Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS KE PRASEKOLAH SK PUTRAJAYA PRESINT 18 (1)
Anjuran: Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (JPAKK)
Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Tempat: SK Putrajaya Presint 18 (1), Putrajaya
Sasaran: 97 Orang Murid Prasekolah Perdana dan 4 Orang Murid PPKI Prasekolah SK Putrajaya Presint 18 (1)
Penglibatan: 51 Orang Siswa Guru PAKK (E20 & E21)
Pensyarah Pengiring:
1. Puan Nor Zarina binti Md. Faril
2. Puan A.Hafizah binti Zaki
3. Dr. Arulmozhi A/P Narayanasamy
4. Puan Khoo Swee Ling
5. Encik Lukmanulhakim bin Abd Gani
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Melaksanakan Pentaksiran Berterusan bagi kursus Sosioemosi dalam PAKK, Pengenalan Kurikulum PAKK serta Pengenalan Pengurusan Kanak-Kanak dan Persekitaran melalui aktiviti lapangan secara langsung.
2. Mengaplikasikan teori, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui pembangunan serta pengujian bahan bantu mengajar (BBM) yang menyokong pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak.
3. Menjalinkan hubungan kolaboratif antara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dengan SK Putrajaya Presint 18 (1) dalam usaha meningkatkan kualiti PAKK.
IMPAK PROGRAM:
1. Siswa guru dapat mengukuhkan penguasaan ilmu dan kemahiran ketiga-tiga kursus dalam persekitaran prasekolah sebenar.
2. Siswa guru memperoleh maklum balas secara langsung kesesuaian dan keberkesanan BBM yang dibangunkan, sekali gus meningkatkan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran PAKK.
3. Kolaborasi antara IPGKBM dengan SK Putrajaya Presint 18 (1) dapat diperkukuh melalui perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam PAKK.
Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang baik dari SK Putrajaya Presint 18 (1), pensyarah JPAKK IPGKBM serta siswa guru yang terlibat.
Galeri gambar :
https://drive.google.com/drive/folders/1dWcaQSyYYqYq870p2f97aF8IRdij6Qcl

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,

🏆 PIALA PENGARAH IPGKPI 2026
🔥 6 IPG BERENTAP
- IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
- IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
- IPG KAMPUS IPOH
- IPG KAMPUS ILMU KHAS
- IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
- IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
📅 TARIKH: 25 Oktober 2026 (AHAD)
📍 TEMPAT: Gelanggang Takraw PESTAP, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pencapaian :
Tempat ke-4
PASUKAN SEPAKTAKRAW IPGKBM SEPAKRAGA IB
Pensyarah Pengiring :
Encik Mohammad Khidir Ngah
Pensyarah
JHEP IPGKBM

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN (SECARA DALAM TALIAN) KARNIVAL SEKOLAH PENGAJAR TAHUN 2026
🗓️Tarikh: 22 Oktober 2026
📜Hari: Khamis
⏰Masa: 12:00 tgh – 1:30 petang
🏢Tempat: Google Meet
👥 Peserta : Guru-Guru JPWPKL
Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGKBM dengan kerjasama JPWPKL
OBJEKTIF:
1. Memperkukuh budaya penyelidikan melalui perkongsian dapatan kajian tindakan dan amalan terbaik PdP.
2. Menggalakkan inovasi pendidikan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3. Memantapkan kolaborasi profesional antara guru, penyelidik dan warga IPG melalui perkongsian ilmu.
IMPAK PROGRAM :
1. Peningkatan kompetensi guru dalam melaksanakan kajian tindakan dan penambahbaikan PdP.
2. Penghasilan amalan PdP yang lebih inovatif dan berkesan berdasarkan dapatan penyelidikan.
3. Pengukuhan jaringan kerjasama profesional antara IPGKBM dan JPWPKL ke arah pembangunan pendidikan berterusan.
#jppiipgkbm
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia

PENYERTAAN PASUKAN PANTUN INDRA KERSANI KE TEMASYA PANTUN KAUNSELING DAN KESIHATAN MENTAL (TEPAKK 2026)
Anjuran:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan KPJ Healthcare
Pelibatan:
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia
Pada 24 hingga 26 Oktober 2026 yang lalu, pasukan pantun Indra Kersani dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah menyertai Pertandingan Berbalas Pantun sempena Temasya Pantun Kaunseling dan Kesihatan Mental (TEPAKK 2026) anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama KPJ Healthcare. Pertandingan ini melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh Malaysia.
OBJEKTIF PENYERTAAN:
1. Memartabatkan seni pantun Melayu sebagai warisan budaya bangsa melalui penyertaan dalam pertandingan di peringkat antara institusi pengajian tinggi.
2. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi siswa guru dalam seni berpantun, kesusasteraan Melayu dan pengucapan kreatif.
3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kaunseling dan kesihatan mental melalui penyampaian mesej yang kreatif, santun dan berkesan menerusi seni pantun.
4. Memupuk keyakinan diri, kreativiti, semangat berpasukan dan kesantunan berbahasa dalam kalangan siswa guru.
5. Memperkukuh usaha melestarikan bahasa dan sastera Melayu sebagai medium pendidikan dan penyampaian mesej positif kepada masyarakat.
PENCAPAIAN PERTANDINGAN:
Pasukan pantun Indra Kersani berjaya menempatkan diri dalam lapan pasukan terbaik daripada 18 pasukan yang bertanding dalam Temasya Pantun Kaunseling dan Kesihatan Mental (TEPAKK 2026).
Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan buat IPG Kampus Bahasa Melayu dan mencerminkan kesungguhan serta komitmen pasukan Indra Kersani dalam mengembangkan bakat seni berpantun. Penyertaan ini turut memberikan pengalaman berharga kepada siswa guru untuk mengasah kemahiran berbahasa, meningkatkan keyakinan diri dan mengangkat seni pantun Melayu sebagai medium penyampaian mesej berkaitan kaunseling dan kesihatan mental.
Sekian, terima kasih.

Salam L.E.S.T.A.R.I.,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.
“PROGRAM HARI CITRA SRIKANDI”
Tarikh: 23 Oktober 2026
Masa: 1.45 petang – 6.00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberikan pendedahan kepada siswi guru pelatih, pensyarah dan kakitangan wanita tentang kepentingan penampilan diri yang sopan, kemas dan profesional selaras dengan imej seorang pendidik.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, kesejahteraan psikologi dan pengurusan tekanan emosi secara positif.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan keterampilan siswi guru pelatih melalui aplikasi praktikal ilmu penampilan menerusi slot Gala Pesona Siswi.
IMPAK PROGRAM:
1. Program memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan kesejahteraan mental, pengurusan emosi dan penjagaan kendiri dalam kehidupan seharian.
2. Perkongsian daripada panel dan penceramah jemputan memperluas pengetahuan peserta tentang kepentingan penampilan diri yang sopan, kemas dan profesional.
3. Slot Gala Pesona Siswi menyediakan ruang kepada siswi guru pelatih untuk mengaplikasikan pengetahuan tentang etika berpakaian serta membina keyakinan diri dan keterampilan sebagai bakal pendidik.
4. Program menggalakkan pembentukan sahsiah dan imej profesional dalam kalangan siswi guru pelatih melalui pengisian yang merangkumi aspek kesejahteraan emosi, penampilan diri dan pembangunan kendiri.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkasa kesejahteraan emosi, keyakinan diri dan profesionalisme siswi guru pelatih, sekali gus melahirkan bakal pendidik yang berwibawa, berketerampilan dan berintegriti.
Sekian, terima kasih.
Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPGKBM SESI 2026/2027
“Julang Anak Warisan”
سيروا على بركة الله.

Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 telah menyertai Program Misi Amanah 2026: Jelajah Integriti Mahasiswa – Mengilham Integriti, Memperkasa Amanah yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Program ini merupakan satu inisiatif bermakna dalam memperkukuh penghayatan nilai integriti, amanah dan antirasuah dalam kalangan mahasiswa. Melalui penyertaan ini, para mahasiswa berpeluang menimba pengetahuan, berkongsi pengalaman serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membudayakan integriti dalam kehidupan seharian.
Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, membina jati diri serta memperkasakan peranan mahasiswa sebagai generasi yang berprinsip, bertanggungjawab dan berani menolak sebarang bentuk rasuah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SPRM Kuala Lumpur atas peluang, kerjasama dan pengalaman berharga yang diberikan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembentukan mahasiswa yang berintegriti serta mampu menjadi agen perubahan dalam usaha membina masyarakat yang bebas rasuah.
Integriti bukan sekadar kata-kata, tetapi prinsip yang perlu diterjemahkan melalui setiap tindakan. Semoga semangat amanah terus disemai dan integriti terus dijulang demi masa depan negara yang lebih bersih dan berwibawa. ✨
https://www.facebook.com/share/1EUvMarHZb/
Sekian, terima kasih.
TEGAKKAN INTEGRITI, HAPUSKAN KORUPSI
————
ANGKATAN MAHASISWA ANTIRASUAH
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
SESI 2026/2027