IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
🔖CERAMAH IMANKU HIASANKU & BACAAN SURAH AL-KAHFI PERDANA📖

📍 Assalamualaikum w.b.t buat semua warga IPGKBM yang dikasihi sekalian. In shaa Allah, Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin IPGKBM akan menganjurkan Ceramah Imanku Hiasanku dan Bacaan Surah Al-Kahfi Perdana pada ketetapan berikut:

📆Tarikh: 28 Julai 2022 (Khamis)
⏰Masa: *7:45 - 8:30 malam {Bacaan Surah Al-Kahfi}
*9:15 - 10:30 malam {Ceramah Imanku Hiasanku}
🖥️ Platform: Siaran Langsung di *Instagram media_ib* & *YouTube JPP IPGKBM*

📍Ceramah ini akan disampaikan oleh yang berbahagia: *Ustaz Mohd Suffian Hamzah (Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)*

📍Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W, mafhumnya: "Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya" *H.R. Tarmizi*

📍Dijemput kepada warga IPGKBM untuk sama-sama mengimarahkan lagi program ini dan ayuh jangan lepaskan peluang yang penuh bermanfaat buat diri sendiri💪🏻

PERKASA GENERASI, PENCETUS INSPIRASI
_______
Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Sesi 2022/2023,
IPG Kampus Bahasa Melayu.
Maklumat lanjut: https://cps4.me/ppumcare22

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akan menganjurkan program larian PPUMCare RUN 2022 yang bertemakan RUN FOR LIFE pada 28 Ogos 2022 bertempat di Stadium UM Arena, Universiti Malaya.

Terdapat 4 kategori yang ditawarkan iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, keluarga dan juga kerusi roda. Dianggarkan seramai 1500 peserta akan turut serta dalam larian ini.

Antara objektif PPUMCare Run 2022 ini adalah untuk mengumpul dana bagi Tabung PPUMCare (Tabung Kebajikan Pesakit PPUM) untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan secara berterusan di PPUM, untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang kewujudan dan peranan PPUMCARE (Tabung Kebajikan Pesakit PPUM) dalam membantu pesakit di PPUM disamping untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan PPUM serta masyarakat awam.
Bacaan Surah al-Kahfi Perdana akan disiarkan secara langsung melalui saluran Instagram: media_ib

https://instagram.com/media_ib?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Bacaan akan bermula pada 7:45
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua warga kampus, Kafetaria B2 (Jaya Suasana Enterprise) akan mula beroperasi seperti biasa pada esok 1 Ogos 2022 (Isnin). Waktu operasi bagi minggu permulaan (1.8.2022-5.8.2022) adalah pada pukul 7.00 pagi - 5.00 petang.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik semua warga kampus untuk memberikan sokongan kepada mereka dengan membeli makanan dan minuman di Kafetaria B2.

Mohon juga untuk uar-uarkan perkara ini kepada ahli jabatan dan unit.

Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Jadi • Happy Birthday •
lensa kksp edisi julai.pdf
1.6 MB
Lensa KKSP IPGKBM Edisi Julai 2022
📌PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR BATCH F📌

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mohon perhatian kepada semua batch F, CERAMAH KECEMERLANGAN PELAJAR : KOKURIKULUM PENJANA SAHSIAH PELAJAR

TAJUK: 4 OGOS 2022 (KHAMIS)
MASA : 2.30-4.30 P.M
TEMPAT: GOOGLE MEET
PESERTA : PELAJAR AMBILAN JUN 2020 DAN SEMUA PELAJAR YANG BERMINAT
PAUTAN: https://meet.google.com/hfy-ddis-yni

📌Pelajar diwajibkan untuk menggunakan emel moe-dl-edu.my
📌Ketua kelas diminta untuk memaklumkan ahli kelas masing masing
📌Semua pelajar BATCH PISMP AMBILAN 2020 diwajibkan menyertai ceramah ini sebagai persediaan melangkah fasa praktikum yang cemerlang.

Harap Maklum dan terima kasih.
*MAKLUMAN MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN*
*DAN*
*BUDAYA MORAL IPGKBM*

السلام عليكم
SELAMAT SEJAHTERA

*Berikut dikongsikan maklumat untuk tazkirah ringkas:*

📌 *Jumaat*
📌 *4 OGOS 2022*
⏰ *7.45 pagi - 8.45 pagi*
🎯 Warga IPGKBM

*DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA DI SURAU AT TAQWA*

_*Aturcara :*_
▶️Bacaan Yaasiin oleh Saudara Alif Hazim Bin Najib (PISMP G8)
▶️Tazkirah Dhuha oleh Pensyarah JAPIM IPGKBM
▶️Bersurai

*INFAQ JUMAAT*
No akaun surau BANK ISLAM- 14171010006057 JAWATANKUASA TADBIR SURAU AL-TAQWA INSTITUT BAHASA

⬛ *PROGRAM BUDAYA MORAL AKAN DILAKSANAKAN JUGA SECARA BERSEMUKA DI HADAPAN DEWAN AMINUDDIN BAKI IPGKBM*

جمعة مباركة
صلوا على النبي!

#japimipgkbm