IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Sambutan Hari Guru IPGM Kampus Bahasa Melayu Tahun 2024

Tarikh: 28 Jun 2024
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM KBM
Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Jabatan Pembangunan Profesionalisme Keguruan dengan kerjasama Jawatan kuasa Perwakilan Pelajar dan Kelab Kebajikan Staf Profesional
Perasmi: YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia

Impak:
- Meningkatkan nyala rasa siswa guru yang cemerlang dari semua aspek.
- Meningkatkan semangat cinta akan kerjaya sebagai seorang guru.
- ⁠Meningkat nyala rasa seorang guru terhadap perkembangan pendidikan masa kini selaras dengan tema hari guru.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara siswa guru dengan barisan pentadbir dan pensyarah.

Semoga dengan pelaksanaan majlis ini siswa guru dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan tanamkan sifat keperibadian mulia dalam menjadi guru yang berkalibel dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan sepanjang kerjaya.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Peluncuran Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 28 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Ruang Pameran Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: JK Galeri IPGM Kampus Bahasa Melayu

Aktiviti:
1. Acara potong reben sebagai simbolik majlis peluncuran Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara.
2. Pelajar mendeklamasikan sajak berjudul 'Guru Di Lembah Itu' hasil nukilan YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia.
3. YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad menurunkan tandatangan pada poster sajak beliau.
4. Sesi penerangan oleh pelajar tentang intipati Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara kepada YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor IPGM.
5. Lawatan ke ruangan Galeri Siti Zainon Ismail.

Impak:
-Memperkenalkan Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara kepada warga IPGM Kampus Bahasa Melayu.
-Menyediakan platform yang mendedahkan pelajar dengan kepelbagaian konsep MADANI dan maklumat berkaitan Tokoh Sasterawan Negara.
-Membina hubungan kerjasama antara pelajar, pensyarah, dan pihak luar berteraskan elemen MADANI dan Sastera.
-Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian konsep MADANI dan sumbangan Tokoh Sasterawan Negara.
-Memupuk minat yang berterusan terhadap bidang kesusasteraan dalam kalangan pelajar.
-Menghargai peranan tokoh-tokoh sastera dalam pembangunan negara.

Peluncuran Galeri Malaysia MADANI & Galeri Sasterawan Negara ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk terus berkembang dalam pelbagai aspek kehidupan dan pendidikan mereka.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Lawatan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad ke Program Jabatan Sains Kemanusiaan - HAB-STEM IPGM KBM

Tarikh: 28 April 2024
Masa: 10. 30 pagi
Tempat: Bilik HAB-STEM, IPGM KBM
Penglibatan: Peserta terdiri daripada pelajar PISMP elektif Matematik ambilan Jun 2022 seramai 10 orang dan 3 orang pensyarah dari Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan IPGM KBM

Objektif utama HAB-STEM:
-Mewujudkan one stop centre untuk kelengkapan bahan STEM bagi aktiviti STEM
-Mempertingkatkan kompetensi guru pelatih dengan mempelbagaikan kaedah pdp
-Meningkatkan minat terhadap bidang STEM terutama bantuan terhadap bahan bantu mengajar bagi rujukan sekolah di sekitar yang berdekatan

Semoga matlamat HAB-STEM ini dapat dicapai untuk meningkatkan kualiti pendidikan STEM di negara kita.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Syabas dan sekalung tahniah kepada Pasukan Inovasi Kit HAIKU, IPGM Kampus Bahasa Melayu yang telah berjaya mendapat ANUGERAH PERAK serta YouTube Like Winner dalam International Virtual Competitiom of Creative and Innovative Idea (IVCCII) 2024 anjuran Mediate Nexus and Nurture a Fast ​Network (MNNF Network) pada 29 Jun 2024.

Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan (siswa guru IPGM KBM) dan pensyarah pembimbing.

Pensyarah Pembimbing:
Datin Dr.Thusha Rani Rajendra
Pensyarah Jabatan Sains Kemanusiaan, IPGM KBM
Siswa Guru IPGM KBM:
- Tarishini a/p Moorthy (PISMP Ambilan Jun 2020)
- Norul Izhaikal bin Noruddin (PISMP Ambilan Jun 2020)

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Tinta Aksara Jawi (AKSARA)

🎖️Pantun🎖️

موکڽ لاوا داهيڽ سوله،
ماتڽ ݢالق مناري-ناري؛
رماج تقوى کڤد الله،
ماتيڽ کلق شرݢ دبري.

Mukanya lawa dahinya sulah,
Matanya galak menari-nari;
Remaja takwa kepada Allah,
Matinya kelak syurga diberi.

Maksud: Untuk mereka yang taat kepada Tuhan, dijanjikan baginya ganjaran syurga.

❤️‍🔥 Bersama-sama kita martabatkan bahasa Melayu, semarakkan budaya dan sastera melalui tulisan Jawi.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#IPGMKBMGoGlobal
#MemartabatkanBahasaMelayu

Fiesta Cendekia, Fikrah Siswa Kontemporari
Biro Akademik
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGM Kampus Bahasa Melayu

KEBERSAMAAN PEMANGKIN NYALA RASA, PENERAJU IB L.E.S.T.A.R.I
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN MENCIPTA DAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK - SAYEMBARA BAHASA MELAYU TAHUN 2024 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Tarikh: 29 Jun 2024
Peserta: Saudara Arif Iswandy bin Sazali
(PISMP Ambilan Jun 2021)
Pencapaian: Tempat Ketiga
Anjuran: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Arif Iswandy bin Sazali, pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu atas pencapaian yang membanggakan.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Konvensyen Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Peringkat Kebangsaan 2024

Tarikh : 28-30 Jun 2024
Tempat : Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.
Anjuran : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Peserta:
1. Muhammad Zarrin bin Shamsul Anuar
2. Muhammad Hidayat bin Taib
Tujuan :
- Mendedahkan peranan & tanggungjawab AMAR di kampus.
- Perkongsian idea dan pengalaman antara ahli AMAR dari pelbagai kampus.
- Mendapatkan resolusi untuk pemerkasaan AMAR dalam jangka masa panjang.

Semoga dengan pelaksanaan Konvensyen Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) 2024 ini diharapkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memperkasa organisasi AMAR di kampus masing-masing dan mempergiat aktiviti bagi mencegah rasuah di peringkat kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM  SEKOLAH PENGAJAR KIT  B.A.C.E DAN SAHABAT BAHASA
Aktiviti Kit B.A.C.E - Siri 2


Tarikh: 03 Julai 2024
Masa:  8:30-10:30 pagi
Tempat:  SK Bandar Tasik Selatan
Fasilitator: 13 orang fasilitator Siswa Guru PISMP (PAKK) B9, IPGM KBM Ambilan Jun 2022/2027
Kumpulan Sasaran : Murid prasekolah

Penyarah terlibat :
1. Dr. Shariza binti Said (KJ Ilmu Pendidikan)
2. Dr. Nur Kamariah Ensimau binti Abdullah
3. Pn. Nor Zarina binti Md Faril
4. Pn. Nuridah binti Mohammad Isa
5. Pn. Zaimah binti Abdul Rahman
6. Pn. Khoo Swee Ling
7. Pn. Sarinah binti Jaimil
8. Pn. Zapina binti Mustapha

Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan  nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru
4. ⁠Makmal Ujian bagi semua pensyarah dan siswa guru.

Impak program (Kit B.A. C.E - Siri 2):
1. Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran mengenal huruf vokal a,e,i,o,u melalui aktiviti Bermain Sambil Belajar.
2. Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam  membunyikan huruf vokal a,e,i,o,u melalui aktiviti menggunakan BBM digital yang interaktif.
3. Siswa guru dapat meningkatkan potensi dan keyakinan diri sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

Pelaksanaan program Kit B.A.C.E ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penguasaan asas literasi bahasa melayu murid prasekolah melalui pengalaman pembelajaran menggunakan aplikasi digital, pembelajaran secara hands-on dan bermain sambil belajar. Kit B.A.C.E ini direka khas mengikut pelbagai tahap perkembangan murid, penyediaan aktiviti-aktiviti  yang menarik dan melibatkan bahan inovasi yang mudah untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAKLUMAN MAJLIS TAFAQQUH FIDDIN HADIS 40 : KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN

السلام عليكم
SELAMAT SEJAHTERA

Berikut dikongsikan maklumat untuk tazkirah ringkas:

📌 Jumaat
📌 5 Julai 2024
⏰ 7.45 pagi - 8.45 pagi
🎯 Warga IPGMKBM

DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA DI SURAU AT-TAQWA

Aturcara :

▶️Moderator oleh Saudara Amir Aminuddin (PISMP B6)

▶️Bacaan Yaasiin oleh Saudara Habib Asyraf (PISMP B7)

▶️Tazkirah oleh Saudara Nik Muhammad Tarmizi (PISMP G6)

▶️Bersurai

INFAQ JUMAAT
No akaun surau BANK ISLAM- 14171010006057 JAWATANKUASA TADBIR SURAU AT-TAQWA INSTITUT BAHASA

⬛ PROGRAM BUDAYA MORAL AKAN DILAKSANAKAN JUGA SECARA BERSEMUKA DI DEWAN ANGGERIK

جمعة مباركة
صلوا على النبي!

#JAPIMIPGMKBM
#KRIIPGMKBM