IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
BH Ahad-280424.pdf
10.3 MB
BH Ahad-28 April 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pertandingan Koreografi Aerodance SAIEF

🎖️Tahniah Pasukan IPGM KBM telah menjadi johan, tempat ke-4 dan ke-5 pertandingan tersebut.


Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Kelab Sukan Kecergasan SAIEF dengan Kerjasama IPGM Kampus Bahasa Melayu
Bilangan peserta IPGM KBM: 40 orang (pelajar)
Nama Pensyarah yang terlibat: En. Masywawi Mohd Nor, Pensyarah JPJK

Impak Program:

1.Mendapat ilmu baharu dan wujudkan hubungan dgn pihak luar sebagai rakan kerjasama.

2.Pelajar dapat belajar mengurus dan mentadbir sesuatu program/pertandingan dengan baik dan lancar.

Pelajar boleh mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu ini untuk pengurusan di sekolah dan masyarakat luar serta mengamalkan gaya hidup sihat sebagai rutin dalam kehidupan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

WACANA ILMU: STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 (SGM2.0)

Tarikh: 27 April 2024
Masa: 2:30 - 4:30 petang
Tempat: Dewan Za’ba IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGMKBM
Penceramah Undangan: Dr Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah, IPGM Kampus Bahasa Melayu

Impak:
1) Memperkenalkan SGM 2.0 kepada bakal guru.
2) Meneroka dasar SGM 2.0 bagi melahirkan guru berkualiti.
3) Mengenal pasti standard kompetensi berdasarkan SGM 2.0 .

263 orang:
- 237 opsyen Bahasa Melayu
- 26 opsyen Pendidikan Islam

Kumpulan Sasaran: Pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 (Kohort F)

Semoga program Wacana Ilmu ini dapat membekalkan pengetahuan berguna kepada para pelajar dalam membina dan meningkatkan kompetensi dalam kerjaya kelak.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Tenth La Fiesta Rugby Tournament 7s

🎖️Tahniah kepada pasukan IPGMKBM kerana telah menjadi naib johan dan tempat ke-6 di pertandingan tersebut.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat : Padang Ragbi, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Anjuran : Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor
Bilangan Peserta : 28 orang
Nama Pensyarah yang terlibat : En. Shamsul Bahri bin Ismail, KJ JHEP IPGM KBM

Pencapaian :
IB Panthers A - Naib Johan
IB Panthers B - Keenam

Impak Program :
1.Dapat membuka ruang kepada pelajar IPGMKBM untuk terus berusaha meningkatkan prestasi mereka bagi memperoleh kecemerlangan dan pengalaman semasa menyertai pertandingan.

2.Sebagai persediaan pasukan bagi menyertai Sukan Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Utara Malaysia pada bulan September 2024

Diharapkan pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman bertanding diperingkat tertinggi yang melibat penyertaan pasukan daripada IPT Awam yang lain serta memupuk amalan bersukan untuk meningkatkan kecergasan disamping menjalin hubungan dengan pihak yang berkepentingan dalam pembangunan sukan ragbi di Malaysia.
[PELANJUTAN TARIKH DAN MASA PENCALONAN]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pencalonan Anugerah Citra Keguruan IPGM Kampus Bahasa Melayu 2024 Siri 01

Pautan Google Form pencalonan dibuka bermula pada
26 April 2024 sehingga 1 Mei 2024 pada jam 6:00 petang.

Pelajar perlu membaca dengan teliti syarat-syarat kelayakan anugerah sebelum mengisi borang tersebut secara dalam  talian di pautan seperti berikut :

Borang Pencalonan Anugerah Citra Keguruan
https://bit.ly/BorangPencalonanACK2024S1

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Najwa +60 14-2545826
Aina +60 11-51626485

Sekian, terima kasih
JK Majlis Anugerah Citra Keguruan
The Star-300424.pdf
12.6 MB
The Star-30 April 2024
BeritaHarian-300424.pdf
10.4 MB
BeritaHarian-30 April 2024
Selamat Hari Pekerja 2024, Pekerja KESUMA Bangsa
nstp-010524.pdf
9.2 MB
NSTP - 1 Mei 2024
BeritaHarian-010524.pdf
9.3 MB
Berita Harian - 1 Mei 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Perhimpunan Bulanan April, Majlis Persaraan dan Sambutan Hari Raya IPGM Kampus Bahasa Melayu Tahun 2024 telah diadakan pada 30 April 2024 di Dewan Aminuddin Baki, IPGM KBM. Majlis anjuran Jabatan Persuratan Melayu dan Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kelab Kebajikan Staf Profesional dan Kelab Kebajikan Staf Sokongan telah diadakan dengan penuh meriah di rasmikan oleh YBrs. Dr.Masitah binti Mohammad Yusof, Pengarah IPGM KBM.

Program dimulakan dengan Wacana Ilmu bertajuk Standard Guru Malaysia 2.0 : Aspirasi Guru Sejahtera MADANI yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr.Nirwana binti Mohd Rashid, Timbalan Pengarah IPGM KBM. Sasaran perkongsian ini adalah untuk semua Pensyarah dan Pelajar IPGM KBM dengan tujuan untuk memperkenalkan SGM 2.0 dan meneroka Dasar SGM 2.0 untuk melahirkan guru berkualiti.

Majlis Kalungan Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan Pn. Sharifah Hanim binti Syed Akbar (Pensyarah JPM), Pn. Amali binti Ibrahim (Pensyarah JIP) dan En. Azmi bin Ahmad (Pembantu Operasi, UPS) menyerikan majlis. Seterusnya, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IPGM KBM diceriakan dengan aktiviti dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga IPGM Kampus Bahasa Melayu.

IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan selamat bersara kepada Pn. Sharifah Hanim binti Syed Akbar, Pn. Amali binti Ibrahim dan En. Azmi bin Ahmad. Terima kasih atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan awam khususnya di IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Bintang di Timur cuaca baik,
Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
Itulah budi dikenang orang.

Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Orang Daik pulang ke Daik,
Ambung-ambung bertali benang;
Kalau ada budi baik,
Sampai mati boleh dikenang.