IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pada 4 April 2024 (Selasa), Kelab Kebajikan Staf Profesional (KKSP) dan Kelab Kebajikan Staf Sokongan (KKSS) telah menganjurkan Majlis Ambang Aidilfitri di ruang legar Menara IPGMKBM.

Majlis yang sangat bermakna ini telah dijalankan dengan penuh semangat kekeluargaan dan kemesraan apabila pensyarah dan staf berkumpul untuk bersalam-salaman setelah mendengar ucapan ringkas daripada Pengarah IPGMKBM.

Sebelum itu, acara penyampaian sumbangan kepada para asnaf sebagai bentuk kebajikan sosial dan pemberian duit raya kepada semua yang hadir turut memeriahkan suasana majlis yang istimewa ini.

Semoga majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mengeratkan silaturahim dan mewujudkan suasana budaya kerja sepasukan dalam kalangan warga IPGMKBM.
Sunday Star-070424.pdf
13.6 MB
Sunday Star-07 April 2024
BH Ahad-070424.pdf
8.7 MB
BH Ahad-07 April 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Ihya’ Ramadan IPGM Kampus Bahasa Melayu Tahun 2024

Tarikh: 12 Mac - 5 April 2024 (Sepanjang bulan Ramadan)
Tempat: IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Kelab Rakan Islah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGM KBM
Sasaran: Semua warga muslim IPGM KBM

Tujuan:
1. Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat meningkatkan ketaqwaan dalam diri.
2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan mengasah kemahiran dalam merancang, mengurus, mentadbir dan melaksanakan majlis-majlis formal dan mengetengahkan cara dan protokol pengurusan program berimpak tinggi.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, para pelajar IPGM KBM dapat istiqomah melakukan ibadah dan mengimarahkan surau at-Taqwa pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan bulan Ramadan semata-mata. Seterusnya, diharapkan agar pelajar dapat menyucikan hati dan memperbaiki diri mereka ke arah lebih baik sepanjang berlangsungnya aktiviti-aktiviti dalam program Ihya’ Ramadan ini.