IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Apresiasi Karya Kanak-Kanak; Kursus BMMB3283 Kesusasteraan Kanak-Kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Tarikh: 22 April 2024
Tempat: Dewan Aminuddin Baki
Peserta: 265 orang pelajar kumpulan A

Anjuran: Jabatan Persuratan Melayu.

Tujuan: 
1) Menghargai karya kanak-kanak.
2) Memberi peluang kepada peserta untuk membuat persembahan karya kanak-kanak secara kreatif.
3) Mempamerkan karya secara kreatif dan boleg menarik minat kanak-kanak membaca.

Impak:
81 buah buku cerita kanak-kanak dan 81 ebook cerita kanak-kanak telah dipamerkan dan 12 cerita telah dipersembah melalui persembahan secara TMK dan secara lakonan.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, siswa dan siswi IPGM KBM dapat menyuntik semangat untuk terus menulis dan menghasilkan cerita kanak-kanak yang berkualiti.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bersempena Hari Buku dan Hak Cipta yang disambut pada 23 April setiap tahun, Pusat Sumber Dato' Lokman Musa akan mengadakan

PERTANDINGAN FOTO JOM BACA BERSAMA 10 MINIT @ IPGMKBM 2024 pada 23 April 2024 (Selasa) Jam 11.00 pagi - 11.10 pagi.

Ayuh warga IPGMKBM, walau di mana sahaja anda berada, berhenti sejenak dari melakukan apa jua aktiviti dan sama-sama membaca bersama selama 10 minit. Rakam gambar aktiviti membaca anda dan hantar foto tersebut ke ups@ipgkbm.edu.my beserta dengan nama, jabatan/unit, no. telefon anda sebelum @ pada 25 April 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PROGRAM PEMBANGUNAN MOBILISASI KEPENGAKAPAN MERCERNA KELESTARIAN ALAM 2024

Tarikh : 20 April 2024 (Sabtu)
Tempat : IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran : Unit Kokurikulum, IPGM KBM

Tujuan :
1. Memperkukuhkan keupayaan bertahan ahli pengakap di alam terbuka serta meningkatkan kemandirian dan ketahanan mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran.
2. Menyebarkan nilai-nilai pengakap seperti kesetiaan, kedisiplinan, tanggungjawab, dan keberanian dalam kalangan ahli, mengasah sikap positif yang penting dalam pembentukan watak.
3. Membina semangat kesatuan di kalangan ahli pengakap, memperkukuhkan kerjasama dalam menangani tugas-tugas, menyelesaikan cabaran, serta menghadapi ujian amali sebagai satu pasukan yang padu.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, ahli pengakap dapat memperoleh pelbagai kemahiran bertahan di alam terbuka, mengasah nilai-nilai pengakap yang penting, serta memperkuat semangat kesatuan dan kerjasama.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Jalinan dan Jaringan Akademik di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur

Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan dan Pelajar PISMP A1

Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)
Peserta: 25 orang pelajar PISMP kelas A1 (EDUP3143 Sosiologi dalam Pendidikan)
2 orang pensyarah
1.Dr. Nur Kamariah Ensimau
2. En. Umar Norman

Objektif program.
1. Memberikan pendedahan kepada bakal guru tentang pendidikan di SBJK
2. Mengenal pasti sosiobudaya dan persekitaran pembelajaran di SBJK
3. Meningkatkan pengetahuan bakal guru tentang konsep Pendidikan untuk semua
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel Kerja Penyediaan E-Modul dan Bahan Sokongan Latihan Peningkatan Kompetensi Guru Bahasa Melayu di Bawah Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu Siri 1/2024

22-24 April 2024
Hotel Travelodge, Ipoh, Perak
Objektif :
1. Menyediakan draf tiga e-modul bagi Kursus Peningkatan Kompetensi Guru Bahasa Melayu
2. ⁠Menyediakan dokumen yang berkaitan kursus untuk dimuatnaik ke Portal Mantap BM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Terapi Bermain dan Terapi Seni untuk Taska dan Tabika KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Taska dan Tabika KEMAS Kg Sri Batu serta Tabika STREAM ( Robotic) Keramat Nur.

Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan (Unit PAKK) dan Pelajar PISMP B9

Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)

Peserta:
- 25 orang pelajar PISMP B9
- 2 orang  pensyarah PAKK
1. En. Lukmanulhakim Abd Gani
2. Pn. Zaimah Abdul Rahman

Kursus yang terlibat:
1. PAKK3433  Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
2. PAKK3553 Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
3. PAKK3453 Pengurusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Objektif program:
1. Mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK3453), seperti pengurusan ruang, keselamatan, kewangan, pusat pembelajaran dan sebagainya.

2. Meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasi aktiviti bagi aspek  pembelajaran kreativiti dan inovasi dalam seni visual yang terkandung di dalam  kursus PAKK3553 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan  kursus PAKK3433 Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

3. Menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan Taska dan Tabika berkenaan kemudahan-kemudahan fasiliti, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di Taska dan Tabika Kemas, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
The Star-240424.pdf
12 MB
The Star-24 April 2024
BH-240424.pdf
10.2 MB
BH-24 April 2024
https://anyflip.com/nvhus/htns/
Pautan Buku Program Gilap Permata
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PERTANDINGAN CENDEKIA BAHASA

Jabatan Pengajian Melayu dan JK MBI, Unit Bahasa Inggeris (JSK) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu akan melaksanakan Pertandingan Cendekia Bahasa di bawah Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu. Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian.

Tarikh Akhir Penghantaran: 15 Mei 2024

Syarat-syarat pertandingan serta borang penghantaran adalah seperti dipautan berikut.
https://linktr.ee/JabatanPengajianMelayu

Acara yang dipertandingkan:
1. Pertandingan Video TikTok Pengajaran Bahasa Melayu
2. Pertandingan Video TikTok Pengajaran Bahasa Inggeris
3. Pertandingan Mimbar Bahasa
4. Illustrative Poetry Competition

Hadiah menarik menanti anda.

Sebarang persoalan boleh hubungi:
Amir Irfan - 01125719819
Afiq Aziman - 0149547248