IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Asalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI


💸*IB TANPA TUNAI 2.0*💸

📍Berita gembira untuk pelajar-pelajar IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU, program “Cashless Campus” kini kembali lagi dengan nama baharu iaitu “IB TANPA TUNAI 2.0”.

📍Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar bagi melakukan pembayaran dengan menggunakan transaksi secara dalam talian.

📍Program kali ini akan dihiasi dengan pelbagai pertandingan yang menarik dengan hadiah yang lumayan.

📍Ayuh sama - sama kita melakukan transaksi secara atas talian sebanyak mungkin melalui Qr kod dalam tempoh program.

📍Transaksi yang diambila kira hanya melibatkan *KOWARIS dan KAFE B2*.

Tarikh: 1 Januari hingga 16 Mei 2024

_*‘Kebersamaan Pemangkin Nyala Rasa, Peneraju IB LESTARI‘*_
__________________________________

BIRO KEUSAHAWANAN DAN BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DAN PENERBITAN,
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR, IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 24/25.
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Kursus Jurulatih Aerodance dan Konsep Pertandingan Senam Sihat

Tarikh: 9 & 10 Mac 2024
Tempat: Dewan Aminuddin Baki
Peserta: 50 orang pelajar.
Anjuran: Jabatan PJK & PROSIS IPGM KBM

Tujuan: 
1) Memenuhi hasrat IPGM untuk melahirkan guru yg mempunyai tauliah dan diiktiraf oleh persatuan.
2) Nilai tambah kepada pelajar agar mempunyai kemahiran dan kepakaran yang diiktiraf.
3) Boleh memberi tunjuk ajar dan instruktor aerodance kpd murid-murid dan masyarakat.

Impak:
Menjadi penunjuk ajar/jurulatih aerodance di sekolah-sekolah dan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai amalan rutin.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, siswa dan siswi IPGM KBM dapat pengiktirafan sbg instruktor aerodance dan sbg penunjuk ajar di sekolah-sekolah dan masyarakat setempat.
👾 PROGRAM EKSPLORASI S.T.E.M. DALAM PENDIDIKAN!

Ayuh, Eksplorasi Dunia S.T.E.M. di Bumi IB!🧠🤩🔥

Assalamualaikum WBT
Salam L.E.S.T.A.R.I.
Salam Malaysia MADANI
Kepada warga IPGM Kampus Bahasa Melayu sekalian. 🫡

Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan dengan kerjasama siswa siswi guru G1, A1, & B1 akan menganjurkan Program Eksplorasi S.T.E.M. dalam Pendidikan! 🫣😱🤩👩🏻‍🔬🧙🏻‍♀️

Makluman lanjut program adalah sebagaimana berikut:

👾 Tarikh: 13/3 & 14/3 (Rabu & Khamis)
👾 Tempat:Lobi Menara IPGMKBM
👾 Masa:8.00 Pagi - 3.30 Petang

‼️15 Reruai-reruai Pameran S.T.E.M. menanti anda!

Ayuh bersama kita mengeksplorasi dunia S.T.E.M. yang pastinya membawa penerokaan luar biasa kepada seluruh warga IPGM Kampus Bahasa Melayu!😆🤩🔥

UNIT MATEMATIK
JABATAN SAINS KEMANUSIAAN
DENGAN KERJASAMA G1, A1, & B1
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU