IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

πŸ“Œ iMInD PAMER 2024
πŸ“Œ Tema: Membangun Minda MADANI dan Karakter melalui Pendidikan

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Dr./tuan/puan dijemput untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru (i-MInD IPG) 2024. Terdapat 4 acara pertandingan iaitu:
πŸ”Έi-MInD Inovasi (IPGMKIK)
πŸ”Έi-MInD Pamer (IPGMKBM)
πŸ”Έi-MInD Hibur (IPGMKBA)
πŸ”Έi-MInD SPPA (IPGMKPI)

IPGMKBM adalah penganjur bagi i-MInD Pamer.
Penyertaan untuk i-MInD Pamer adalah dibuka sekarang. Sila layari:

πŸ”— https://sites.google.com/ipgm.edu.my/i-mind2024/i-mind-pamer (untuk keterangan lanjut)
πŸ”— http://tinyurl.com/iMIndPamer (untuk borang pendaftaran)

‼️ Tarikh tutup: 30 Jun 2024

SELAMAT MENCUBA.
IPGMKBM-JPPI-2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Jurnal Semarak Bahasa dan Risalah Cakna Bahasa IPGM Kampus Bahasa Melayu

Penyerahan Jurnal Semarak Bahasa terbitan IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM) oleh YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan pada 17 Mei 2024 di Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil.1/2024. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Fadhlina Sidek.

Risalah Cakna Bahasa versi Ramadan dan Syawal yang telah IPGM KBM edarkan kepada orang awam turut diserahkan kepada YB Menteri Pendidikan. Edaran risalah ini bertujuan supaya semua pihak akan lebih cakna tentang penggunaan ejaan yang betul dan memperoleh ilmu pengetahuan untuk memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa yang betul bagi menyahut slogan β€œBetulkan yang biasa, biasakan yang betul".

Semoga penerbitan Jurnal Semarak Bahasa dan edaran risalah Cakna Bahasa ini menjadi wadah bermanfaat pengembangan ilmu dan penyelidikan pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU 1/2024

Tarikh : 16 Mei 2024 (Khamis)
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Masa: 8:00 pagi

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar IPGM KBM 1/2024. Semoga anugerah ini dapat menjadi dorongan dan semangat untuk terus kekal cemerlang pada masa akan datang.

Galeri Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/11Jg1KZrz-rb8v5C-PFHOaBQ2CXAHqYtv
The Star 200524.pdf
55 MB
The Star 20 Mei 2024
BeritaHarian-200524.pdf
8.8 MB
BeritaHarian-20 Mei 2024
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen MSIPGMKBM pada 21 Mei 2024 ke Kejohanan Sukan Olahraga Kebangsaan MSIPGM yang akan diadakan di Kuala Terengganu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dan Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi
Tarikh PABKL: 24 Mei - 2 Jun 2024

Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi- Menjawap Suara Luka

Tarikh: 25 Mei 2024
Masa: 2:30 petang
Tempat: Reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PABKL
Anjuran: NUHA Books dan DBP
Moderator: YBrs. Dr. Azman bin Rahmat, Pensyarah Cemerlang, Jabatan Persuratan Melayu, IPGM Kampus Bahasa Melayu

Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi - Menjawap Suara Luka akan di adakan di Reruai DBP, PBAKL Pada 25 Mei 2024. YBrs. Dr. Azman bin Rahmat, Pensyarah IPGM Kampus Bahasa Melayu akan tampil mengendalikan majlis di sana bersama-sama rakan penukil. Buku Antologi Puisi Menjawab Suara Luka adalah hasil tangan dan buah fikir Alumni Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) DBP 2023.
IMind Pamer-1.pdf
3.7 MB
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

iMInD PAMER 2024
Tema: Membangunkan Minda MADANI dan Karakter melalui Pendidikan


Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Dr./tuan/puan dijemput untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru (i-MInD IPG) 2024.

IPGMKBM adalah penganjur bagi i-MInD PAMER.
Penyertaan untuk i-MInD PAMER adalah dibuka sekarang. Sila layari:

πŸ”— https://sites.google.com/ipgm.edu.my/i-mind2024/i-mind-pamer (untuk keterangan lanjut)
πŸ”— http://tinyurl.com/iMIndPamer (untuk borang pendaftaran)

‼️ Tarikh tutup: 30 Jun 2024

SELAMAT MENCUBA.
IPGMKBM-JPPI-2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bahan Rujukan Perkhidmatan Sumber Dalam talian kini boleh diakses oleh warga IPGMKBM. Pelbagai judul e-book / e-jurnal / emajalah / esuratkhabar boleh dimuat turun.

Sila ketik di pautan πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/perpustakaan-digital/utama

ATAU
πŸ”°Ebscohost
merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data
http://search.ebscohost.com.
Username : IPGM
Password : L1brary_2024

πŸ”°U-pustaka
menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal, suratkhabar elektronik dan perkhidmatan pangkalan data. Anda perlu mendaftar untuk akses kepada semua pangkalan data yang disediakan.
PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.

Koleksi Digital dipautan berikut:
πŸ“šEbook
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/perpustakaan-digital/e-buku

πŸ“šEjournal
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/perpustakaan-digital/sumber-akses-terbuka_1/e-jurnal

πŸ“šEsuratkhabar / majalah
https://sites.google.com/ipgkbm.edu.my/perpustakaan-digital/e-suratkhabar-e-majalah
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

BICARA EKSEKUTIF IPGM DAN WACANA PROFESIONALISME KEGURUAN BAGI PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2020 ( BATCH F )

πŸŽ—οΈ Tarikh: 27 - 29 Mei 2024 (ISNIN - RABU )
πŸ•’ Masa: 8.00 pagi - 5 petang
🏫 Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Kehadiran:
WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR BATCH F

Sekian, terima kasih
JHEP
IPGMKBM

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Tinta Aksara Jawi (AKSARA)

πŸŽ–οΈPantunπŸŽ–οΈ

Ϊ€Ψ±Ψ§Ω‡Ωˆ Ω…Ψ§Ψ³ΩˆΩ‚ ΨͺΩ„ΩˆΩ‚ΨŒ
Ϊ€ΩˆΪ Ϊ¬Ω‡ ΨͺΩ…Ψ¨ΩŠΩƒΨ± Ϊ†ΩŠΩ†Ψ§Ψ›
بيار Ψ―Ψ§Ω‡ΩŠ Ψ¨Ψ±Ω„ΩˆΩ„ΩˆΩ‚ΨŒ
Ψ§Ψ΅Ω„ ΨͺΩ†Ψ―ΩˆΩ‚ Ω…Ϊ Ω†Ψ§.

Perahu masuk teluk,
Punggah tembikar cina;
Biar dahi berluluk,
Asal tanduk mengena.

Maksud: Biar bekerja bersusah-payah asal yang dimaksudkan tercapai.

❀️‍πŸ”₯ Bersama-sama kita martabatkan bahasa Melayu, semarakkan budaya dan sastera melalui tulisan Jawi.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#IPGMKBMGoGlobal
#MemartabatkanBahasaMelayu

Fiesta Cendekia, Fikrah Siswa Kontemporari
Biro Akademik
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGM Kampus Bahasa Melayu

KEBERSAMAAN PEMANGKIN NYALA RASA, PENERAJU IB L.E.S.T.A.R.I
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PERTANDINGAN SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK (SADESA) IPTA 2024

Tarikh: 25 Mei 2024
Tempat: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Peserta: Nur Syazana binti Abdul Talib
(PISMP Ambilan Jun 2022)
Pencapaian: Tempat Ketiga
Anjuran: Diploma Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Bahasa & Literasi, Universiti Malaya serta Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Tahniah kepada Saudari Nur Syazana binti Abdul Talib, pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu atas pencapaian yang membanggakan.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Sunday Star-260524.pdf
13.4 MB
Sunday Star-26 Mei 2024