IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
1. Pertandingan Arca 3D Bertemakan Kemerdekaan
2. Pertandingan Penghasilan Sajak Kemerdekaan
3. Pertandingan Pernyataan Patriotik Merdeka
4. Pertandingan Video Kemerdekaan
5. Pertandingan Pakaian Tradisional
6. Pertandingan Sudut Merdeka
7.Pertandingan Poster Digital Kemerdekaan
8. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN IPGM KBM TAHUN 2024

Jabatan Sains Kemanusiaan, Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Unit Praktikum dengan kerjasama Sekteriat Rukun Negara IPGM Kampus Bahasa Melayu akan melaksanakan pelbagai pertandingan di bawah Program Sambutan Bulan Kebangsaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu. Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka. (sila rujuk syarat-syarat setiap pertandingan)

Tarikh Akhir Penghantaran: 5 September 2024

Syarat-syarat pertandingan serta borang penghantaran adalah seperti dipautan berikut:
https://linktr.ee/merdeka2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM sedang menilai keberkesanan aktiviti HIP di 27 IPG di seluruh Malaysia. IPGM KBM kini berada di band 4 (tertinggi), dan diharapkan kita dapat mengekalkan prestasi cemerlang tersebut pada tahun ini.

Di antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Pembacaan surat-khabar digital dan Readers’ Digest dalam kalangan pelajar, pensyarah dan staf.
2. Program Jangkauan Discover the Joy of Reading di SJK(T) Vivekananda.
3. Bengkel Visual Literacy dan penghasilan BBM Bahasa Inggeris untuk program sekolah pengajar.
4. Pertandingan Skit
5. Penglibatan pelajar dalam pertandingan inovasi dalam bahasa Inggeris.
6. Muat naik kata hikmah Bahasa Inggeris di laman sesawang rasmi IPGKBM dan FB Rasmi IPGMKBM.
7. Pertandingan Tik Tok video pendek pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
8. Program Sekolah Pengajar (DEAR/LiA) di SK Bandar Tasik Selatan
9. Karnival MBMMBI10. Program Cakna Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, mohon warga KBM untuk mengisi borang penilaian HIP (High Immersive Programme) melalui pautan yang disertakan sebelum 1 Ogos 2024.

Pautan untuk pelajar
https://forms.gle/x5DicpDtzJAn4he26

Pautan untuk pensyarah
https://forms.gle/sz1NnjYGeFfpa7uH9

Pautan untuk staf dan komuniti
https://forms.gle/N4x1LZ7kzAAVx3m39

Pautan untuk Pengurusan Tertinggi
https://forms.gle/rS8ifjPZaMYBWEDMA

Sekian, terima kasih
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PLC Siri 2 Tahun 2024 : BENGKEL PERANCANGAN KURIKULUM OGOS – DISEMBER 2024

Tarikh : 29 JULAI - 9 OGOS 2024
Tempat : Secara Dalam Talian dan Bersemuka
Anjuran : Jabatan Kecemerlangan Akademik IPGMKBM
Penyertaan : Semua Pensyarah

Objektif:

Memantapkan pengetahuan para pensyarah tentang prosedur pengurusan akademik khususnya prosedur LAM-PT-03 Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum dan meningkatkan nyala rasa bagi melancarkan pelaksanaan kurikulum.

Impak :
-  Pensyarah dapat membuat persediaan untuk pelaksanaan pengurusan kurikulum bagi semester akan dating
-  Pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan profesionalisme dalam perkongsian ilmu yang telah diberikan

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Peluncuran Program Sekolah Pengajar dan Sahabat Bahasa IPGM Kampus Bahasa Melayu dengan SK Bandar Tasik Selatan

Tarikh: 16 Ogos 2024 (Jumaat)
Tempat: SK Bandar Tasik Selatan
Masa: 8:30 pagi
Perasmi:
YBrs. Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pautan Buku Program: https://anyflip.com/oaxvb/vcka/

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENATARAN BIJAK BM (SR) DAN KITSR UNTUK GURU-GURU BAHASA MELAYU SJK(C ) NEGERI TERENGGANU DI BAWAH PERUNTUKAN JKKMBM

Tarikh : 13-15 OGOS 2024
Tempat : SJK(C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu
Anjuran : Jabatan Pengajian Melayu, IPGMKBM
Penyertaan : Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah SJK (C), Terengganu

Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran pedagogi guru Bahasa Melayu.
2. Memperkenalkan teknik dan kaedah pengajaran yang inovatif.
3. Membina jaringan profesional dalam kalangan guru untuk perkongsian ilmu dan amalan terbaik.

Impak :
1. Guru dapat menghasilkan kit pengajaran untuk bahagian karangan dan ayat.
2. Guru dapat mempelajari kaedah membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.
3. Guru dapat meningkatkan pengetahuan profesionalisme dalam perkongsian mengenai BIJAK dan KitSR.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia