IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU 2024 IPGM KBM – UINSK
“INTERNATIONAL STUDENTS’ ACADEMIC EXPERIENCE (ISAE)”


🔹Tarikh: 11 September 2024 (Rabu)
🔹Masa: 9.00 pagi (Malaysia)
🔹Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia
🔹Secara Lansung: Saluran YouTube Rasmi IPGM Kampus Bahasa Melayu
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu
🔹Perasmi: YBrs.Dr. Masitah binti Mohammad Yusof A.M.N.
Pengarah, IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Malaysia
🔹Anjuran: Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Malaysia dan Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia
🔹Buku Program: Akan dimaklumkan

🔹Objektif:
1. Berkongsi pengalaman dan kemahiran antara budaya serumpun untuk memartabatkan bahasa Melayu
2. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam konteks sebenar menerusi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
3. Membentangkan amalan terbaik aktiviti kebahasaan, pedagogi dan komunikasi

Semoga seminar ini menjadi wadah bermanfaat pengembangan ilmu dan penyelidikan Pendidikan di Malaysia.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
🏆SUKAN PERMAINAN ANTARA BATCH (SUPERB 3.0)🏆

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SUPERB 3.0

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Sesi 24/25 akan mengadakan SUPERB 3.0 pada ketetapan berikut:

🗓 Tarikh:
9 September - 18 Oktober 2024

📢Kohort manakah yang akan menjulang piala pusingan musim ini❓Jangan lepaskan peluang‼️

📢Pautan pendaftaran, syarat dan peraturan bagi setiap pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

Kebersamaan Pemangkin Nyala Rasa, Peneraju IB Lestari
____________
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR, IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 24/25
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM INTERVENSI LITERASI ANJURAN WECARE

Tarikh: 7 September 2024
Tempat: Wisma LKIM Jalan Desaria Pulau Meranti Puchong, Selangor
Anjuran: Pertubuhan Prihatin Malaysia (WeCare)
Penyertaan: 40 orang Guru Pelatih IPGMKBM Ambilan Jun 2022 (B7 & B8)
Penyelaras : Puan Julieyana Binti Jaris
Pensyarah : Puan Tuminah Binti Mespan

Objektif:
1. Program Intervensi Literasi ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman serta pengetahuan baharu kepada guru pelatih bagi membantu murid yang mempunyai kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah 3V (3 Vokal).

Impak:
1. Guru pelatih dapat mengetahui dan menggunakan teknik dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid. Pendekatan pembelajaran juga dapat disesuaikan mengikut keperluan murid pada masa kini.

2. Guru pelatih akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang masalah membaca dan cara-cara intervensi yang berkesan di samping dapat meningkatkan keupayaan guru dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

3. Guru pelatih dapat merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang lebih berkesan di dalam kelas.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#ProgramIntervensiLiterasi
#WeCare
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan

Program anjuran bersama Jabatan Sains Kemanusiaan, Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Unit Praktikum IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Tarikh: 10 September 2024
Masa: 10:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk perpaduan dan mempamerkan perasaan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga IPGM KBM. Program ini turut bertujuan untuk menghargai warga IPGM KBM yang menunjukkan usaha dan daya kreativiti semasa menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan di sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 IPGM KBM dari 20 Ogos 2024 hingga 10 September 2024.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang sambutan:
🇲🇾Pertandingan sudut Merdeka
🇲🇾Pertandingan menghasilkan sajak
🇲🇾Pertandingan Arca 3D Merdeka
🇲🇾Pertandingan mewarna Pra sekolah
🇲🇾Pertandingan Poster Digital Kemerdekaan.
🇲🇾Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
🇲🇾Pertandingan Bintang Patriotik
🇲🇾Pertandingan Pernyataan Merdeka
🇲🇾Pertandingan Pakaian Tradisional
🇲🇾Pertandingan video kemerdekan
🇲🇾Reruai makanan tradisional mengikut kaum
🇲🇾Reruai makanan zaman darurat
🇲🇾Reruai gambar Jiwa Merdeka

Warga IPGM KBM terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah menyertai dan memeriahkan program yang berlangsung.

Diharap program ini dapat menimbulkan Nyala Rasa Jiwa Merdeka sempena sambutan bulan kebangsaan Malaysia ke-67 sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
The Star-130924.pdf
11.8 MB
The Star-130924.pdf
BeritaHarian-130924.pdf
8.7 MB
BeritaHarian-130924.pdf
Sunday Star-150924.pdf
12.8 MB
Sunday Star-150924.pdf
BH Ahad-150924.pdf
9.3 MB
BH Ahad-150924.pdf
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON INNOVATION MARKET TREND SUSTAINABLE CONSUMERISM (CIMTRECS 2024)

Anjuran: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pro-C IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGMKBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam atas pencapaian yang membanggakan, pencapaian Anugerah Platinum.

Pro-C: Modul Inovatif Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C PAK-21 PdP bahasa Melayu

Impak utama Pro-C adalah berupaya meningkatkan pengaplikasian kompetensi pembelajaran bermakna 6C berpusatkan murid dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, Pro-C berpotensi dikomersialkan sebagai suatu modul pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) digital dalam PdP bahasa Melayu.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia