IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Ihya’ Ramadan IPGM Kampus Bahasa Melayu Tahun 2024

Tarikh: 12 Mac - 5 April 2024 (Sepanjang bulan Ramadan)
Tempat: IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Kelab Rakan Islah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGM KBM
Sasaran: Semua warga muslim IPGM KBM

Tujuan:
1. Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan dapat meningkatkan ketaqwaan dalam diri.
2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan mengasah kemahiran dalam merancang, mengurus, mentadbir dan melaksanakan majlis-majlis formal dan mengetengahkan cara dan protokol pengurusan program berimpak tinggi.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, para pelajar IPGM KBM dapat istiqomah melakukan ibadah dan mengimarahkan surau at-Taqwa pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan bulan Ramadan semata-mata. Seterusnya, diharapkan agar pelajar dapat menyucikan hati dan memperbaiki diri mereka ke arah lebih baik sepanjang berlangsungnya aktiviti-aktiviti dalam program Ihya’ Ramadan ini.
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia Madani

Majlis Kunjung Hormat Jemaah Nazir Negeri Selangor ke IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 16 April 2024
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

BENGKEL AMALI CATAN & KRAF BATIK

Tarikh: 16 April 2024
Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Lobi Menara IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Perasmian oleh:
YBrs. Dr. Masitah Mohammad Yusof A.M.N
Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu

Anjuran: Unit PSV, Jabatan Sains Kemanusiaan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI

PROGRAM JANGKAUAN: GILAP PERMATA

Tarikh: 16 , 17, 18, dan 26 April 2024
Masa : 12:30 tengah hari hingga 4:30 petang Tempat : SK Taman Medan, Petaling Jaya , Selangor. Anjuran: Jabatan Pengajian Melayu dan Pelajar B3 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PROGRAM JANGKAUAN
Outreach MBI: Discover The Joy Of Reading!


Tarikh: 19,26 April 2024 dan 3 Mei 2024
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SJK (T) Vivekananda, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Anjuran: JK MBI, Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Sains Kemanusiaan dan Pelajar C4 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

🌎 Program Stanza Bicara IPGM Kampus Bahasa Melayu Siri 3/2024: Bual Bahasa
Tajuk: Lewah dalam bahasa Melayu

Tarikh: 17 April 2024 (Rabu)
Masa: 9:00 pagi
Pelantar: Youtube Rasmi IPGM KBM
Pautan: https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Panel Bual Bahasa: YBrs. Dr. Zabedah binti Mohammed
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Moderator: Saudara Wan Ahmad Aqil Zakwan bin Wan Mohd Faidzal
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2023
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu, semarakkan budaya dan sastera di persada dunia.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertaraf Dunia
#LestariKebahasaan
#EfektifPengurusan
#StrategikPemikiran
#TeknologDigitalisasi
#AktifPelibatan
#ReflektifTindakan
#InovatifPembudayaan
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia Madani

Majlis Kunjung Hormat Jemaah Nazir Negeri Selangor ke IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 16 April 2024
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kerjasama pintar antara Jemaah Nazir Negeri Selangor dengan IPGM KBM demi kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Pihak Jemaah Nazir Negeri Selangor terdiri daripada Ketua Nazir Negeri, Tuan Haji Mohd Sarngi bin Haji Khalil, Timbalan Ketua Nazir Negeri, Tuan Haji Bahrin bin Kassim dan empat orang Nazir Kanan iaitu Puan Azidah Abd. Aziz, Dr. Siti Nafsiah binti Ismail, Dr. Sivapakiam a/p Ramasamy dan Puan Norhamimi binti Abdul Hamid.

Semoga matlamat program ini dapat dicapai untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

#transformasipemikir
The Star-160424.pdf
20.9 MB
The Star-16 April 2024
BeritaHarian (1).pdf
9.5 MB
Berita Harian- 16 April 2024