IPG Kampus Bahasa Melayu
1.7K subscribers
4.79K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Lawatan Penanda aras ke Galeri Madani dan Galeri Sasterawan Negara di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka dan IPGM Kampus Raja Melewar pada 26 Februari 2024 anjuran JK Galeri IPGM KBM.
Lawatan turut disertai oleh YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGM KBM, YBrs. Dr. Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah, wakil Unit Pusat Sumber, wakil Unit Multimedia, wakil Unit Khidmat Pengurusan dan semua JK Galeri IPGM KBM.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S T. A. R. I
Salam Malaysia MADANI

Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Zon Tengah Sesi 2024/2025

Tarikh : 26 Februari 2024
Tempat : Dewan Besar Nik Mohd Muhyideen Musa, IPGM Kampus Pendidikan Islam
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGM
Tujuan :
- Melahirkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 yang berketerampilan tinggi dan membina jalinan baik di antara 5 IPGMK
- Meningkat keyakinan JPP supaya melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab apabila menerima watikah.
- ⁠Meningkat nyala rasa seorang guru terhadap barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara barisan kepimpinan baru JPP sesi 2024/2025.

Pelaksanaan program ini diharap Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjadi pemimpin yang berkaliber dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mengambil nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di Kampus.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Jom Derma Darah

Tarikh: 27 Februari 2024 (Selasa)
Masa: 8:30 pagi - 3:00 petang
Tempat: Lobi Bangunan Menara, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM KBM & Program Siswa Sihat (PROSIS) IPGM KBM dengan kerjasama Pusat Darah Pusat Perubatan Universiti Malaya

Tahniah kepada seramai 56 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar IPGM KBM yang telah berjaya menderma darah
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Perhimpunan Bulanan Februari 2024
‘Profesional dan Berprotokol’

Tarikh: 27 Februari 2024 / Selasa
Masa: 11:15 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki IPGMKBM
Penganjur : Jabatan Kecemerlangan Akademik, Unit Khidmat Pengurusan, PISMP G1, PISMP A5 dan PISMP B1
Buku Program : https://anyflip.com/vjxix/hivi/

Penceramah Jemputan
YBrs. Tuan Abdull Quddus bin Nordin
Ketua Penolong Setiausaha,
Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol
Negeri Sembilan.

Protokol ialah satu set peraturan atau norma yang mengawal tingkah laku dan komunikasi dalam persekitaran profesional. Protokol merangkumi pelbagai perkara termasuk etika, norma komunikasi dan tindakan yang dianggap sesuai atau tidak sesuai dalam konteks profesional. Sebagai penjawat awam kita perlu ambil tahu berkaitan protokol terutamanya dalam pengendalian majlis.

Galeri Gambar >> https://photos.app.goo.gl/QKA7YGz9wDvdyC2Q7
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Transformasi Minda ( PTM ) 2024


🗓️Tarikh  :   4 - 8 Mac 2024
☀️Hari : Isnin - Jumaat
⏰Masa  : 6.00 pagi - 10.30 malam
🏢Tempat :   IPGMKBM
👬Kehadiran : Semua Pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 ( Batch F )
🧑‍💼Penganjur :  Jabatan Hal Ehwal Pelajar ( JHEP )

Harap maklum
🌹Terima kasih
BH-290224.pdf
8.3 MB
BH - 29 Februari 2024