IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
✨ PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2023 ✨

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🎀Anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Unit Khidmat Pengurusan IPGKBM

🗓️ Tarikh: 22 Ogos 2023 (Selasa)
⏰ Masa: 10:15 pagi
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM dan
🌐Secara Dalam Talian: Saluran Youtube Rasmi IPGKBM
Pautan: https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu
⭐Pakaian : Baju Melayu Lengkap / Baju Kurung

👤Perasmi : YBrs. Puan Hajah Nor Asilah binti Osman
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu

🎀 Panel Jemputan:
👤 Ahli Panel 1 : YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri (Anggota Majlis Hukamak Muslimin)
👤Ahli Panel 2 : YBhg. Dato’ Nashruddin Hj Elias (Nash Lefthanded)
👤Moderator : Dr. Ku Muhamad Asmadi Ku Mohamad Saad (Pensyarah IPGKBM)

🎀 BUKU PROGRAM :
https://anyflip.com/iyvlr/isfp/

📌📌Semua pelajar diwajibkan untuk hadir ke program ini mengikut waktu yang ditetapkan
🔥 Siap sedia menyambut Maal Hijrah dengan pengisian yang pastinya bermanfaat untuk kita semua
Pendaftaran Persidangan Inovasi Pendidikan Islam Antarabangsa Kali Pertama 2023 (1st International Innovation in Islamic Education Conference IIIEC 2023)
Tarikh: 19 hingga 20 September 2023.
Tempat: IPG Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat, Johor.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf8xydoHpqe6Ws6_cMegYPSmyNeL72o26ls8qMV2M0orI9U_w/viewform?usp=sf_link
Program Jelajah Bahasa telah berjaya dijalankan.
Tarikh: 22/8/2023
Masa: 8. 00 pagi-3.00 petang

📍Dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dan Penerbit IPGKBM yang telah disertai oleh Ahli Kelab Pengkarya Muda (KAMUDA) dan Kelab Citra Bicara IPG Kampus Bahasa Melayu📍

KAMUDA telah menjalankan lawatan ke Muzium Entologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Negara untuk memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memahami dan menghayati sejarah peradaban dan budaya bangsa Melayu.

Selain itu, KAMUDA juga membuat lawatan rasmi ke Rumah PENA dan disambut oleh Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA) iaitu Dr. Mohamad Saleeh Rahamad dan ahli-ahli PENA. Pelbagai aktiviti yang dilakukan termasuklah diberi penghormatan untuk mendeklamasikan puisi karya-karya terbitan PENA oleh ahli-ahli KAMUDA. Banyak input dan nasihat serta pengalaman yang menarik diperolehi semasa berada di rumah tersebut.
*PERTANDINGAN AKHIR DEBAT ANTARA KOHORT* 🔥🔥🔥

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada tarikh 21 hingga 23 Ogos 2023 telah berlangsungnya perlawanan Debat antara kohort A, B dan C.

📌Sukacita dimaklumkan daripada 6 kumpulan yang bertanding, dua kumpulan berjaya melayakkan diri ke pentas *Akhir Debat antara Kohort* iaitu kumpulan *_SRIKANDI_* dari kohort A dan *_VERACIOUS_* dari kohort B.

📌Sehubungan dengan itu, kami dari pihak penganjur menjemput seluruh warga ib untuk sama-sama menghadiri *Pertandingan Akhir Debat antara Kohort* yang akan berlangsung pada ketetapan berikut.

🗓️Tarikh: 25 Ogos 2023
🏛️Tempat: Dewan Aminuddin Baki
⏲️Masa: 2.30 p.m. - 4.30 p.m.
*_Kehadiran para pelajar akan diambil._*

Para pensyarah dan staf dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta-peserta akhir debat.

*"REFORMASI KEPIMPINAN BERKUALITI"*
______
_Biro Akademik_
_Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 23/24_
🇲🇾✨ SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT IPGKBM ✨🇲🇾

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Sambutan Ambang Merdeka akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 30 & 31 Ogos 2023 (Khamis & Jumaat
🕛 Masa: 8.30 malam - 12.30 pagi
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki dan bulatan hadapan menara IPGKBM
👕 Tema Pakaian: Kebudayaan Malaysia

📌🔥Sukacita kami ingin menjemput Dr/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk turut hadir bagi bersama-sama memeriahkan lagi Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu pada tahun ini.🔥


"REFORMASI KEPIMPINAN BERKUALITI”
------------------------------
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2023 / 2024 IPGKBM