IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel Kerja Penyediaan E-Modul dan Bahan Sokongan Latihan Peningkatan Kompetensi Guru Bahasa Melayu di Bawah Inisiatif #108: Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu Siri 1/2024

22-24 April 2024
Hotel Travelodge, Ipoh, Perak
Objektif :
1. Menyediakan draf tiga e-modul bagi Kursus Peningkatan Kompetensi Guru Bahasa Melayu
2. ⁠Menyediakan dokumen yang berkaitan kursus untuk dimuatnaik ke Portal Mantap BM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Terapi Bermain dan Terapi Seni untuk Taska dan Tabika KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Taska dan Tabika KEMAS Kg Sri Batu serta Tabika STREAM ( Robotic) Keramat Nur.

Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan (Unit PAKK) dan Pelajar PISMP B9

Tarikh: 23 April 2024 (Selasa)

Peserta:
- 25 orang pelajar PISMP B9
- 2 orang  pensyarah PAKK
1. En. Lukmanulhakim Abd Gani
2. Pn. Zaimah Abdul Rahman

Kursus yang terlibat:
1. PAKK3433  Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
2. PAKK3553 Kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
3. PAKK3453 Pengurusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Objektif program:
1. Mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK3453), seperti pengurusan ruang, keselamatan, kewangan, pusat pembelajaran dan sebagainya.

2. Meningkatkan pengetahuan dan mengaplikasi aktiviti bagi aspek  pembelajaran kreativiti dan inovasi dalam seni visual yang terkandung di dalam  kursus PAKK3553 Kreativiti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan  kursus PAKK3433 Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

3. Menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan pengurusan Taska dan Tabika berkenaan kemudahan-kemudahan fasiliti, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di Taska dan Tabika Kemas, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
The Star-240424.pdf
12 MB
The Star-24 April 2024
BH-240424.pdf
10.2 MB
BH-24 April 2024
https://anyflip.com/nvhus/htns/
Pautan Buku Program Gilap Permata
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PERTANDINGAN CENDEKIA BAHASA

Jabatan Pengajian Melayu dan JK MBI, Unit Bahasa Inggeris (JSK) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu akan melaksanakan Pertandingan Cendekia Bahasa di bawah Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu. Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian.

Tarikh Akhir Penghantaran: 15 Mei 2024

Syarat-syarat pertandingan serta borang penghantaran adalah seperti dipautan berikut.
https://linktr.ee/JabatanPengajianMelayu

Acara yang dipertandingkan:
1. Pertandingan Video TikTok Pengajaran Bahasa Melayu
2. Pertandingan Video TikTok Pengajaran Bahasa Inggeris
3. Pertandingan Mimbar Bahasa
4. Illustrative Poetry Competition

Hadiah menarik menanti anda.

Sebarang persoalan boleh hubungi:
Amir Irfan - 01125719819
Afiq Aziman - 0149547248
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

BENGKEL PENGHASILAN INOVASI INTERNSHIP

Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Za'aba IPGMKBM
Peserta: Pelajar PISMP AMBILAN JUN 2020 (Kumpulan F)

Anjuran: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Objektif
1) Mendedahkan peserta dengan proses penghasilan inovasi

2) Memberikan bimbingan secara berperingkat kepada peserta supaya dapat menghasilkan produk inovasi pendidikan berkualiti.

Semoga pelaksanaan program ini dapat melahirkan siswa guru yang kreatif dan inovatif menghasilkan bahan bantu pembelajaran.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) 2.0 : MEMBINA KEUPAYAAN GURU PROFESIONAL

Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Tempat: Dewan Za'ba IPGM KBM
Peserta: Pelajar PISMP AMBILAN JUN 2020 (Kumpulan F)

Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGMKBM

Tujuan:
1) Memperkenalkan SGM 2.0 kepada bakal guru.
2) Meneroka dasar SGM 2.0 bagi melahirkan guru berkualiti.
3) Mengenalpasti standard kompetensi berdasarkan SGM 2.0 .

Semoga pelaksanaan program ini dapat membekalkan pengetahuan berguna kepada para pelajar dalam membina dan meningkatkan kompetensi dalam kerjaya kelak
Assalsmualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 1 Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan Latihan Malaysia 02

Tarikh : 26 - 28 April 2024
Tempat : Dewan Za'ba,
IPGM Kampus
Bahasa Melayu
Peserta : 76 orang

Objektif Program:
1. Kursus Kepimpinan Manik Kayu merupakan kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar yang mengikuti kursus Pengakap agar mereka mempunyai nilai tambah keguruan dalam latihan perguruan mereka di IPGM Kampus Bahasa Melayu.
2. Memberi pengetahuan, kemahiran dan peningkatan sahsiah kepada bakal Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dari segi amali dalam perkhemahan.
3. Memberi pendedahan realiti kepada bakal Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak untuk menjalankan aktiviti luar pengakap dengan mematuhi peraturan dan SOP yang sewajarnya agar matlamat Kepengakapan dapat disampaikan dan dikuasai dengan baik semasa menjadi guru permulaan kelak.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pautan Jurnal Semarak Bahasa IPGM Kampus Bahasa Melayu: http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/266-jurnal-akademik
The Star-260424.pdf
12.8 MB
The Star-26 April 2024
BeritaHarian-260424.pdf
8.3 MB
BeritaHarian-26 April 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) DALAM KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR TAHUN 2024

Tarikh: 25 Mei 2024
Masa: 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat: Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru
Anjuran: Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Penceramah Undangan: Dr. Azman Rahmat, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Persuratan Melayu, IPGM Kampus Bahasa Melayu                                         

Impak:
1. Guru-guru dapat meningkatkan pengetahuan PDP berfokus kepada kemahiran membaca.

2. Mengaplikasi teknik membaca yang betul serta berkemahiran dalam menggunakan kaedah teater pembaca.

3. Guru-guru yang dibimbing ini akan dilantik sebagai Jurulatih negeri untuk menyebarluaskan pengetahuan di peringkat daerah masing-masing.

Peserta 53 orang:
- 11 orang SISC+ Bahasa
- 11 orang Guru SK
- 11 orang Guru SJK
- 20 orang Guru COS Bahasa Melayu

Kumpulan Sasaran: Guru COS Bahasa Melayu dan guru BM SJK

Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan secara berkala kepada guru-guru agar murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Syabas dan tahniah kepada JPN Johor dan IPGMKBM.

#KementerianPendidikanMalaysia
#programjangkauan
#IPGMMBMMBI
#MBMMBI
#tiktokIPGM