IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Berlabuh tirai bulan ramadan,
Kini tiba syawal dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.

Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan aidilfitri,
Kad dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan kekal dihati.

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Unit Multimedia IPGKBM
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِن كُمْ
مِنَ العَائدِيْنَ والفَائِزِينَ
كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Kami mengambil kesempatan mengucapkan

𝕾𝖆𝖑𝖆𝖒 𝕬𝖎𝖉𝖎𝖑𝖋𝖎𝖙𝖗𝖎
𝕸𝖆𝖆𝖋 𝖅𝖆𝖍𝖎𝖗 𝖉𝖆𝖓 𝕭𝖆𝖙𝖎𝖓

Semoga ibadat Ramadan kita diterima Allah s.w.t. dan dilipat gandakan ganjaran oleh-NYA.

𝓢𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓣𝓾𝓵𝓾𝓼 𝓘𝓴𝓱𝓵𝓪𝓼 𝓓𝓪𝓻𝓲𝓹𝓪𝓭𝓪
JPPI IPGKBM
Unit Praktikum IPGKBM
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKBM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam Aidilfitri daripada Panel Modul Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu #108
WEBINAR KOKURIKULUM 3
Tajuk: Latihan Kepegawaian Membentuk Jurulatih Muda Bulan Sabit Merah Malaysia di Sekolah
Tarikh: 28 Mei (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi -12.00 tengah hari
Google Meet : https://meet.google.com/utm-osws-fkj
Pautan Youtube Rasmi IPG Kampus Bahasa Melayu :
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Moderator: Dr. Amir Hamzah bin Aman, Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia Chapter IPG Kampus Bahasa Melayu
Panel : Encik Khairuddin bin Osman, Pengerusi Latihan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kuala Lumpur
Bagi semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia, pautan untuk SPLGKPM akan diberikan dan Sijil Digital Penyertaan akan disediakan untuk semua yang mengikuti webinar ini. Jangan lepaskan peluang anda. Jom beramai-ramai menjayakan webinar BSMM secara dalam talian kali ini. Manfaatkan hari Sabtu anda dengan ilmu yang berguna untuk kehidupan. Insya Allah.
#108
#108
📜 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2022 📜

"GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga IB kesemuanya. Adalah dimaklumkan bahawa pihak JHEP, JKA & Unit Praktikum IPGKBM dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM Sesi 2022/2023 akan mengadakan Sambutan Hari Guru seperti ketetapan yang berikut:

📆 Tarikh: 12 Mei (Khamis)
🕜 Masa: 7.30 A.M. - 9.45 A.M.
🏫 Tempat: Bulatan berhadapan menara IPGKBM dan Dewan Aminuddin Baki
🔖 Perasmi: Pn. Hajah Nor Asilah binti Osman
👔 Pakaian: Pakaian Sukan

📌 Kesemua pensyarah & staf dijemput hadir ke majlis Sambutan Hari Guru.

📌 Kehadiran pensyarah yang terlibat dalam permainan kecil program adalah diwajibkan.

📌 Semua pelajar Kohort E, F, G, & H diwajibkan untuk menghadiri sambutan ini.

📌 Bagi pelajar Kohort D, anda dikecualikan untuk menghadiri sambutan ini.

📌 Adalah dimaklumkan bahawa program akan bermula di bulatan berhadapan menara IPGKBM terlebih dahulu, diikuti pelaksanaan di DAB pada 8.30 A.M. (Kohort H & F berada pada Aras 2 DAB, manakala Kohort E & G berada pada aras 3 DAB).

📌 Pautan kehadiran akan diberikan sewaktu pelajar menghadiri sambutan di Dewan Aminuddin Baki (pada jam 8.30 A.M.) melalui pemberian Kod QR pada bahagian pintu masuk dewan.

Bersama kita nantikan Sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung tidak lama sahaja lagi! ✨
__

"PERKASA GENERASI PENCETUS INSPIRASI"
JPP IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 22/23
📜 JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2022 📜

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu. Adalah dimaklumkan bahawa pihak JHEP, JKA & Unit Praktikum IPGKBM dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM Sesi 2022/2023 akan mengadakan Jamuan Hari Raya seperti ketetapan yang berikut:

📆 Tarikh: 12 Mei 2022 (Khamis)
🕜 Masa: 10.30 A.M. - 12.45 P.M.
🏫 Tempat: Dewan Aminuddin Baki
👔 Pakaian: Baju raya atau pakaian tradisional

📌 Kesemua pensyarah & staf dijemput hadir ke Jamuan Hari Raya

📌 Semua pelajar Kohort E, F, G, & H diwajibkan untuk menghadiri jamuan ini.

📌 Bagi pelajar Kohort D, anda dikecualikan untuk menghadiri jamuan ini.

Nantikan Jamuan Hari Raya yang akan berlangsung di DAB! ✨
__

"PERKASA GENERASI PENCETUS INSPIRASI"
JPP IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 22/23
"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"
Tema Sambutan Hari Guru Tahun 2022

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.