IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
✨ TEATER BANGSAWAN : MELAKA, TUN MUTAKHIR DAN SULTAN PERAK ✨

Pementasan Teater Bangsawan Lakonan Pelajar IPGK Bahasa Melayu. Persembahan hebat mengisahkan Sejarah Kesultanan Tanah Melayu Kerajaan Melaka (1450–1460).

Anjuran Kelab Seni Seri Kenchana dan IPG Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara.
Assalamualaikum WBT
Selamat Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Pertandingan Baca Naskhah Sulalatus Salatin
Peringkat: Institusi Pengajian Tinggi (Akhir) Bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2026
Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
Masa :8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat :Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP

Objektif Penyertaan
1. Memupuk minat dan budaya membaca karya agung kesusasteraan Melayu klasik dalam kalangan pelajar.
2. Meningkatkan penghayatan terhadap warisan bahasa, sastera dan sejarah bangsa Melayu.
3. Memantapkan kemahiran membaca secara ekspresif, penghayatan watak serta penyampaian teks sastera klasik.
4. Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar untuk menyertai pertandingan kesusasteraan pada peringkat institusi pengajian tinggi.

Pelajar
1. Muhammad Aizam Hakimi bin Mohd Amri
2. Wan Ahmad Aqil Zakwan bin Wan Mohd Faidzal
3. Muhammad Aminuddin bin Rahim

Pensyarah Pembimbing dan Jurulatih
En. Muhammad Zulhelmi bin Roslan
Pensyarah Akademik
Jabatan Pengajian Melayu

Pencapaian
TEMPAT KELIMA

Impak Penyertaan
Penyertaan dalam pertandingan ini memberikan pengalaman bermakna kepada pelajar dalam menghayati dan mempersembahkan karya agung Sulalatus Salatin. Kejayaan memperoleh tempat kelima pada peringkat akhir institusi pengajian tinggi membuktikan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan peserta serta bimbingan pensyarah dalam memartabatkan warisan kesusasteraan Melayu.

#JabatanIPengajianMelayuKampusBahasaMelayu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DINAMIKA ILMU : EKOSISTEM SEKOLAH KOHOT CENDEKIA

Tarikh: 11.11.2026 hingga 20.11.2026
Masa : 7:30 pagi -4:30 petang
Kehadiran : Wajib bagi Kohot Cendekia

Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik & JK Ekosistem Sekolah IPGKBM

Tempat: Dewan Za'aba IPG kampus Bahasa Melayu
Peserta: Pelajar IPG KBM Kohot Cendekia
Pautan Buku Program :
https://online.fliphtml5.com/yctzl/dynamics-of-science-program-2026/

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAKLUMAN MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN TAJUK:
TINGGALKAN KERAGUAN

السلام عليكم

SELAMAT SEJAHTERA

Berikut dikongsikan maklumat untuk tazkirah ringkas:

📌 Jumaat
📌 13 NOVEMBER 2026
⏰ 7.45 pagi - 8.45 pagi
🎯 Warga IPGKBM

DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA DI SURAU AT-TAQWA

Aturcara :

▶️Moderator oleh MUHAMMAD SHAHRUL ZAQUAN BIN MOHD SAFADI

▶️Bacaan Yasin oleh MUHAMMAD NABIL BIN ISMAIL

▶️Tazkirah oleh ENCIK SUHASNI BIN DOLLAH

▶️Bersurai

INFAQ JUMAAT
No akaun surau BANK ISLAM- 14171010006057 JAWATANKUASA TADBIR SURAU AT-TAQWA INSTITUT BAHASA


جمعة مباركة
صلوا على النبي!

#JAPIMIPGKBM
#KRIIPGKBM
FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAN MORAL 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
dan Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 bersama Kelab Rakan Islah IPGKBM Sesi 2026 akan menganjurkan Festival Kesenian Islam dan Moral (FESKIM) 2026 dengan membawa tema 'Seni Menyatukan, Akhlak Memuliakan'

Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ 12 - 13 November 2026
📍Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu

📌 Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah disediakan sepanjang festival ini termasuklah:
- Festival Selawat Institut Bahasa,
- Pertandingan Azan,
- Pertandingan Nasyid,
- Pertandingan Tanglong Kreatif,
- Pertandingan Kaligrafi Cina,
- Pertandingan Dai,
- Pertandingan Kolam.

📌Kehadiran diwajibkan bagi Kohort Andika dan Embun.

Untuk sebarang makkumat lanjut, sila hubungi:
- Muhammad Aminuddin
- Anis
- Arfan

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
Kelab Rakan Islah IPGKBM Sesi 2026
“Julang Anak Warisan”
سيروا على بركة الله
MAJLIS KENCANA BUDI PERMATA BAKTI
"Mengenang Jasa, Menyambut Wibawa"

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,

IPG Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Majlis Penghargaan Kepimpinan Terdahulu dan Sambutan Pengarah Baharu bagi meraikan jasa dan sumbangan YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusuf serta menyambut kepimpinan baharu YBrs. Dr. Siti Hajar binti Idrus.

📅 Tarikh: 16 November 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB), IPGKBM
🕘 Masa: 9:00 pagi
📌 Kehadiran: Semua Warga Kakitangan dan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu

Semoga majlis ini menjadi kenangan bermakna dalam menghargai kepimpinan terdahulu serta menyambut lembaran baharu kepimpinan IPGKBM.

Sekian, terima kasih
IPG Kampus Bahasa Melayu

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
FESTIVAL SELAWAT INSTITUT BAHASA 2026
 
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia,
dan Salam Julang Anak Warisan.

Bersempena dengan Festival Kesenian Islam dan Moral 2026 (FESKIM), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2026/2027 bersama Kelab Rakan Islah Sesi 2026 IPGKBM dengan penuh sukacitanya mengumumkan anjuran program Festival Selawat Institut Bahasa.
 
Maklumat program adalah seperti berikut:
📆Tarikh: 12 – 13 November 2026
📍Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGK Bahasa Melayu

📌 Kehadiran diwajibkan kepada pelajar muslim Kohort Andika dan Embun . Manakala kehadiran pelajar non-muslim digalakkan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: 
• Muhammad Aminuddin
• Anis
• Arfan

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
Kelab Rakan Islah IPGKBM Sesi 2026
“Julang Anak Warisan”
سيروا على بركة الله
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📢 HEBAHAN SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 2026

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan bagi bidang Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tahun 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 16 – 18 November 2026 (Isnin – Rabu)
🕗 Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
🎓 Kumpulan: PISMP Ambilan Ogos 2023 - 2027

Tema Seminar:
“Pendidikan Komprehensif dan Inovasi: Teras Kelestarian Identiti dan Aspirasi Bangsa”

Pautan Jadual Pembentangan:
https://drive.google.com/file/d/1n4EZwS16LpWZJZJe5Rn7Z45hk1fm4lhH/view?usp=sharing

Semoga penganjuran seminar ini berjalan dengan lancar serta menjadi platform perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan yang bermanfaat dalam memperkasakan profesion keguruan.

Sekian, terima kasih.

PISMP AMBILAN OGOS 2023 - 2027
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia