IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Peringatan kepada semua penjawat awam.
Photo from Kharsiah Mohd Nor
Assalam dan selamat sejahtera. Merujuk pada surat makluman IPGM dgn rujukan KPM.100-1/7/96(91) bertarikh 17 Mac 2020 berkaitan pengurusan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) secara atas talian, JPPK mempelawa semua pensyarah IPGKBM untuk melaksanakan PPB (kursus/wacana ilmu dan lain-lain) kepada guru/pensyarah/warga KPM secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Semua bahan dan platform latihan boleh ditentukan oleh penceramah/pensyarah sendiri mengikut kemahiran dan kesesuaian program. Penawaran PPB tersebut akan dibuat melalui SPLKPM setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah dan pelaksanaan PPB ini akan diambil kira bagi pengiraan mata kredit. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung secara terus dengan KJ JPPK/ KULDP. Sekian, terima kasih.
Ucapan Puan Nor Asilah binti Osman
Ucapan Dr. Mohamad Isa bin Azis
Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441 Hijrah ✨ bersamaan tahun 2020 Masihi kepada semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu.

Diharapkan semua bersabar menjalani ibadah puasa ketika tempoh PKP ini dan terus kekal mematuhi arahan pihak kerajaan serta amalkan langkah-langkah pencegahan sebaiknya bagi mencegah penularan wabak #covid19.

Gunakan peluang dan ruang di bulan penuh berkat ini untuk beribadat bersama keluarga di rumah.
Sama-sama kita berdoa agar negara kita pulih daripada Coronavirus dan tidak lupa penghargaan untuk barisan hadapan negara yang berdedikasi tinggi ketika bertugas.

#jppipgkbm
#infojpp
#media_ib
#twt_IB
#kitajagakita
#stayathome
Photo from Nurulhana Hussain
Photo from Nurulhana Hussain
Photo from Nurulhana Hussain
Photo from Nurulhana Hussain
Assalamu’alaikum dan Selamat Sejahtera,
Pihak IPGM telah merancang untuk melaksanakan Hari Minda Inovasi Dinamik 2020 (MInD Maya) Institut Pendidikan Guru (IPG) secara maya susulan daripada arahan PKP.

MInD Maya 2020 akan dilaksanakan dengan mengenengahkan beberapa acara seperti Pertandingan MInD INOVASI, Pertandingan MInD PITCHING, MInD PAMER, MInD SEMBANG dan MInD HIBUR.

TARIKH-TARIKH PENTING:
Laman Sesawang MInD MAYA 2020 diaktifkan: 3 Jun 2020.
Tutup penyertaan Pertandingan MInD INOVASI: pada 17 Ogos 2020
Pertandingan MInD INOVASI: 1 hingga 3 September 2020.
Penganjuran MInD MAYA 2020 : 6 Oktober 2020.

Penyertaan: (1) Pensyarah IPG; (2) gabungan pelajar dan pensyarah IPG.

Sebarang penyertaan dan pendaftaran perlu melalui JPRP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Unit Inovasi, JPRP.

Sekian, terima kasih.
Harap maklum.
Photo from Kharsiah Mohd Nor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Norma Baru Sebagai Langkah Menangani Penularan COVID-19

#KitaMestiMenang