IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalmualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🎥 Siaran Langsung: Seminar Wacana Hadith: Hadith Wahana Kesepaduan MADANI 🎥

Berikut merupakan Siaran Langsung bagi Seminar Wacana Hadith. Hadith Wahana Kesepaduan MADANI yang sedang berlangsung di Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu.

https://www.facebook.com/share/v/YqfeDbVC6MLqF4yJ/?mibextid=WC7FNe

TAQWA | ISLAH | MUSLEH
________
KELAB RAKAN ISLAH 2024
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK JPP IPGMKBM DAN JPP IPGMKPM

Tarikh: 21 SEPTEMBER 2024
Tempat: Bilik Rafflesia, IPGMKBM
Anjuran: JPP Perhubungan Luar, Domestik dan Antarabangsa IPGMKBM dan IPGMKPM
Penyertaan: 54 orang peserta (27 JPP IPGMKBM dan 27 JPP IPGMKPM)

Objektif:
1. Merapatkan ukhuwah antara JPP IPGMKBM dan JPP IPGMKPM.
2. ⁠Dapat berkongsi pendapat dan pertukaran idea untuk memperkembangkan program di IPG masing-masing.

Impak:
1. Peningkatan Kemahiran Kepemimpinan: Kerjasama strategik ini dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan antara dua pihak iaitu JPP IPGMKBM dan JPP IPGMKPM. Dari segi perkongsian idea, pelaksanaan program, cara mengatasi masalah yang berlaku di kampus masing-masing. Dengan perkongsian ini dapat meningkatkan lagi sifat kepimpinan dalam diri JPP yang penting untuk kegunaan di sekolah nanti.

2. Pengalaman Praktikal: Kerjasama strategik ini dapat memberikan pengalaman langsung kepada JPP untuk mengendalikan program ke luar negeri atau ke tempat selain kampus. Ini boleh membantu guru pelatih untuk memahami cara untuk mengendalikan program di luar sekolah.

3. Pembangunan Kemahiran Interpersonal: Guru pelatih dapat berlatih dalam kemahiran pengurusan program dan interaksi dengan masyarakat dalam suasana yang berbeza, membantu mereka menjadi lebih berkeyakinan dan fleksibel.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Seminar Wacana Hadith Peringkat Wilayah Persekutuan
“Hadith Wahana Kesepaduan MADANI”

Tarikh: 24 September 2024
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) serta IPGM Kampus Bahasa Melayu
Penyertaan:
-Semua pelajar Major & Minor Pendidikan Islam IPGM KBM
-Semua ahli Kelab Rakan Islah
-Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu

Impak
1) Memberi pendedahan tentang perbahasan ilmu hadith semasa melalui soal jawab bersama pelajar.
2) Menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan semakan hadith dalam
memastikan sesebuah hadith itu diterima atau ditolak.

Diharapkan daripada seminar ini, dapat mencetus minat pelajar dalam mendalami bidang ilmu hadith dengan lebih mendalam dan lebih cakna terhadap disiplin ilmu ini sehingga mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Seterusnya bersama-sama mendorong perbincangan dan dialog yang ilmiah untuk berkongsi pandangan bagi memahami isu-isu hadith ini dengan lebih terperinci.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MINGGU KECERGASAN & KESIHATAN IPGM KBM 2024

Tarikh: 9-12 September 2024
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Lobi, IPGM KBM
Anjuran: JPJK & Kelab PROSIS IPGMKBM
Kumpulan sasaran: Warga IPGM KBM
Bilangan Peserta: 400 orang
Nama pensyarah yang terlibat: En. Masywawi bin Mohd Nor

Impak:

1. Mendapat ilmu dan kemahiran baharu tentang kecergasan dan kesihatan.

2. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak luar sebagai rakan kerjasama.

3. Pelajar dapat belajar mengurus, mentadbir dan memimpin dengan baik dan berkesan.

Dengan pelaksanaan program ini pelajar boleh gunakan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta mengurus dan dpt memimpin dgn baik.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS MENGHANTAR WARIS YBRS. DR. NIRWANA BINTI MOHD RASHID

Tarikh: 27 September 2024 (Jumaat)
Masa: 2:45 petang
Tempat: Lobi Bangunan Menara

Semua Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Sekian, terima kasih
Assalamualaikum WBT
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MINDA INOVASI DINAMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (i-MInD) 2024

Tarikh: 23-25 September 2024
Anjuran: Kementerian Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (KP IPGM), dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), & Yayasan Didik Negara (YDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada:

- Ts. Mimma Sayuti Binti Mat Khalid( Ketua)
- Dr. Masitah binti Mohammad Yusof
- Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
- Dr. Razila binti Aw Kamaluddin

IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGMKBM) atas pencapaian  Pemenang Pingat Emas untuk Inovasi Kategori Pensyarah:  SGK (Sekolah Glokal Kontemporari) yang berbentuk dunia imersif 3D berasaskan KPPB-OPD IPGM.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERSIDANGAN ANTARABANGSA MINDA INOVASI DINAMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (i-MInD) 2024

Tarikh: 23-25 September 2024
Anjuran: Kementerian Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia (KP IPGM), dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), & Yayasan Didik Negara (YDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada:

- Siswi Nur Atikah Najwa binti Mohammad Rabbani (G)
- Siswa Muhammad Brilliant Choy bin Iswan Choy (C)
- Siswi Norly Dia binti Mohd Ariff (C)

IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM) dengan bimbingan Ts. Mimma Sayuti binti Mat Khalid atas pencapaian yang membanggakan, yakni pencapaian Pemenang Anugerah Ikon KPPB IPGM.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN I-MIND-PAMER PERINGKAT AKHIR BAGI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MINDA INOVASI DINAMIK IPGM TAHUN 2024

📍Tarikh: 23-25 September 2024 (Isnin-Rabu)
📍Tempat: Hotel Casuarina Ipoh

Impak:
Menggalakkan warga Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Pendidikan lain dari dalam negara untuk mengkomersial serta memasyhurkan penghasilan produk buku dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan keperluan pendidikan masa kini.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM) merupakan penganjur dan urusetia penganjuran pertandingan i-MInD PAMER peringkat akhir bagi Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik tahun 2024. Pertandingan i-MInD PAMER merupakan acara pameran secara digital dan fizikal bahan buku dan bahan pengajaran yang telah diterbitkan secara individu atau berkumpulan. Tujuan utama i-MInD PAMER adalah untuk menkomersialkan, mempromosi dan memasyhurkan produk yang dihasilkan oleh warga pendidik.

Pertandingan akhir i-MInD PAMER ini telah dinilai oleh 3 orang juri jemputan iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zariat bin Abdul Rani dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Faizal bin A. Ghani dan Pn. Siti Mazlin binti Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama KPM.

Pertandingan akhir i-MInD PAMER telah disertai oleh perserta dari 18 produk terbaik yang telah dipilih di peringkat saringan bagi 3 kategori iaitu kategori Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, kategori pensyarah IPGM dan kategori institusi pendidikan lain. Peserta bersaing untuk mendapat tempat sebagai penerima anugerah terulung bagi setiap kategori. Para peserta akhir telah menyediakan reruai pameran produk dan maklumat berkaitan produk. Peserta juga telah mempromosi produk masing-masing melalui pembentangan, katalog dan soal jawab yang bersama-sama juri.

Persaingan di peringkat akhir ini merupakan satu saingan yang hebat dan memberi pengalaman bermakna dan berharga kepada setiap peserta yang terpilih di peringkat akhir. Usaha ini wajar diteruskan pada masa akan datang dan berupaya memotivasikan semua pihak terutamanya warga pendidik. Pertandingan i-MInD PAMER peringkat akhir ini bertepatan dengan tema Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik IPGM tahun 2024 iaitu Membangunkan Minda Madani dan Karakter melalui Pendidikan.

IPGM Kampus Bahasa Melayu sebagai penganjur dan urusetia i-MInD PAMER mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dari peringkat awal, peringkat saringan hinggalah ke peringkat akhir.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA (SPPA) 2024 SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA MINDA INOVASI DINAMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (i-MInD) 2024

Tarikh: 24 September 2024
Platform: Secara Dalam Talian
Anjuran: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), & Yayasan Didik Negara (YDN)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada:

YBrs. Dr. Masitah Mohammad Yusof
Pengarah
IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGM KBM)
sebagai Pembentang dengan tajuk kajian “Kesahan Pakar, Nisbah CVR, Indeks CVI bagi Modul Harmoni Menggunakan Model Lawshe”.
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia