IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Perhimpunan Bulanan Februari 2024
‘Profesional dan Berprotokol’

Tarikh: 27 Februari 2024 / Selasa
Masa: 11:15 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki IPGMKBM
Penganjur : Jabatan Kecemerlangan Akademik, Unit Khidmat Pengurusan, PISMP G1, PISMP A5 dan PISMP B1
Buku Program : https://anyflip.com/vjxix/hivi/

Penceramah Jemputan
YBrs. Tuan Abdull Quddus bin Nordin
Ketua Penolong Setiausaha,
Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol
Negeri Sembilan.

Protokol ialah satu set peraturan atau norma yang mengawal tingkah laku dan komunikasi dalam persekitaran profesional. Protokol merangkumi pelbagai perkara termasuk etika, norma komunikasi dan tindakan yang dianggap sesuai atau tidak sesuai dalam konteks profesional. Sebagai penjawat awam kita perlu ambil tahu berkaitan protokol terutamanya dalam pengendalian majlis.

Galeri Gambar >> https://photos.app.goo.gl/QKA7YGz9wDvdyC2Q7
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Transformasi Minda ( PTM ) 2024


🗓️Tarikh  :   4 - 8 Mac 2024
☀️Hari : Isnin - Jumaat
⏰Masa  : 6.00 pagi - 10.30 malam
🏢Tempat :   IPGMKBM
👬Kehadiran : Semua Pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 ( Batch F )
🧑‍💼Penganjur :  Jabatan Hal Ehwal Pelajar ( JHEP )

Harap maklum
🌹Terima kasih
BH-290224.pdf
8.3 MB
BH - 29 Februari 2024
The Star 290224.pdf
51.3 MB
The Star - 29 Februari 2024
Bina Insan Guru Pelajar PISMP Ambilan Jun 2022
26 Feb - 1 Mac 2024
Pulau Besar Melaka
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Wacana Pembangunan Insaniah Guru Permulaan 2024

Tarikh: 26 Februari – 1 Mac 2024
Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang
Tempat : Dewan Za’ba, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran : Jabatan Kecemerlangan Akademik

Program Wacana Pembangunan Insaniah Guru Permulaan memberi pendedahan yang mendalam kepada bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah tentang Kursus Celik Kewangan, Pemikiran Komputasional, Dasar Perpaduan Negara, PRONIKA, PISA/TIMSS, BMI, KPPB, TS25, PBD dan Pembelajaran Digital. Pendedahan ini merupakan antara pengetahuan yang diperlukan oleh bakal guru sebagai persediaan ke alam pekerjaan apabila ditempatkan di sekolah nanti. 
Hasil pelaksanaan program diharapkan bakal guru lepasan IPGM KBM PISMP Ambilan Jun 2020 memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi seorang pendidik yang memenuhi perkembangan pendidikan semasa. 
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program SAMBUTAN PESTA PONGGAL 2024

Tarikh: 24 Februari 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Zaaba, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Biro Kerohanian, Moral & Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM KBM
Peserta: Warga Bukan Islam IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tujuan: 
1) Mengeratkan hubungan antara guru pelatih dan pensyarah. 
2) Memberi peluang kepada guru pelatih mengenali budaya kaum dan tradisi masyarakat India. 
3) Meningkatkan sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih
4) Memperkenalkan Pesta Pongal kepada pelajar bukan Islam bagi mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar

Semoga dengan pelaksanaan program ini, siswa dan siswi guru IPGM KBM dapat amalkan  sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki dalam kehidupan seharian.
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Sentuhan Budi

Tarikh: 25 Februari 2024
Tempat: Rumah Kanak-Kanak Sentuhan Budi, Petaling Jaya
Anjuran: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (ELMK 3103)
Peserta: 25 pelajar Pendidikan Moral Kelas B8

Tujuan: 
1) Merasai suasana kehidupan di Rumah Kanak-Kanak Sentuhan Budi dan melaksanakan aktiviti kerja amal.
2) Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni.
3) Membuat refleksi kendiri mengenai kehidupan harian guru pelatih dan penghuni  di Rumah Kanak-Kanak Sentuhan Budi.
4) Membolehkan para guru pelatih melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial dan khidmat masyarakat dengan membawa nama baik IPGMKBM.
5) Memenuhi kehendak Maklumat Kursus Nilai-nilai Murni Daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat  (ELMK3103) serta menepati KPPB.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, siswa dan siswi guru Pendidikan Moral IPGM KBM dapat membolehkan para guru pelatih meningkatkan perkembangan moral, sahsiah dan pembangunan insaniah dalam kehidupan harian mereka.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Kursus Kepimpinan Dan Profesionalisme: Konsep Kepimpinan Madani Dalam Organisasi Pendidikan

Tarikh: 6 Februari 2024 (Selasa)
Tempat: Dewan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur  
Anjuran: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral  dan Jabatan Pembangunan Profesionalisma Keguruan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Peserta: Para Pensyarah Peringkat Zon Tengah seramai 100 peserta

Tujuan: 
1) Meningkatkan kesedaran terhadap akauntibiliti dan kredibiliti sebagai seorang penjawat awam yang cemerlang
2) Memupuk semangat kerjasama dalam sebuah organisasi terpimpin dan beretika
3) Membentuk kefahaman dan penghayatan mengenai Ciri-ciri Kepimpinan Berkaliber di dalam diri para pensyarah.
4) Menerapkan Konsep kepimpinan Madani iaitu, Kemampuan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan untuk kita meremajakan gerak kerja dalam setiap fungsi yang ada dalam meneraju kecemerlangan pendidikan  bertaraf dunia.

Semoga dengan pelaksanaan Kursus sebagai salah satu program yang memberi impak kepada pensyarah serta komuniti kepimpinan berkaitan “Kepimpinan dan Profesionalisme” di IPGM Kampus Bahasa Melayu dan Zon Tengah umumnya.