IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
BH-010224.pdf
8.6 MB
BH-01 Februari 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Tahniah buat Pasukan IPGM KBM atas kejayaan di Kejohanan Tenpin Boling Karnival Sukan MESCA 2024 pada 1 Februari 2024 di Kompleks Sukan Nilai. Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah mengharumkan nama IPGM KBM.
The Star-020224.pdf
13.5 MB
The Star-02 Februari 2024
BH-020224.pdf
8.9 MB
BH-02 Februari 2024
RALAT

Harap maaf, pautan sebelum ini ada berlaku sedikit ralat. Untuk menonton FESTIVAL MUTIARA SENI 2024 pada 3 Februari 2024 jam 8 malam sila layari https://youtube.com/live/RURn1nK90dI?feature=share
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Aktiviti: #SubuhMacamJumaat

Tarikh: 4 Februari 2024
Hari: Ahad
Tempat: Surau at-Taqwa dan padang, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Kelab Rakan Islah dengan kerjasama JAPIM IPGM KBM
Sasaran: Semua warga IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Tujuan:
1. Mengimarahkan surau at-Taqwa terutamanya pada waktu subuh.
2. Membentuk jati diri siswa dan siswi guru supaya menjadi mukmin yang
seimbang duniawi dan ukhrawi.
3. Melahirkan siswa dan siswi guru yang cergas tubuh badan.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, siswa dan siswi guru IPGM
KBM dapat mengimarahkan surau at-Taqwa dengan lebih giat lagi pada masa akan datang. Seterusnya, diharapkan juga agar para pelajar akan terus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan sentiasa mengamalkan aktiviti riadah.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

[ MAKLUMAN TERKINI ] πŸ“‘
πŸ“„JADUAL WAKTU GILIRAN PADA HARI PEMBUANGAN UNDI PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2024/2025πŸ“„

πŸ“Œ Berikut merupakan giliran mengundi bagi setiap kelas.

πŸ“Œ Mohon CAKNA dan PATUH pada waktu mengundi bagi setiap kelas.

πŸ“Œ Setiap pelajar dikehendaki membawa KAD PELAJAR dan KAD PENGENALAN semasa sesi pengundian.

πŸ“Hari : Selasa
πŸ“Tarikh : 6 Febuari 2024
πŸ“Masa : 8:00 pagi hingga 4:00 petang
πŸ“Tempat: Dewan Aminuddin Baki


Semua pelajar WAJIB menunaikan tanggungjawab masing-masing

AYUH MENGUNDI!

Jawatankuasa Pembuangan Undi, Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus 2024, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PROGRAM WILAYAH PERSEKUTUAN BERSELAWAT

Tarikh : 31 Januari 2024
Hari : Rabu
Masa : 6.00 petang hingga 11.00 malam
Aktiviti : Tausiyah dan Berselawat
Tempat : Masjid Wilayah Perseketuan
Anjuran : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Peserta : Pelajar Muslim IPGMKBM
Tujuan : Program Wilayah Berselawat ini bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI 2024. Di samping itu, pelajar menyeratai program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecintaan dalam diri pelajar terhadap junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Semoga dengan penyertaan pelajar dalam program berselawat ini dapat meningkatkan lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW dalam diri pelajar muslim IPGMKBM khususnya. Seterusnya, diharapkan juga agar dengan pelaksanaan program berselawat ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kelebihan dan kepentingan berselawat kepada Rasulullah SAW dan mampu menjadikan amalan berselawat sebagai rutin harian dalam kehidupan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam Sempena Jubli Emas 50 Tahun JAWI 2024

Tarikh: 1 Februari 2024
Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anjuran: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI )
Tujuan: Sempena Sambutan 50 tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan mengikuti perbincangan khas dengan tajuk β€œBudi Sematang Usia” dan ini merupakan program berimpak tinggi kepada masyarakat Islam khususnya dan masyarakat lain di Wilayah Persekutuan.

JAWI telah menjalankan tanggungjawab dalam masa 50 tahun untuk menerapkan nilai – nilai Islam dan ia bukanlah suatu tempoh masa yang pendek dan singkat. Pelbagai tanggungjawab dan cabaran yang perlu dihadapi demi tanggungjawab yang diamanahkan dalam pembangunan masyarakat islam di negara kita. Ini boleh membuka minda pelajar – pelajar bagi sama- sama menyebarkan dakwah kepada masyarakat setempat bagi membangun syiar Islam .
[ MAKLUMAN: HARI PEMBUANGAN UNDI PILIHAN RAYA IPGMKBM 2024]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pengumuman pelaksanaan Hari Pembuangan Undi Pilihan Raya bagi Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM KBM Sesi 2024/2025 akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut;

πŸ“‘ Tarikh: 6 Februari 2024 (Selasa)
πŸ“‘ Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
πŸ“‘ Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGMKBM

Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh warga IPGMKBM!

Ayuh, ikuti perkembangan melalui IG SPRK IPGMKBM
@sprkipgmkbm.2024;
https://www.instagram.com/sprkipgmkbm.2024?igsh=MXg5ZXV4cmxmb3BuNQ==

#SPRKIPGMKBM2024
"SURUHANJAYA PILIHAN RAYA KAMPUS IPGMKBM 2024"
[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB RAKAN ISLAH 2024]

بِسْمِ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia Madani.

Untuk makluman semua warga IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kelab Rakan Islah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh : 6 Februari 2024 (HARI INI)
⏰ Masa : 8.00 hingga 10.30 malam
🏫 Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGMKBM

Semua warga IPGMKBM dijemput untuk sama-sama memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Islah yang diadakan.

TAQWA | ISLAH | MUSLEH
__________________________
KELAB RAKAN ISLAH,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
[MAKLUMAN: PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 2024/2025 ] πŸ“‘

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
kepada seluruh warga IPGM KBM.

Pengumuman keputusan penuh Pilihan Raya Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGMKBM Sesi 2024/2025 akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut;

πŸ“‘ Tarikh:7 Februari 2024 (Rabu)
πŸ“‘ Masa:10:30 - 11:30 pagi
πŸ“‘ Tempat: Secara dalam Talian - Youtube
https://www.youtube.com/live/0NH7oad4fQg?si=OsZc8OU12TVt5ogw

Tahniah dan terima kasih kepada warga IPGMKBM yang telah menyelesaikan tanggungjawab mengundi anda dalam pilihan raya kali ini!

Ayuh, ikuti perkembangan melalui IG SPRK IPGMKBM
@sprkipgmkbm.2024;
https://www.instagram.com/sprkipgmkbm.2024?igsh=MXg5ZXV4cmxmb3BuNQ==

#SPRKIPGMKBM2024
"SURUHANJAYA PILIHAN RAYA KAMPUS IPGMKBM 2024"
HEBAHAN KPM: Lindungi Maklumat Anda - Do's & Dont's
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel STEM untuk Guru telah diadakan pada 5 Februari 2024 di Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Bengkel ini adalah jaringan kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Persatuan STEM Kebangsaan atau dikenali sebagai National STEM Association (NSA) bagi memberi input berkaitan isu semasa STEM dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang menarik bagi membantu guru STEM di sekolah.

Bengkel STEM ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Rektor Pusat Pembangunan Latihan IPGM, Ucapan alu-aluan oleh tetamu jemputan iaitu Pengerusi NSA Profesor Emeritus Dato' Dr. Noraini binti Idris serta turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGM KBM dan Dr. Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGM KBM.