IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Sunday Star-1.pdf
13.9 MB
Sunday Star-1.pdf
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

HEBAHAN: BENGKEL SAHABAT BAHASA: KALIGRAFI JAWI

🗓️Tarikh: 11 Mac 2025 (Selasa)
⏰Masa: 11:00 pagi – 01:00 tengah hari
🏫Tempat: Dewan Zaa’ba, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan melalui dalam talian menggunakan saluran youtube: Pautan Bengkel dalam Talian: https://www.youtube.com/watch?v=GKOn0DLeaX0

🗣️Anjuran: Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu
Penceramah: Encik Suhasni bin Dollah
(Munsyi Dewan Bahasa)

Peserta : Siswa Guru (PPISMP Ambilan Ogos 2024 – Julai 2029)
i. IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
ii. IPG Kampus Gaya, Sabah.
iii. IPG Kampus Kent, Sabah.
iv. IPG Kampus Melewar, Negeri Sembilan.
v. IPG Kampus Teknik, Negeri Sembilan.

Kehadiran dialu-alukan kepada semua.

🎯Objektif:
1. Memperkenalkan jenis-jenis kaligrafi jawi kepada peserta.
2. Membimbing peserta menulis kaligrafi jawi dengan betul.
3. Melengkapkan tugasan empat pentaksiran berterusan BMMB1114 (Pengenalan
Sistem Ejaan Jawi dan Rumi)
Semoga bengkel ini bermanfaat kepada para siswa guru serta semua pencinta tulisan jawi.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#semarakmbmmbi#sahabatbahasambmmbi
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PEMANTAPAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - EDUP3153

⏰10 MAC 2025, Isnin
✏️2.00 petang
👥 Pelajar PISMP Ambilan Ogos 2022-Julai 2027 Kumpulan Bidasari (B1-B8)

Penceramah: En Zakuan bin Abdullah, KJ JPPK
Pensyarah terlibat:
1. Dr Shariza binti Said
2. ⁠Pn Ellie Esterina binti Mohd Fasiah
3. ⁠Pn Radziah binti Mokhtar (Penyelaras Kursus)
4. ⁠Pn Liz Aliza binti Awang
5. ⁠Dr Nurulrabihah binti Mat Noh
6. ⁠Dr Komathi a/p Jairaman

Objektif bengkel ialah
1. memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada siswa guru tentang konsep dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
2. ⁠membantu siswa guru memahami peranan mereka dalam melaksanakan PBS dengan lebih sistematik dan efektif.

Anjuran: Pensyarah EDUP3153, Jabatan Ilmu Pendidikan

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN INOVASI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU

Syabas dan tahniah kepada Pasukan IPGM Kampus Bahasa Melayu yang telah berjaya mengharumkan nama institusi di International Innovation & Exhibition Fair 2025 (IIEF 2025) yang diadakan di Kolej MARA Kulim pada 26 - 27 Februari 2025.

•Peringkat Antarabangsa- Perak
• Inovasi: Kad IM KaSeN 2.0 - Kad Imbasan Kata Sendi Nama

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

•Pensyarah Pembimbing: Dr. Zanariah binti Hamid (Ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGM KBM)

•Siswa Guru PISMP Ambilan Ogos 2023 (Kumpulan Cendekia):

1.Luqman Nul Hakim bin Norazizan
2.Muhammad Ammar bin Azman
3.Norly Dia binti Mohd Ariff
4.Nur Edlyn Nazura binti Mohd Norhisham
5.Nur Sarah Iffah binti Shahabudin

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
The Star-1.pdf
10.7 MB
The Star-1.pdf
BH-3.pdf
10.8 MB
BH-3.pdf
PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL

Tarikh : 4 - 10 Mac 2025 
Tema : Global Learning in a Borderless World
Anjuran:   JPPI, JK MBI/HIP,  (Unit Bahasa Inggeris) Jabatan Sains Kemanusiaan

Objektif Pertandingan Reka Bentuk Poster Digital ini dijalankan adalah seperti berikut:

1.  Membolehkan peserta menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan reka bentuk poster yang menarik dan bermakna, sambil menggunakan bahasa sebagai elemen utama dalam penyampaian mesej.

2. Memberi peluang kepada peserta untuk menyampaikan mesej tertentu melalui kombinasi teks dan visual, seperti promosi, kesedaran sosial, pendidikan, serta  tema Global Learning in a Borderless World.

3.  Menggalakkan peserta untuk menggunakan alat digital dan perisian reka bentuk untuk menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi.

4. Menyokong penggunaan bahasa yang betul dan berkesan dalam teks yang ditampilkan di dalam poster, mengasah kemahiran berbahasa dan komunikasi.

Pemenang tempat ketiga, tempat kedua,  dan tempat pertama adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Kumpulan C4
Tempat Kedua: Kumpulan C3
Tempat Pertama: Kumpulan C5

Semoga ilmu yang diperolehi oleh melalui pertandingan ini akan menjadi bekalan kepada semua pelajar untuk menghasilkan poster digital yang berkualiti dan bermakna di masa hadapan.
VIRTUAL EXCHANGES AND GLOBAL LEARNING (GUEST TALK)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

VIRTUAL EXCHANGES AND GLOBAL LEARNING (GUEST TALK)

🔹Tarikh: 11 Mac 2025 (Selasa)
🔹Masa: 9.00 pagi (Malaysia)
🔹Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
🔹Kehadiran:
- Dr.Masitah binti Mohammad (Pengarah)
- Dr.Shapiza binti Sharif
- Datin Dr.Thusha Rani Rajendra
- Pensyarah-pensyarah dan staf IPGKBM
- Kumpulan Cendekia

🔹Penceramah jemputan , Prof.Esther Boucher-Yip menekankan kepada lima elemen utama dalam sesi perkongsiannya yang bertajuk 'Pertukaran Maya dan Pembelajaran Global'. Elemen-elemen tersebut adalah aksesibiliri, pembelajaran antara budaya, pembelajaran kolaboratif, pembangunan literasi digital serta integrasi kurikulum.

Pihak IPGKBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Esther Boucher-Yip atas perkongsiannya yang bermakna, terutama dalam memberikan pengalaman pembelajaran global yang mendalam.
Sesi ini sangat berimpak dalam memperluaskan perspektif serta kemahiran pelajar dalam dunia global yang semakin mencabar.

🔹Objektif:
1. Meningkatkan pemahaman siswa guru tentang budaya masyarakat global
2. Mendedahkan siswa guru kepada kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dan pendidikan pelbagai budaya amnya.
3. Memberi fokus kepada meluaskan jaringan dalam dan luar negara melalui kerjasama pelbagai bidang pendidikan guru.
4. Mencungkil potensi siswa guru dalam aspek seni berbahasa melalui pelbagai aktiviti dan meningkatkan minat terhadap aktiviti MBI/HIP

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kecekapan antara budaya serta pengalaman profesional pelajar.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BH-4.pdf
8.6 MB
BH-4.pdf
The Star-2.pdf
10.8 MB
The Star-2.pdf