IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Salam sejahtera. Makluman penting kepada semua warga IPG Kampus Bahasa Melayu.

*PERUBAHAN ATUR CARA KTP 2018*

Untuk makluman semua, *MAJLIS PERASMIAN KTP 2018 akan diawalkan* mengikut ketetapan berikut;

Tarikh: 15 Mac 2018
Tempat : Padang Ipgkbm

*7:00 pagi - pendaftaran*
*7:30 pagi - ketibaan VIP*
*7:45 pagi - perbarisan*

8:30 pagi - acara 201 & 202

*makanan pelajar boleh diambil pada jam 7 pagi di Kafe B2*

Jadual KTP yang terkini akan dihebahkan kemudian. Mohon kerjasama semua untuk peka dan hadir pada masa yang ditetapkan. Maaf atas segala kesulitan.

Arahan: Pengarah IPGKBM
Photo from Nurulhana Hussain
Dukacita dimaklumkan ibu kepada En Mahdi Shuid, Ketua Bidang Sejarah, Jabatan Sains Kemanusiaan telah kembali kerahmatullah sebentar tadi di Alor Setar, Kedah. Semoga roh Allahyarhamah di golongkan bersama para solihin. Al Fatihah.
Peraturan Kolej Kediaman
Kursus Kepimpinan dan Profesionalisme Ketua-Ketua Unit di Institut Pendidikan Guru (IPG) Fasa Satu Zon Tengah
Penganjur- IPGM

Tarikh : 27 - 28 Mac 2018
(Selasa - Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Melati, aras 5,
IPG Kampus Bahasa Melayu
MAKLUMAN: Bengkel Pemikiran Berasaskan Risiko

Tarikh : 29 Mac 2018 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Peperiksaan Aras 2, aras 4,
IPG Kampus Bahasa Melayu
Senarai Peserta Bengkel Pemikiran Berasaskan Risiko anjuran JK Penambahbaikan
MAKLUMAN: Taklimat Penilaian Bersepadu PBPPP 2018

Kepada : Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PPP - DG)
Tarikh : 28 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 2:30 Petang
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, Aras 2

Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan. Kerjasama dalam perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Maklumat majlis di IPGKBM terkini.

1. RESENSI TEKS KARYA AGUNG SIRI 1 - Bilik Simulasi Bestari, aras 2
(29-30 Mac) : 830 pagi - 430 petang (Peserta Luar)

2. BENGKEL ASAS GRAFIK (GANTI G-SUITE) - Makmal Komputer 3.02, aras 3
(29 Mac) : 830 pagi- 1230 tengah hari
(Staf Sokongan)

3. BENGKEL PEMIKIRAN BERASASKAN RISIKO (RISK-BASED THINKING) - Bilik Peperiksaan 2, aras 4
(29 Mac) : 830 pagi - 430 petang
(Pensyarah & Pengurusan)

4. CERAMAH INSITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH - Dewan Aminuddin Baki
(29 Mac) : 10 pagi - 1230 tengah hari (semua pelajar terlibat)

5. Bengkel English ONLINE "Speak The Language"- Bilik Tilawah, aras 4
(29 Mac) : 1015 pagi - 1215 tengah hari (staf sokongan)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
kepada: Semua warga IPGKBM (Pensyarah, Pegawai Pengurusan, Staf Sokongan dan Pelajar).

Perkara: Pengisian Borang Kaji Selidik Penilaian Keberkesanan Rangkaian IPGKBM.

Dr./tuan/puan dipohon dan diwajibkan untuk mengisi borang kaji selidik seperti di atas secara dalam talian bagi memenuhi keperluan ISO IPGM-PPK-PUP-05 (Pengurusan Rangkaian IPG). Kajian ini bertujuan untuk memastikan pengurusan rangkaian Institut Pendidikan Guru (IPGBM) dari aspek kemudahan akses internet diurus dan diselenggara dengan sempurna dan berkesan.

Capaian borang tersebut adalah seperti berikut:

1. http://goo.gl/BzGAmN ATAU

2. http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/157-penilaian-keberkesanan-rangkaian-institut-pendidikan-guru-kampus-bahasa-melayu

Borang ini mengandungi 10 soalan dan dapat diselesaikan dalam masa kurang 5 minit sahaja. Kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.
Jabatan Pengurusan Teknologi