IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.76K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum,
Salam L.E.S.T.A.RI,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Program Kursus Kesihatan Pergigian anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPGM Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan

Tarikh: 11-12 November 2024
Masa: 8.00 Pagi - 4:30 Petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Penglibatan: 265 orang pelajar PISMP Ambilan September 2021/2026 (Kohort A)


Tujuan Program Kesihatan Pergigian:

- Kesedaran Kesihatan Pergigian: Memberikan pendidikan awal mengenai amalan kebersihan mulut yang Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan penjagaan gigi dan kesihatan mulut.

- Pencegahan Penyakit: Mengurangkan risiko penyakit berkaitan gigi dan mulut melalui pendedahan kepada amalan pencegahan dan rawatan susulan.

- Promosi Gaya Hidup Sihat: Menggalakkan gaya hidup sihat yang merangkumi amalan penjagaan kesihatan pergigian yang betul.

- Membentuk Sikap Positif: Membantu siswa guru membentuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan mulut demi kesihatan diri.

- Pembangunan Kemahiran Mengajar: Memberikan peluang kepada siswa guru untuk belajar cara mengajar dan menyampaikan maklumat kesihatan pergigian kepada murid dengan kaedah yang sesuai.

- Peranan Sebagai Teladan: Siswa guru boleh menjadi teladan kepada murid dalam memromosikan amalan penjagaan pergigian yang betul.

Impak Positif Terhadap Pembangunan Profesionalisme Guru Pelatih:

- Kepakaran dalam Pendidikan Kesihatan: Siswa guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kepakaran dalam pendidikan kesihatan pergigian.

- Kesedaran Sosial Membangunkan kesedaran sosial kepada siswa guru mengenai isu kesihatan pergigian dalam kalangan warga sekolah.

- Peningkatan Kualiti Pengajaran: Memberikan nilai tambah kepada siswa guru untuk mengintegrasikan pengetahuan kesihatan pergigian dalam kurikulum pengajaran di sekolah.

Secara keseluruhannya, program kesihatan pergigian bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan individu tetapi juga menyumbang kepada pembangunan profesionalisme siswa guru dalam kesihatan pergigian.
__
JAWATANKUASA PROGRAM KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN 2024,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU (IPGM KBM) 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:

✨ Tarikh: 19 November 2024 (Selasa)
✨Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
✨ Masa: 10:30 pagi - 1:30 petang
✨ Pakaian : Pakaian tradisional lengkap dengan kasut bertutup

✨Buku Program: https://heyzine.com/flip-book/2c7c10b287.html
✨Siaran Langsung Majlis: https://www.youtube.com/watch?v=YZQPHqINHi8

✨ Semua pensyarah adalah dijemput hadir. Bagi penerima anugerah diwajibkan hadir tepat pada masanya. Semoga kehadiran semua memeriahkan lagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Siri 2/2024.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia✨Pautan Buku Program: https://heyzine.com/flip-book/2c7c10b287.html
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Guru Bertaraf Dunia

Program Wacana Pembangunan Insaniah Guru Permulaan 2024 Anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik

Tarikh: 11 November – 15 November 2024
Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Penglibatan: 265 orang pelajar PISMP Ambilan Ogos 2021-Julai 2026

Tujuan Program:
Program Wacana Pembangunan Insaniah Guru Permulaan bertujuan memberikan pendedahan mendalam kepada bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah. Program ini merangkumi pelbagai kursus penting, antaranya: Kursus Kesihatan Pergigian, Kursus Celik Kewangan, Pemikiran Komputasional, Dasar Perpaduan Negara, Program Pengoperasian Nilai dan Karektor (PRONIKA), Programme for International Student Assessment (PISA)/ Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), Body Mass Index (BMI), Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)dan Sistem Guru Malaysia (SGMy)

Impak Program:
Program ini memperlengkapkan bakal guru dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan perkembangan pendidikan semasa, sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Semoga melalui pelaksanaan program ini, bakal guru lepasan IPGM Kampus Bahasa Melayu PISMP Ambilan Ogos 2021-Julai 2026 diharapkan menguasai ilmu pengetahuan terkini, memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pendidik cemerlang dan menyesuaikan diri dengan keperluan pendidikan yang dinamik serta berdaya saing.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia Madani.
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

👥 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10 KOPERASI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU 👥

Hari: Jumaat (22 November 2024)
Masa: 4.30 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGM KBM

Pautan bagi penamaan calon ALK 2024-2025 :
https://forms.gle/YFvnFs5t5XL1ws2f9

Semua ahli KOWARIS dikehendaki menyertai mesyuarat ini.

Terima kasih.
Forum Manifestasi Karya Agung Sulalatus Salatin 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Forum Manifestasi Karya Agung Sulalatus Salatin 2024

Tarikh: 15 November 2024 (Jumaat)
Tempat: Sudut Karyawan, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka
Anjuran: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Pertubuhan Seni Kesidang Sari (PERSIDANG) dan Anjung Seni Nilakandi

Peserta: 23 orang pelajar PISMP C5 Ambilan Ogos 2023
Diiringi 2 orang pensyarah Jabatan Sains Kemanusiaan:
Dr. Shapiza binti Sharif, Ketua Jabatan Sains Kemanusiaan
Pn. Tuminah binti Mespan, Pensyarah Unit Sains Sosial (Sejarah)

Objektif:
1) Lawatan penanda aras yang dilaksanakan untuk berkongsi idea, pengalaman dan perkongsian serta membina jaringan akademik antara institusi.
2) Perkongsian pengetahuan dan mengupas tentang kepentingan karya agung Sulalatus Salatin.
3) Memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami inti utama Sulalatus Salatin melalui pengarah, penulis dan peserta pementasan teater yang menonjolkan adaptasi karya agung Sulalatus Salatin.

Pelaksanaan lawatan dapat memupuk sifat menghargai warisan karya agung dan memahami nilai-nilai tradisional yang terkandung dalam Sulalatus.
The Star-191124.pdf
11.3 MB
The Star-19 November 2024
BH-191124.pdf
9.1 MB
BH-19 November 2024
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar IPGM KBM Siri 2/2024, 19 November 2024
📷Galeri Gambar >> https://drive.google.com/file/d/1jJtna1SzGiC5oJkeLizgpHuRCQaSYrxD

🌐YouTube >> https://www.youtube.com/watch?v=YZQPHqINHi8
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia Madani.
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

👥 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10 KOPERASI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU 👥

Hari: Jumaat (22 November 2024)
Masa: 4.30 petang
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM KBM

Semua ahli KOWARIS dikehendaki menyertai mesyuarat ini.

Terima kasih.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN PETALING JAYA, MBPJ

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 yang mengikuti Kursus PPSK3013 Pengurusan Pusat Sumber dengan kerjasama Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa, IPGM Kampus Bahasa Melayu akan menyertai lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Petaling Jaya, MBPJ seperti ketetapan berikut:

📅 21 November 2024 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi
👔 Baju Batch
🧑🏻‍🎓 Pelajar Elektif Terbuka Pengurusan Pusat Sumber (PSSK3013)

Pensyarah Pembimbing:
Dr. Roslina binti Suratnu


Perpustakaan adalah tempat di mana semangat ilmu terus membara📚🔥


#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAKLUMAN MAJLIS LIQA MADANI BERSAMA YAPIEM WP KUALA LUMPUR

السلام عليكم
SELAMAT SEJAHTERA

Berikut dikongsikan maklumat untuk majlis tersebut:

📌 Jumaat
📌 22 November 2024
⏰ 7.45 pagi - 9.00 pagi
🎯 Warga IPGMKBM

DILAKSANAKAN SECARA BERSEMUKA DI DEWAN AMINUDDIN BAKI IPGMKBM

Aturcara :

▶️Pengacara Majlis oleh Saudara Aizam Hakimi

▶️Bacaan Surah Kahfi oleh Saudara Lutfirrahman

▶️ Ceramah Jemputan oleh Pegawai YAPIEM WP KUALA LUMPUR

▶️Bersurai

INFAQ JUMAAT
No akaun surau BANK ISLAM- 14171010006057 JAWATANKUASA TADBIR SURAU AT-TAQWA INSTITUT BAHASA

جمعة مباركة
صلوا على النبي!

ANJURAN SURAU AT-TAQWA DENGAN KERJASAMA KELAB KEBAJIKAN STAF IPGMKBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM sedang menilai keberkesanan aktiviti HIP di 27 IPG di seluruh Malaysia. IPGKBM kini berada di band 4 (tertinggi), dan diharapkan kita dapat mengekalkan prestasi cemerlang tersebut pada tahun ini.
Di antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Pembacaan surat-khabar digital dan Readers’ Digest dalam kalangan pelajar, pensyarah dan staf.
2. Program Jangkauan Discover the Joy of Reading di SJK(T) Vivekananda.
3. Bengkel Visual Literacy dan penghasilan BBM Bahasa Inggeris untuk Program Sekolah Pengajar.
4. Bengkel Poetry Reading
5. Penglibatan pelajar dalam pertandingan inovasi dalam bahasa Inggeris.
6. Pertandingan Resensi Buku, Public Speaking, Voice Ensemble dan Poetry Recital- peringkat Institut
7. Pertandingan Tik Tok video pendek pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.
8. Program Sekolah Pengajar (DEAR/LiA) di SK Bandar Tasik Selatan
9. Karnival MBMMBI
🌷Pertandingan Skit (tempat ketiga peringkat kebangsaan)
🌷Pertandingan vocal ensemble (Penyertaan peringkat kebangsaan)
🌷Pertandingan Public Speaking (Finalis peringkat kebangsaan)
🌷Pertandingan Poetry Recitation (Finalis peringkat kebangsaan)
10. Program Cakna Bahasa Inggeris
11. Pidato Bahasa Inggeris 3 minit- 214 penyertaan para pelajar IPGM KBM.
12. ⁠ Penglibatan pelajar Di dalam aktiviti GEG Malaysia, GEG Asia Pacific dan GEG Global.

Oleh yang demikian, mohon warga KBM untuk mengisi borang penilaian HIP (High Immersive Programme) melalui pautan yang disertakan sebelum 25 November 2024.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
1. Pautan untuk pelajar:

https://forms.gle/PzbdpzQMsPc3B97E8

2. Pautan untuk pensyarah:

https://forms.gle/UfLh9U7Zq9ThSDXH9

3. Pautan untuk staf dan komuniti:

https://forms.gle/Usnmz43qNLC4xTx97

4. Pautan untuk Pengurusan Tertinggi:

https://forms.gle/11LKrPPnYfdViHsJ7

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PROGRAM BICARA RUKUN NEGARA "IDENTITI JATI DIRI"

Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Tempat: Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur
Anjuran: Arkib Negara Malaysia

Peserta: 23 orang pelajar PISMP B6 dan 23 orang pelajar PISMP C5
Diiringi 2 orang pensyarah Jabatan Sains Kemanusiaan:
Pn. Ramlah binti Ghani dan
Pn. Tuminah binti Mespan, Pensyarah Unit Sains Sosial (Sejarah)

Objektif:
1) Lawatan penanda aras yang dilaksanakan untuk berkongsi idea, pengalaman dan perkongsian serta membina jaringan akademik antara institusi.
2) Memberi peluang dan ruang kepada siswa guru memahami nilai Rukun Negara dan kepentingannya dalam konteks pendidikan.
3) Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan siswa guru untuk mendidik generasi akan datang.
4) Memberikan pendedahan kepada siswa guru tentang platform perbincangan yang berfokuskan isu nasional.
JADUAL PEPERIKSAAN DISEMBER 2024 BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PERSEDIAAN) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN >> http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/405-peperiksaan-disember-2024-bagi-ppismp-dan-pismp
PROGRAM BICARA TOKOH: DR. BURHANUDDIN AL-HELMI