IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM INTERVENSI LITERASI ANJURAN WECARE

Tarikh: 7 September 2024
Tempat: Wisma LKIM Jalan Desaria Pulau Meranti Puchong, Selangor
Anjuran: Pertubuhan Prihatin Malaysia (WeCare)
Penyertaan: 40 orang Guru Pelatih IPGMKBM Ambilan Jun 2022 (B7 & B8)
Penyelaras : Puan Julieyana Binti Jaris
Pensyarah : Puan Tuminah Binti Mespan

Objektif:
1. Program Intervensi Literasi ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman serta pengetahuan baharu kepada guru pelatih bagi membantu murid yang mempunyai kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah 3V (3 Vokal).

Impak:
1. Guru pelatih dapat mengetahui dan menggunakan teknik dan strategi yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid. Pendekatan pembelajaran juga dapat disesuaikan mengikut keperluan murid pada masa kini.

2. Guru pelatih akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang masalah membaca dan cara-cara intervensi yang berkesan di samping dapat meningkatkan keupayaan guru dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

3. Guru pelatih dapat merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang lebih berkesan di dalam kelas.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#ProgramIntervensiLiterasi
#WeCare
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan

Program anjuran bersama Jabatan Sains Kemanusiaan, Unit Peperiksaan dan Penilaian dan Unit Praktikum IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Tarikh: 10 September 2024
Masa: 10:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk perpaduan dan mempamerkan perasaan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga IPGM KBM. Program ini turut bertujuan untuk menghargai warga IPGM KBM yang menunjukkan usaha dan daya kreativiti semasa menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan di sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan ke-67 IPGM KBM dari 20 Ogos 2024 hingga 10 September 2024.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang sambutan:
🇲🇾Pertandingan sudut Merdeka
🇲🇾Pertandingan menghasilkan sajak
🇲🇾Pertandingan Arca 3D Merdeka
🇲🇾Pertandingan mewarna Pra sekolah
🇲🇾Pertandingan Poster Digital Kemerdekaan.
🇲🇾Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
🇲🇾Pertandingan Bintang Patriotik
🇲🇾Pertandingan Pernyataan Merdeka
🇲🇾Pertandingan Pakaian Tradisional
🇲🇾Pertandingan video kemerdekan
🇲🇾Reruai makanan tradisional mengikut kaum
🇲🇾Reruai makanan zaman darurat
🇲🇾Reruai gambar Jiwa Merdeka

Warga IPGM KBM terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah menyertai dan memeriahkan program yang berlangsung.

Diharap program ini dapat menimbulkan Nyala Rasa Jiwa Merdeka sempena sambutan bulan kebangsaan Malaysia ke-67 sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
The Star-130924.pdf
11.8 MB
The Star-130924.pdf
BeritaHarian-130924.pdf
8.7 MB
BeritaHarian-130924.pdf
Sunday Star-150924.pdf
12.8 MB
Sunday Star-150924.pdf
BH Ahad-150924.pdf
9.3 MB
BH Ahad-150924.pdf
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON INNOVATION MARKET TREND SUSTAINABLE CONSUMERISM (CIMTRECS 2024)

Anjuran: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pro-C IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGMKBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam atas pencapaian yang membanggakan, pencapaian Anugerah Platinum.

Pro-C: Modul Inovatif Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C PAK-21 PdP bahasa Melayu

Impak utama Pro-C adalah berupaya meningkatkan pengaplikasian kompetensi pembelajaran bermakna 6C berpusatkan murid dalam PdP bahasa Melayu. Oleh itu, Pro-C berpotensi dikomersialkan sebagai suatu modul pengajaran dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) digital dalam PdP bahasa Melayu.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Memperkasakan Antirasuah Dalam Kalangan Mahasiswa Tahun 2024


Tarikh : 14 September 2024
Tempat : Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Anjuran : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Peserta:
1. Muhammad Zarrin bin Shamsul Anuar
2. Muhammad Hidayat bin Taib
3. Muhammad Isyraf Waiz bin Ismail
4. Maizatul Iqma binti Abdul Zahir
5. Anis Suraya binti Abd. Shukor
Tujuan :
- Memberikan pengetahuan tentang fungsi SPRM dan akta-akta yang berkaitan dengan kesalahan rasuah.
- Mendedahkan peranan & tanggungjawab AMAR di kampus.
- Memastikan kerjasama yang kukuh dalam organisasi AMAR kampus masing-masing.
- Meningkatkan motivasi ahli AMAR dalam merancang dan melaksanakan program berkenaan rasuah.


✨ Peserta yang mewakili IPGM KBM juga telah berjaya merangkul naib johan dalam aktiviti eksplorasi yang diadakan dalam program tersebut
✨Semoga dengan pelaksanaan Program Memperkasakan Antirasuah Dalam Kalangan Mahasiswa Tahun 2024 ini diharapkan pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memperkasa organisasi AMAR di kampus masing-masing dan mempergiat aktiviti bagi mencegah rasuah di peringkat kampus.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia

TEGAKKAN INTEGRITI, HAPUSKAN KORUPSI
______
Angkatan Mahasiswa Antirasuah,
IPGM Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

EKSPLORASI BAHASA BERSEMPENA DENGAN FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA (KUALA LUMPUR)

Tarikh : 15 September 2024
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Masa : 11.00 pagi
Anjuran : Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pencapaian: Johan
Penyertaan : 5 orang pelajar Kohort A
- Anastasia binti Alwiee
- ⁠Ahmad Afiq Aziman bin Sa’et
- ⁠Muhammad Hanani bin Mazlam
- ⁠Ishaq Burhanuddin bin Ahmad
- ⁠Nor Adam Yusof bin Nor Ariff

Tahniah diucapkan kepada pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu atas pencapaian mendapat Johan dalam pertandingan Eksplorasi Bahasa bersempena Festival Permainan Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Objektif:
1. Memartabatkan bahasa dan sastera dalam kalangan generasi muda.
2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memperkasakan bahasa dan sastera.

Impak :
- Memperkasa identiti nasional dalam kalangan generasi muda melalui bahasa dan sastera.
- ⁠Memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dalam sanubari generasi muda.
- ⁠Melestarikan penggunaan bahasa dan sastera.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia