IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jabatan Kecemerlangan Akademik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berlabuh tirai bulan ramadan
Kini tiba syawal dinanti
Luhur hati ikhlas kemaafan
Semoga kesalahan dimaafi
🎼
Pelita indah lagi berseri
Menjadi hiasan aidilfitri
Kad dikirim pengganti diri
Tanda ingatan kekal dihati
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Unit Multimedia IPGKBM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Aidilfitri buat semua warga IPGKBM.
*SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENSYARAH IPGKBM | TANGGAL 16 MEI 2021* πŸ§‘πŸ»β€πŸ«πŸ‘©πŸ»β€πŸ«

Kami siswa dan siswa IPG Kampus Bahasa Melayu ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah IPGKBM. Setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan kepada para pensyarah kerana sentiasa sabar dalam mendidik kami, melayan karenah kami dan sentiasa memotivasikan kami agar menjadi guru cemerlang pada masa hadapan.

Kami hanya ingin mengatakan betapa kami bersyukur menjadi anak muridmu. Segala didikan dan nasihat yang diberikan sungguh terasa dekat di hati. Untuk semua guru yang mulia, jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsaπŸ•―οΈ

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di pagi Raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.

Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.

*"TERIMA KASIH GURUKU"* ✨

*"BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU"* ✨


ISLAH | TAQWA | MUSLEH

#KRI2021
#selamathariguru
#kamisayanggurukami
Persembahan Hari Guru 2021, wakil PPISMP Ambilan Jun 2020
*MAKLUMAN DAN AMARAN BERKAITAN ANCAMAN SIBER*

Y.Brs Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan,

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara yg tersebut diatas.

2. Susulan situasi semasa yang berlaku di Palestin dan berlakunya peningkatan serangan cyber, semua pengguna MyGovUC adalah dipohon untuk berhati-hati dengan sebarang aktiviti siber yang mencurigakan.

3. Semua pengguna adalah dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
a. Berwaspada dengan spear phishing email atau mesej yang mengandungi URL dan sisipan fail dari pihak yang tidak diketahui. JANGAN klik sebarang pautan yang tidak dikenali.
b. Memastikan keselamatan peranti ditingkatkan dengan sistem operasi dan perisian keselamatan sentiasa dikemas kini menggunakan versi terkini

4. Kerjasama Y.Brs Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan akan perkara ini amat kami hargai dan dahului dengan terima kasih.

Sekian.
Assalamualaikum dan salam syawal
Untuk makluman sepanjang tempoh PKP (sehingga 7 Jun) pihak pentadbiran bersetuju untuk memberikan kelonggaran memendekan waktu bekerja (8jam tanpa mengira waktu rehat). Waktu bekerja di pejabat untuk tempoh PKP ini ialah 730pagi - 330 petang (perlu genap 8 jam). Walau bagaimana pun untuk langkah pencegahan, bagi yang bertugas di pejabat dicadangkan membawa bekal daripada rumah atau membuat pesanan makanan melalui foodpanda atau grab food. Ini bertujuan untuk mengelakan wujudnya kontak dengan pihak luar. Terima kasih
#kitajagakita
#kitabelummenang
#salamlebaran
Assalam dan selamat petang
Untuk makluman esok (19.5.2021) pihak pengurusan akan melalukan proses sanitasi di aras 11. Oleh yang demikian, untuk memudahkan proses sanitasi semua pegawai dan staf di aras 11 diberi pelepasan untuk BDR sepenuhnya esok. Mohon untuk dipanjangkan kepada ahli jabatan/unit masing2. Sekian, terima kasih.
#kitajagakita