IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
HEBAHAN: JEMPUTAN PENYERTAAN
KONVENSYEN BAHASA MELAYU (KONBAYU) PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu
Tema: “Bersama-sama Memartabatkan Pendidikan Berteraskan Bahasa Melayu”

Tarikh KONBAYU: 5-6 September 2023
Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 Jun 2023

Penyertaan: Percuma
Tempat: Secara dalam Talian
Pendaftaran dan maklumat lanjut: http://ipgkbm.edu.my/konbayu
Poster KONBAYU 2023: http://ipgkbm.edu.my/posterkonbayu

Acara Sepanjang KONBAYU
1. Seminar Pendidikan
2. Pertandingan dan Pameran Poster Digital
3. Pertandingan dan Pameran Inovasi

Terbuka kepada semua Tokoh Bahasa, Pensyarah Universiti Awam dan Swasta, Pensyarah IPG, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM, Guru sekolah menengah dan rendah, Penyelidik, Inovator dan Pemakalah.

Borang Pendaftaran.
1. Seminar Pendidikan: https://forms.gle/V7mh8CRhbbWyEQst6
2. Pertandingan Inovasi: https://forms.gle/NA2kVByeVjMpgLmAA
3. Pertandingan Poster: https://forms.gle/Lcvyy2PXzvGLUGJ18
Tahniah diucapkan kepada JK MBI IPGKBM di atas penerbitan buku Life: Staying Alive (A Collection of Poems, Reflections and Captions)
Sekalung tahniah buat Arif Iswandy bin Sazali, PISMP JUN 2021 G5 IPGKBM
Sekalung tahniah diucapkan kepada Datin Dr. Thusha Rani, Dr. Zabedah Muhammad dan Dr. Celinea Lasan di atas penerbitan artikel di dalam Jurnal Rampak Serantau keluaran MABBIM
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom terus teroka AI dalam Bilik Darjah (AI in the Classroom) , Webinar GEG APAC Quarterly yang dilaksanakan dalam pelbagai bahasa pada peringkat Asia Pasifik, bermula 16-18 Jun 2023. Sesi pada 18 Jun 2023 akan bermula pada 8.30 malam (GMT+8)
Kali ini Webinar GEG APAC ini akan dilanjutkan sempena penyertaan istimewa dari bakal guru dari IPG Kampus Bahasa Melayu melalui rakan pembelajaran GEG Malaysia, https://www.youtube.com/live/--pJETBMgQo?feature=share

#GEGAPAC #GEGMalaysia #GEGPetalingJaya #GEGGombak #GEGJapan #GEGNagoya
48 kumpulan pelajar IPGKBM akan berkongsi pengalaman menggunakan AI untuk Asas Pembelajaran Digital, Kemahiran Belajar dan Kesantunan Berbahasa antara 18 - 26 Jun 2023 untuk GEG APAC Connect Quarterly 2023 Asia Pasifik melalui rakan pembelajaran GEG Malaysia! "Kick-off" 18 Jun 2023 (Ahad) Masa : 8.30 mlm Live Stream : https://www.youtube.com/live/--pJETBMgQo?feature=share
Webinar Inovasi: Penghasilan Inovasi PdP Ekspres Menggunakan Strategi KIBUK

Berikut butiran berkaitan webinar:

🗓Tarikh: 22 Jun 2023 (Khamis)
⏰Masa: 9.30 pagi
💻Medium: YouTube Rasmi IPGKBM
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

📝 Penyertaan akan didaftarkan dalam SPLKPM melalui pautan yang akan diberikan semasa webinar berlangsung.

Semua dialu-alukan untuk menyertainya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom bersama kami dengan 6 sesi perkongsian AI dalam Bilik Darjah sempena GEG APAC Quarterly Extended 2023.  Jemput untuk menonton!

Anda boleh rujuk jadual bagi 6 sesi 19 Jun 2023 :https://bit.ly/3PB1kKn

1.  Di Saluran GEG Petaling Jaya https://www.youtube.com/live/TXbLf_V25pQ?feature=share
2.  Saluran GEG Gombak https://www.youtube.com/live/s5QKkDSZIX8?feature=share
Jom!

Perkongsian sangat menarik dari PPISMP B6 untuk GEG APAC Quarterly 2023.
Assalamualaikum wbt
Salam Motivasi
Salam Malaysia Madani

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan mengadakan PROGRAM WACANA ASPIRASI KAUNSELOR PENDIDIKAN IPG KPM SIRI 2 2023.

Program ini bertujuan memberi perkongsian dan pencerahan mengenai kesihatan mental kepada warga IPG, KPM dan masyarakat agar ianya dapat difahami bagi membantu diri serta orang-orang disekeliling.

Jom kita saksikan perkongsian ini:

🗓️Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis)
⏰Masa : 10.00 pagi
🖥️Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=q-pa2rNNNHA

📌Tajuk : KESIHATAN MENTAL SERING DISALAH TAFSIR
Anjuran: Unit Psikologi Dan Kaunseling IPG KPM

Panel
YBrs. Dr Rozanizam bin Zakaria
Pakar Psikiatri & Pensyarah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Moderator
Pn. Noor Hazliyana binti Halim
Kaunselor Pendidikan (Pentadbiran)
IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehadiran akan direkodkan dalam SPLKPM

#mentalhealth
#terimatanpasyarat
#psychologycounseling
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan dengan sukacita diundang bersama-sama menyertai Bengkel Literasi Maklumat dan u-Pustaka pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Jun 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Platfom: YouTube LIVE IPGKIK:
Sesi Pagi : https://www.youtube.com/live/4gA_bprrIvI?feature=share
Sesi Petang: https://www.youtube.com/live/ufH5_Qfi6Sc?feature=share
Borang Pendaftaran peserta: https://forms.gle/uePLYmGJe2Mr7eUw8
Peserta KPM: penyertaan tuan/puan akan didaftarkan dalam SPLKPM

Anjuran: Unit Pusat Sumber IPG Kampus Ilmu Khas

Sekian
Terima kasih atas penyertaan tuan/puan