IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
*ANUGERAH TINTA PENERBITAN (ATPEN) SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPGM, 2021*

Program ini merupakan usaha JPPI, IPGK Ilmu Khas untuk memperkasa pembudayaan penerbitan dalam kalangan warga pendidik agar dapat membina jaringan dan kesepakatan melalui penulisan ilmiah. Pengikhtirafan kepada hasil-hasil penulisan buku akademik para pensyarah ini akan menjadi landasan ke arah memupuk budaya penulisan di samping mengeksplorasi input-input baharu dalam dunia pendidikan, khsususnya melalui penulisan.

Warga IPG Kampus dimohon untuk melengkapkan borang ini dan penghargaan akan diberi kepada penulis dan IPG kampus yang telah menerbitkan buku ilmiah tertinggi *dari tahun 2017 hingga April 2021.*

Mohon panjangkan kepada warga kampus masing-masing dan data akan ditutup sehingga *30 April 2021.*

Kerjasama dan sokongan anda dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Surat rasmi akan menyusul kemudian..
Terima kasih.
🎙WEBINAR DATA RAYA PENDIDIKAN
Isnin, 19 APRIL 2021 / 9.00 PAGI

▶️ PANEL 1 (Big Data Analytics Challenges)
Ts Dr. Iskandar bin Ishak
Leader of Database Technology and Application Research Group DbTA & Senior Lecture,
Universiti Putra Malaysia (UPM)

▶️ PANEL 2 (Data Raya dalam Pentadbiran Pendidikan)
Dr. Zabani Bin Darus
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Perancangan Data Pendidikan
BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia.

▶️Moderator:
Dr. Mohd Faizal Md Karim
Sektor Perancangan Data Pendidikan
BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sertai majlis ilmu ini melalui aplikasi Youtube:
http://bit.do/SPDMP_3
KALENDAR AKADEMIK (UMUM) PDPP/PDPM/PITO AMBILAN JUN 2021 DAN PPISMP AMBILAN JUN 2021 SESI AKADEMIK 2021/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Program Jom Baca Bersama 10 Minit” ini diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa mengajak semua warga IPGKBM, walau di mana sahaja anda berada untuk berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca serentak selama 10 minit pada 22 April 2021 (Khamis) jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.
Ayuh warga IPGKBM semua, jom sama-sama kita jayakan. Rakam gambar aktiviti membaca anda dan hantar foto tersebut ke ups@ipgkbm.edu.my sebelum jam 4.00 petang pada 22 April 2021. Hadiah menarik menanti anda !!!!!!!.
*ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WARGA PENDIDIK*

*WEBINAR BICARA PROFESIONAL *- Anjuran Unit HLA, JPPI & JPL IPGKSAH

Tajuk:
*Kaedah Penyelidikan Eksperimental: Rekabentuk, Kesahan dan Kebolehpercayaan*
*Tarikh : 23 April 2021*(Jumaat)
*Masa : 09:00 pagi*

Panel:
Dr Nor Asniza binti Ishak
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia

Moderator:
Dr Rohani binti Che Hashim
Ketua Jabatan
JPPI, IPGKSAH

Jom sama-sama warga pendidik, kita ikuti perkongsian tersebut di pautan berikut:

*Platform : Google Meet: https://meet.google.com/fio-bfqh-der*

*SPLKPM diberikan*