IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS APRESIASI KESENIAN MELAYU 2024

Tarikh: 17 Julai 2024
Masa: 8:00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB)
Fasilitator: 14 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 kursus Kesenian Melayu (KSMK3013)
Kumpulan Sasaran : Siswa dan siswi guru IPGMKBM

Pensyarah terlibat :
1. Dr. Mohd Haidi Kasran
2. ⁠Tn Hj Maniyamin
Ibrahim
3. Cik Siti Salamah Mohd
Yusuf

Anjuran : Kursus Kesenian Melayu (KSMK3013)

Objektif Majlis Apresiasi Kesenian Melayu:
1. Mencetuskan dan melahirkan perasaan serta membina semangat dalam diri siswa dan siswi IPGMKBM untuk memelihara kesenian Melayu.
2. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan warisan, sayangkan negara, berdisiplin dan berdaya saing dalam diri siswa dan siswi guru.
3. Mendedahkan siswa dan siswi IPGMKBM tentang pelbagai maklumat kesenian Melayu menerusi pameran dan melahirkan siswa dan siswi guru yang aktif serta sihat menerusi aktiviti permainan rakyat.

Impak Majlis Apresiasi Kesenian Melayu:
1. Siswa dan siswi IPGMKBM dapat menanam rasa cinta terhadap kesenian Melayu dan memupuk kesedaran dalam diri untuk sentiasa menghargai dan memeliharanya.
2. Siswa dan siswi guru dapat memperoleh pelbagai maklumat tentang kesenian Melayu termasuklah permainan rakyat.
3. Siswa dan siswi guru menimba pengalaman menguruskan sesuatu acara majlis yang dapat diaplikasikan di sekolah kelak.
4. Siswa dan siswi IPGMKBM dapat memupuk kesedaran dalam diri masing-masing untuk sentiasa bergiat aktif dan cergas menerusi aktiviti permainan rakyat.

Pelaksanaan Majlis Apresiasi Kesenian Melayu ini diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan warga IPGMKBM khususnya siswa siswi guru supaya lebih menghargai kesenian Melayu yang menjadi lambang identiti dan warisan bangsa.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#MajlisApresiasiKesenianMelayu2024
#KesenianMelayuKSMK3013
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2024

Tarikh: 16 Julai 2024 (Selasa)
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral & Unit Kokurikulum
Peserta: Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu
Persembahan : Qasidah
Pentausiyah: Ustaz Mohd Shakir bin Shafiee Pensyarah Akademik JAPIM

Objektif:
1. Meningkatkan motivasi diri dan mengukuhkan penghayatan terhadap ibrah hijrah Rasulullah.
2. Meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai Islam.
3. Menggalakkan amalan kebaikan dalam masyarakat Muslim

Impak
Semoga dengan pelaksanaan program sambutan Maal Hijrah ini, warga IPGM Kampus Bahasa Melayu dapat:
1. Meningkatkan motivasi dan bercita-cita untuk menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada seluruh umat manusia.
2. Menghayati konsep hijrah untuk meningkatkan kualiti diri
3. Menghargai warga IPGMKBM yang menunjukkan prestasi sebagai seorang yang sentiasa memastikan kualiti terbaik dalam pelbagai aspek

Galeri Majlis:
https://drive.google.com/drive/folders/1liuV4o8yqGwHCycPhqOlNrPsuL4aVVw9

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR DAN SAHABAT BAHASA
Drop Everything and Read/Literature in Action (DEAR/LiA) - Siri 2


Program Sekolah Pengajar dan Sahabat Bahasa anjuran Jabatan Sains Kemanusian (Unit Bahasa Inggeris) dengan kerjasama pelajar PPISMP Ambilan Jun 2023/2028 (C4) IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Tarikh: 17 Julai 2024
Masa: 1:00-2:30 petang
Tempat: SK Bandar Tasik Selatan
Fasilitator: 12 orang fasilitator Siswa Guru IPGM KBM Ambilan Jun 2023/2028
Kumpulan Sasaran: Tahun 3 seramai 26 orang.
Pensyarah Terlibat:

1. Pn. Kalai Selvi Tachinamutu
2. Dr. Thusha Devi Rajendra

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru
4. ⁠Makmal Ujian bagi semua pensyarah dan siswa guru.

Objektif Utama Aktiviti (DEAR/LiA ) :
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
2. ⁠Meningkatkan kemahiran membaca secara bermakna dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
3. Meningkatkan penguasaan fonik bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3.
4. ⁠Memantapkan penggunaan visual dalam memahami dan menghayati teks pembacaan dalam kalangan murid tahun 3.

Impak Program (Siri 2):

1.Murid dapat menyebut bunyi huruf fonetik dengan betul.

2.Murid dapat menyebut perkataan bahasa Inggeris yang biasa dalam kehidupan seharian melalui aktiviti "Sight Word".

3.Murid dapat menyebut dan menyusun ayat dalam bahasa Inggeris.

4.Murid boleh menyebut perkataan berdasarkan kit yang diberikan iaitu Kit DEAR/LiA iaitu "Big Book".

Semoga matlamat aktiviti ini dapat dicapai untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU🏕️🏕️

"BERDIKARI UNTUK BERMANDIRI"

📌Tarikh : 22-25 Julai 2024
📌Tempat : Kem Teratak River View, Tanjong Malim, Perak
📌Peserta: 265 orang pelajar kohort A

Objektif Program :
1. Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
2. Memupuk jati diri, tanggungjawab, nilai kepimpinan dan disiplin yang mantap kepada para peserta.
3. Memberi pendedahan tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
4. Melahirkan ahli yang bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

📍Buku Program
https://anyflip.com/lavsf/paed/

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia

AKTIVITI MASAKAN SOLAR PERSATUAN PANDU PUTERI KADET

Tarikh: 15 Julai 2024
Masa: 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Gelanggang futsal IPGM Kampus Bahasa Melayu
Bilangan peserta: 37 orang ahli Pandu Puteri Kadet IPGM KBM
Pensyarah: Puan Patmavathy A/P Alagappan/Puan Ruziaton binti Jamros
Anjuran: Unit Kokurikulum IPGMKBM

Impak aktiviti:
1. Aktiviti ini dapat mengajar ahli pandu puteri tentang cara penggunaan bahan solar dan kemahiran bertahan hidup dalam keadaan darurat.
2. ⁠Aktiviti ini juga dapat menggalakkan kolaborasi dalam kalangan ahli Pandu Puteri dalam menyelesaikan masalah dan menjalankan projek tersebut bersama.

Harapan aktiviti:
Semua ahli pandu puteri dapat memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti masakan solar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk mencapai matlamat bersama.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E DAN SAHABAT BAHASA
Aktiviti Kit B.A.C.E - Siri 4


Tarikh: 18 Julai 2024
Masa: 8:30-10:30 pagi
Tempat: SK Bandar Tasik Selatan
Fasilitator: 14 orang fasilitator Siswa Guru PISMP (PAKK) B9, IPGM KBM Ambilan Jun 2022/2027
Kumpulan Sasaran : Murid prasekolah

Penyarah terlibat :
1. Pn. Nor Zarina binti Md Faril
2. Dr. Siti Nur Aisya Sugumarie binti Abdullah
3. Pn. Robi'atul'adawiyah binti Joari

Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru
4. ⁠Makmal Ujian bagi semua pensyarah dan siswa guru.

Impak program (Kit B.A. C.E - Siri 4):
1. Murid dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran mengenal suku kata KV melalui aktiviti Bermain Sambil Belajar.
2. Murid dapat meningkatkan kemahiran mengeja melalui aktiviti cantuman suku kata menggunakan BBM secara ' hands on '.
3. Siswa guru dapat mengaitkan teori-teori pembelajaran dalam sesi PdPc.
4. Siswa guru juga dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang pentaksiran bilik darjah.

Pelaksanaan program Kit B.A.C.E ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penguasaan asas literasi bahasa melayu murid prasekolah melalui pengalaman pembelajaran menggunakan aplikasi digital, pembelajaran secara hands-on dan bermain sambil belajar. Kit B.A.C.E ini direka khas mengikut pelbagai tahap perkembangan murid, penyediaan aktiviti-aktiviti yang menarik dan melibatkan bahan inovasi yang mudah untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
BENGKEL PENATARAN MANUAL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU BAWAH INISIATIF #108: PEMARTABATAN BAHASA MELAYU TAHUN 2024
(KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA)


Tarikh: 15-16 Julai 2024
Tempat: Bilik Simulasi Bestari Aras2 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Fasilitator:
1. Dr. Rusdi Mad Nor, WSL/KPP, Unit Pengoperasian Kurikulum BPSH, KPM
2. ⁠Dr. Azman Rahmat, Pensyarah Cemerlang, IPGM Kampus Bahasa Melayu
3. ⁠Pn. Normazura Mohd Yunus, KPP, JPN Perak
4. ⁠Pn. Syarifah Aini Yacob, KPP, JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Pn Norhasmariza Jafar, KPP, JPN Putrajaya

Impak:
Meningkatkan pemahaman dan penguasaan Manual Kecemerlangan SPM dalam kalangan guru BM Tingkatan 4 dan 5.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#sahabatbahasa
#semarakmmbi
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 IPGM Kampus Bahasa Melayu
Kemampanan Jati diri Pemacu Malaysia MADANI

Tarikh : 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Perasmi: YBrs. Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Anjuran: JK Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024

Pautan Buku Program: Akan dimaklumkan

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Stanza Bicara IPGM Kampus Bahasa Melayu Siri 7/2024: Bual Budaya
Tajuk - Penyelidikan Dan Inovasi Melestarikan Budaya Ilmuwan


Tarikh: 24 Julai 2024 (Rabu)
Masa: 9:00 pagi
Pelantar: Youtube Rasmi IPGM KBM
Pautan: https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Panel Bual Budaya: YBrs. Dr. Roslina binti Suratnu
Ketua Jabatan
Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Moderator: Saudara Muhammad Syahnazim bin Cik Marzuki
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu, semarakkan budaya dan sastera di persada dunia.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Vaksinasi Human Papilloma Virus (HPV)

📅 : 30 Julai 2024 ( Selasa )
🕰️ : 8 pagi
🏠 : Dewan Aminuddin Baki

Kumpulan sasaran : perempuan dan lelaki berusia 9 tahun - 45 tahun

Terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan IPGM KBM.

Anda semua boleh membaca risalah yang disertakan atau maklumat di dalam GF yang disediakan untuk mendapat makluman awal .

Kehadiran semua pelajar adalah WAJIB.

Semua pensyarah dan kakitangan dijemput hadir untuk mendengar taklimat bagi mendapat maklumat tentang vaksin HPV tersebut.

Disertakan link Google Form untuk mereka yang ingin mengambil suntikan tersebut.

Link pendaftaran Google form : https://bit.ly/hpvipgkbm