara pengiraan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT).
2. Membantu pelajar merancang strategi akademik yang lebih tersusun dan berkesan.
3. Meningkatkan kefahaman tentang peranan pemimpin kumpulan dalam penyelarasan akademik kohort.
4. Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pencapaian akademik masing-masing.
5. Menggalakkan budaya akademik dengan menjulang kecemerlangan siswa dan siswi guru.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar lebih memahami mekanisme PMGT dan kepentingannya dalam penilaian akademik.
2. Pemimpin kumpulan dapat menyelaras sasaran akademik kumpulan dengan lebih efektif.
3. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keperluan perancangan akademik yang strategik.
4. Memupuk budaya kerjasama dan saling menyokong dalam kalangan ahli kumpulan.
5. Mengukuhkan komitmen warga IPGKBM terhadap kecemerlangan akademik dan nilai profesionalisme dalam pendidikan.
Semoga bengkel ini menjadi medan pencerahan akademik yang mampu mendorong para pelajar untuk lebih fokus, berdaya saing dan memacu kecemerlangan selaras dengan aspirasi IPGKBM sebagai institusi pendidikan guru bertaraf dunia.

Berkhidmat Demi Siswa,
Biro Akademik,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله