IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Photo from Nurulhana Hussain
Pertandingan fotografi jom baca 10 minit pada 23 April 2020.
Simpan tarikh ini untuk GELOMBANG 2020!!

Walau apa pun yang anda sedang lakukan berhenti sejenak pada 23 April 2020, 11.00 pagi dan jom membaca serentak. Dalam tempoh PKP Fasa 3 ini juga masa pembacaan anda boleh disesuaikan.

Muat naik gambar anda membaca buku/e-buku di FB atau Instagram. Kemudian, e-melkan gamabr tersebut kepada suraya@ipgkbm.edu.my dan mohdhisham@ipgkbm.edu.my

Jangan lupa sertakan tanda pagar : #jombacabersama2020 #ipgkbmmembaca#klbaca2020 #klwbc2020 #bangsamembacabangsaberjaya #malaysiamembaca #dudukrumahbacabuku #bacadirumah

Bersama kita realisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia negara membaca!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera🔊
.
🕌Memandangkan Ramadan sudah menghampiri kita, ayuh kita perbanyakkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan.🕌
.
🌙Pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Kelab Rakan Islah (KRI) telah merancang beberapa pengisian menarik sepanjang bulan Ramadhan bagi meraikan bulan yang mulia.🌙
.
Marilah kita menyokong dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjur dalam usaha meningkatkan taqwa kita kepadaNya.
Peringatan kepada semua penjawat awam.
Photo from Kharsiah Mohd Nor
Assalam dan selamat sejahtera. Merujuk pada surat makluman IPGM dgn rujukan KPM.100-1/7/96(91) bertarikh 17 Mac 2020 berkaitan pengurusan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara atas talian, JPPK mempelawa semua pensyarah IPGKBM untuk melaksanakan PPB (kursus/wacana ilmu dan lain-lain) kepada guru/pensyarah/warga KPM secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Semua bahan dan platform latihan boleh ditentukan oleh penceramah/pensyarah sendiri mengikut kemahiran dan kesesuaian program. Penawaran PPB tersebut akan dibuat melalui SPLKPM setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah dan pelaksanaan PPB ini akan diambil kira bagi pengiraan mata kredit. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung secara terus dengan KJ JPPK/ KULDP. Sekian, terima kasih.
Ucapan Puan Nor Asilah binti Osman
Ucapan Dr. Mohamad Isa bin Azis
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441 Hijrah ✨ bersamaan tahun 2020 Masihi kepada semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu.

Diharapkan semua bersabar menjalani ibadah puasa ketika tempoh PKP ini dan terus kekal mematuhi arahan pihak kerajaan serta amalkan langkah-langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak #covid19.

Gunakan peluang dan ruang di bulan penuh berkat ini untuk beribadat bersama keluarga di rumah.
Sama-sama kita berdoa agar negara kita pulih daripada Coronavirus dan tidak lupa penghargaan untuk barisan hadapan negara yang berdedikasi tinggi ketika bertugas.

#jppipgkbm
#infojpp
#media_ib
#twt_IB
#kitajagakita
#stayathome
Photo from Nurulhana Hussain
Photo from Nurulhana Hussain