IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Salah seorang Pegawai IPGM kehilangan kunci kereta. Kepada sesiapa yang terjumpa kunci kereta Audi dengan tali berwarna oren dimohon untuk serahkan kepada Timbalan Pengarah. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN IPGM KBM TAHUN 2024

Jabatan Sains Kemanusiaan, Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Unit Praktikum dengan kerjasama Sekteriat Rukun Negara IPGM Kampus Bahasa Melayu akan melaksanakan pelbagai pertandingan di bawah Program Sambutan Bulan Kebangsaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu. Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka. (sila rujuk syarat-syarat setiap pertandingan)

Tarikh Akhir Penghantaran: 5 September 2024

Syarat-syarat pertandingan serta borang penghantaran adalah seperti dipautan berikut:
https://linktr.ee/merdeka2024

Acara yang dipertandingkan:
1. Pertandingan Arca 3D Kemerdekaan
2. Pertandingan Menghasilkan Sajak Kemerdekaan
3. Pertandingan Pernyataan Patriotik Merdeka
4. Pertandingan Video Kemerdekaan
5. Pertandingan Pakaian Tradisional Merdeka
6. Pertandingan Sudut Kemerdekaan
7. Pertandingan Poster Digital Merdeka
8. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan

Hadiah menarik menanti anda.

Sebarang persoalan boleh hubungi:
Puan Ramlah Ghani - 0126673020
Nik Muhammad Tarmizi - 01156559147

Sekian terima kasih.
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
1. Pertandingan Arca 3D Bertemakan Kemerdekaan
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
2. Pertandingan Penghasilan Sajak Kemerdekaan
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
3. Pertandingan Pernyataan Patriotik Merdeka
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
4. Pertandingan Video Kemerdekaan
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
5. Pertandingan Pakaian Tradisional
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
6. Pertandingan Sudut Merdeka
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
7.Pertandingan Poster Digital Kemerdekaan
Forwarded from IPG Kampus Bahasa Melayu (Ana Zaliyana)
8. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
PROGRAM NYALA RASA JIWA MERDEKA
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM NYALA RASA JIWA MERDEKA

🔸Tarikh: 30 Ogos 2024 (Jumaat)
🔸Tempat: IPGM Kampus Bahasa Melayu
🔸Masa: 7:30 pagi - 12:00 tengah malam
🔸Tetamu Kehormat: YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM)
🔸Anjuran Usahasama:
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Meja Poedjangga dan Youth Beat
dengan sokongan
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kerjasama IPGM Kampus Bahasa Melayu
🔸Buku Program: https://online.fliphtml5.com/ynrjc/hmfu/
🔸Secara Langsung: https://www.youtube.com/watch?v=c0_4IXV-wlU

🔸Tetamu Jemputan:
YBhg. Dato’ Rahman Shaari (Sasterawan Negara
YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan (Sasterawan Negara)
YBhg. Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Abdul Hamid (Deklamator Kebangsaan Kementerian Pertahanan)
YBhg. Datuk Lim Swee Tin (Penerima Sea Write Award)
YBrs. En.Sani Suddin (Penyanyi)

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Mohamad Isa bin Azis (Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia), YBrs. Dr. Masitah binti Mohammad Yusof (Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu), YBrs. Dr. Nirwana binti Mohd Rashid (Timbalan Pengarah), Ketua Jabatan dan Ketua Unit, para pensyarah, pelajar IPGM KBM dan wakil pelajar dari IPGM KPT.

Program yang berlangsung:
🔹7.30 pagi: Pembudayaan Al-Quran
🔹8.30 pagi: Larian Ria Merdeka
🔹11.00 pagi: Nyala Rasa - Patriotik Jiwa Merdeka oleh Brid. Jen. Dato Mohd Radzi bin Abdul Hamid
🔹2.30 petang: Nyala Rasa: Puisi Tradisional Jiwa Merdeka oleh Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara
🔹4.30 petang: Tayangan Filem Puisi
🔹8.30 malam: Konsert Muzikalisasi Ambang Merdeka - Nyala Rasa Guru MADANI "Jiwa Merdeka" - Pengacara Tyzo, Persembahan Datuk Dr. Zurinah Hasssan, Datuk Dr. Lim Swee Tin, Datuk Rahman Shaari, Shirley Idris, Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM), Brid. Jen. Dato Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Sani Sudin, Aryan Andika, Umar Uzair, Kumpulan Muzik Lemak Manis IPGM KTHO dan ramai lagi.
🔹11.30 malam: Khas Sambutan Ambang Merdeka

Lobi IPGM KBM telah diserikan dengan persembahan Buskers IPGM KBM, pameran visual, kraf, jualan buku serta minuman dan makanan di perkarangan Lobi.

Warga IPGM KBM terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah menyertai dan memeriahkan semua acara yang berlangsung.

Diharap program ini dapat menimbulkan Nyala Rasa Jiwa Merdeka sempena sambutan bulan kebangsaan Malaysia ke-67. Serta semoga dapat dihayati dan diselami sebagai salah satu pembudayaan seni berbahasa, puisi dan sastera di Malaysia bersama-sama tokoh-tokoh hebat yang dijemput.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia