IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Aktiviti: Program Wacana Ilmu - Ceramah Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dan Pelancaran Tabung Prihatin Pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 15 Januari 2023
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Jabatan Pembangunan Profesionalisme keguruan IPGM Kampus Bahasa Melayu
Tujuan:
1. Menimbulkan kesedaran tentang pencegahan gangguan seksual di tempat kerja
2.Memupuk budaya prihatin dalam kalangan warga IPGM Kampus Bahasa Melayu dengan cara memberi sumbangan bagi pembiayaan aktiviti pelajar.

Semoga dengan pelaksanaan program ini warga IPGM Kampus Bahasa Melayu diharapkan dapat memperoleh manfaat dalam meningkatkan profesionalisme sebagai penjawat awam

Galeri Gambar - https://photos.app.goo.gl/eNLhdgcene5vzbHc8
Aktiviti: Bengkel Turnintin

Tarikh: 15 Januari 2023
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Jabatan Kecemerlangan Pelajar

Tujuan:
Mendedahkan kepada pelajar tentang perisian Turnitin dan cara penggunaannya untuk menyemak peratus plagiat dalam kertas penyelidikan.

Semoga pelaksanaan bengkel ini,pelajar mendapat pendedahan sebaiknya mengenai penggunaan perisian Turnintin dalam penyelidikan.
Tahniah kepada Dr. Noor Muslieah binti Mustafa Kamal dan Dr. Mastura binti Halim, pensyarah JPPI IPGM KBM, menerima Anugerah Perak bagi Kategori Penyelidikan di International Education Competition (IEC) 2024 pada 12 Januari 2024.
The Star-150124.pdf
11.1 MB
The Star-150124.pdf
BeritaHarian-150124.pdf
8.7 MB
BeritaHarian-150124.pdf
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Reformasi Kepimpinan Berkualiti🫡✨

📍Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 IPG Kampus Bahasa Melayu📍

⭐️ Kami dengan berbesar hati mengundang Datin/Dr./Tuan/Puan dan para pelajar IPGKBM ke Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 IPG Kampus Bahasa Melayu.

⭐️ Majlis akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

🗓️ Tarikh: 16 Januari 2024 (Selasa)

⏰ Masa: 11:15 pagi - 1:15 petang

📍Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM

🧵 Kod Pakaian: Pakaian Formal


" REFORMASI KEPIMPINAN BERKUALITI " ___________
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2023/2024, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
Bengkel Penyediaan Laporan Pembubaran JPP 2023/2024

Tarikh : 12 Januari 2024 - 14 Januari 2024
Tempat : Pangkor Holiday Resort, Pulau Pangkor, Perak
Anjuran : Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Tujuan :
- Melahirkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 yang berketerampilan tinggi dan inovatif dalam membuat perubahan yang positif, mengikut keperluan.
-Memberi peluang kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 bagi meneroka dan mempelajari ilmu budaya, bahasa, nilai seni dan sejarah di tempat-tempat yang terlibat.

Semoga dengan pelaksanaan program ini Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan laporan serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di IPGKBM.
Bengkel kemahiran Asas Microsoft 365 (M365)

Tarikh : 12 Januari 2024
Tempat : Secara dalam Talian
Anjuran : Unit Multimedia, IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Tujuan :
- Memberikan pendedahan kepada para peserta iaitu Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah dan Staf asas penggunaan M365 secara online di Portal Microsoft dan offline.
- Memberikan penerangan berkenaan pengurusan maklumat secara digital IPGM KBM dan hands-on tatacara penggunaan Google Calendar (GCal) serta cara langganan kalendar info rasmi.

Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran asas berkenaan M365 dan cara penggunaannya. Serta dapat mengaplikasikan GCal dalam pengurusan maklumat dan dokumen IPGM KBM.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI.

Bengkel Penghasilan Inovasi Profesional

Tarikh: 15 - 16 Januari 2024
Tempat: Secara maya
Anjuran: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPGM Kampus Bahasa Melayu

Penceramah:
1. Dr. Roslina binti Suratnu
2. ⁠Pn. Nora binti Markom

Fasilitator:
1. Dr. Mastura binti Halim
2. ⁠Dr. Noor Muslieah binti Mustafa Kamal
3. ⁠Dr. Thusha Devi Rajendra

Tujuan:
1.Meningkatkan keupayaan penghasilan inovasi dalam kalangan peserta bengkel.
2.Meningkatkan dan memantapkan peserta bengkel dengan kemahiran menghasilkan inovasi pendidikan menggunakan Model KIBUK.

Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini para peserta dapat menghasilkan atau membimbing pelajar untuk menghasilkan produk inovasi yang berkualiti.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI.

Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2023 - Garis Panduan Nilai Dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM >> https://www.moe.gov.my/pekeliling/5940-spi-kpm-bilangan-11-tahun-2023-garis-panduan-nilai-dan-etika-penggunaan-media-sosial-kpm/file

Sekian, terima Kasih
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI.

Aktiviti: Program Pementoran 2024

Tarikh : 17 Jan 2024
Masa : 9:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat : Unit Psikologi dan Kaunseling, Aras 8
Anjuran : UPsK, IPGM KBM
Peserta : Staf bukan akademik

Tujuan :
-Meningkatkan kompetensi kerja dan peribadi pegawai dalam jangka masa yang telah ditetapkan
-Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang  sebenar di pejabat
-Menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah serta membuat  keputusan yang rasional di pejabat.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, ilmu dan kemahiran dapat dikongsi bersama antara mentor dan menti agar kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial untuk mentor dan menti dapat berkembang bersama-sama.
https://www.youtube.com/watch?v=lQhM_EDxx7g

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI.

WEBINAR ASAS PENYELIDIKAN
SIRI 1: Membina Proposal


Berikut butiran berkaitan webinar:

🗓Tarikh: 18 Januari 2024 (Khamis)
⏰Masa: 9.30 pagi
💻Medium: YouTube Rasmi IPGKBM
Youtube Live IPGKBM:
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Penceramah:
Dr. Nurhijrah binti Zakaria

Pensyarah Akademik
IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail

Moderator:
Dr. Noor Muslieah binti Mustafa Kamal

Pensyarah Akademik
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi JPPI
IPGM Kampus Bahasa Melayu

📝Penyertaan akan didaftarkan dalam SPLKPM melalui pautan yang akan diberikan semasa webinar berlangsung

Semua pensyarah dan pelajar PISMP Ambilan 2021 dijemput hadir.

🌹🌹🌹
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.RI,
Salam Malaysia MADANI.

Makluman Logo Rasmi dan Lagu Rasmi IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM)

Kemas kini terkini: Logo IPGM KBM, Logo Malaysia Madani dan Lagu IPGM

Dipanjangkan pautan untuk muat turun Logo Rasmi KPM, IPGM dan IPGM KBM serta Video Lagu Rasmi IPGM KBM :
https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Penggunaan Logo Jata KPM adalah tertakluk kepada Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi KPM berikut: https://drive.google.com/file/d/1kEo4pOZB0NEky3z4-A695rLX0JaymL_I (Kuatkuasa 19 Mei 2022).
Panduan penggunaan Logo Malaysia Madani di pautan berikut: https://www.ns.gov.my/images/contents/GARIS_PANDUAN_PENGGUNAAN_IDENTITI_MALAYSIA_MADANI.pdf

Sekian, terima kasih
Unit Multimedia
IPGM KBM
The Star-170124.pdf
11.5 MB
The Star-17 Januari 2024
BH-170124.pdf
8.2 MB
BH-17 Januari 2024