IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
The Star-1.pdf
10.7 MB
The Star-1.pdf
BH-3.pdf
10.8 MB
BH-3.pdf
PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER DIGITAL

Tarikh : 4 - 10 Mac 2025 
Tema : Global Learning in a Borderless World
Anjuran:   JPPI, JK MBI/HIP,  (Unit Bahasa Inggeris) Jabatan Sains Kemanusiaan

Objektif Pertandingan Reka Bentuk Poster Digital ini dijalankan adalah seperti berikut:

1.  Membolehkan peserta menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan reka bentuk poster yang menarik dan bermakna, sambil menggunakan bahasa sebagai elemen utama dalam penyampaian mesej.

2. Memberi peluang kepada peserta untuk menyampaikan mesej tertentu melalui kombinasi teks dan visual, seperti promosi, kesedaran sosial, pendidikan, serta  tema Global Learning in a Borderless World.

3.  Menggalakkan peserta untuk menggunakan alat digital dan perisian reka bentuk untuk menghasilkan karya seni yang berkualiti tinggi.

4. Menyokong penggunaan bahasa yang betul dan berkesan dalam teks yang ditampilkan di dalam poster, mengasah kemahiran berbahasa dan komunikasi.

Pemenang tempat ketiga, tempat kedua,  dan tempat pertama adalah seperti berikut:

Tempat Pertama: Kumpulan C4
Tempat Kedua: Kumpulan C3
Tempat Pertama: Kumpulan C5

Semoga ilmu yang diperolehi oleh melalui pertandingan ini akan menjadi bekalan kepada semua pelajar untuk menghasilkan poster digital yang berkualiti dan bermakna di masa hadapan.
VIRTUAL EXCHANGES AND GLOBAL LEARNING (GUEST TALK)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

VIRTUAL EXCHANGES AND GLOBAL LEARNING (GUEST TALK)

๐Ÿ”นTarikh: 11 Mac 2025 (Selasa)
๐Ÿ”นMasa: 9.00 pagi (Malaysia)
๐Ÿ”นTempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.
๐Ÿ”นKehadiran:
- Dr.Masitah binti Mohammad (Pengarah)
- Dr.Shapiza binti Sharif
- Datin Dr.Thusha Rani Rajendra
- Pensyarah-pensyarah dan staf IPGKBM
- Kumpulan Cendekia

๐Ÿ”นPenceramah jemputan , Prof.Esther Boucher-Yip menekankan kepada lima elemen utama dalam sesi perkongsiannya yang bertajuk 'Pertukaran Maya dan Pembelajaran Global'. Elemen-elemen tersebut adalah aksesibiliri, pembelajaran antara budaya, pembelajaran kolaboratif, pembangunan literasi digital serta integrasi kurikulum.

Pihak IPGKBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Esther Boucher-Yip atas perkongsiannya yang bermakna, terutama dalam memberikan pengalaman pembelajaran global yang mendalam.
Sesi ini sangat berimpak dalam memperluaskan perspektif serta kemahiran pelajar dalam dunia global yang semakin mencabar.

๐Ÿ”นObjektif:
1. Meningkatkan pemahaman siswa guru tentang budaya masyarakat global
2. Mendedahkan siswa guru kepada kepelbagaian elemen budaya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dan pendidikan pelbagai budaya amnya.
3. Memberi fokus kepada meluaskan jaringan dalam dan luar negara melalui kerjasama pelbagai bidang pendidikan guru.
4. Mencungkil potensi siswa guru dalam aspek seni berbahasa melalui pelbagai aktiviti dan meningkatkan minat terhadap aktiviti MBI/HIP

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kecekapan antara budaya serta pengalaman profesional pelajar.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BH-4.pdf
8.6 MB
BH-4.pdf
The Star-2.pdf
10.8 MB
The Star-2.pdf
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN INKLUSIF KE PRASEKOLAH SK DAMANSARA DAMAI 2, PETALING JAYA

Tarikh: 11 Mac 2025
Masa: 7.00 pagi - 2.30 Petang
Tempat: Prasekolah SK Damansara Damai 2, Petaling Jaya
Anjuran: Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan
Peserta: PISMP PAKK B9 Dan Guru Prasekolah IPGKBM
Kumpulan Sasaran : Murid Prasekolah SK Damansara Damai 2

Pensyarah yg terlibat :
1. Pn. Khoo Swee Ling
2. Pn. Chithra A/P Batumalai
3. Pn. Nor Zarina binti Md Faril
4. Pn. Nuridah binti Mohammad Isa
5. Pn. A. Hafizah binti Zaki

Objektif :
1. Peserta dapat mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengesanan awal keperluan untuk kanak-kanak berkeperluan khas antara siswa guru bagi mewujudkan idea penghasilan aktiviti intervensi yang bermakna.
2. Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan keperluan aktiviti bagi menyokong potensi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas seperti mana yang terkandung dalam kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAKK3513 dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas PAKK3403.
3. Peserta dapat menambahkan pengetahuan dan pengesanan siswa guru berkenaan isu Kanak-Kanak Berkeperluan Khas serta penyediaan perancangan pendidikan individu yang berkesan.

Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan Amalan Persekitaran Pembelajaran Inklusif ke Prasekolah SK Damansara Damai 2 diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan keperluan aktiviti bagi menyokong potensi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam diri siswa guru PAKK.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR IPG KAMPUS BAHASA MELAYU & FORUM RAMADAN: MENJAGA ADAB BERKOMUNIKASI DI ALAM MAYA

Tarikh: 17 Mac 2025 (Isnin)
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Dalam Talian: Secara Langsung di Facebook Jabatan Penerangan WPKL
https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL

Acara: Forum Ramadan-Menjaga Adab Berkomunikasi di Alam Maya
-Moderator: YBrs. Lt. Kol Bersekutu (PA) Haji Sabarudin bin Yeop Hamza
-Panel: Tuan Shamsul Debat

Jom sertai sesi ilmu bersama Tuan Syamsul Debat, seorang pendakwah bebas yang terkenal dengan gaya penyampaian yang bersahaja, penuh hikmah, tetapi tetap tegas dalam menyampaikan mesej dakwah. Kehebatan beliau dalam berpidato dan memberi nasihat menjadikan setiap perkongsian beliau sangat berkesan dan menyentuh hati.

Program ini adalah anjuran bersama MCMC, IPG Kampus Bahasa Melayu, dan Jabatan Penerangan Malaysia, yang bertujuan mendidik masyarakat agar lebih beradab dan bertanggungjawab dalam komunikasi di alam maya.

Jom jadi pengguna bijak di alam maya dan jangan lupa aktifkan peringatan untuk sesi LIVE ini!

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BH-5.pdf
9.8 MB
BH-15 Mac 2025.pdf
The Star-3.pdf
12.4 MB
The Star-15 Mac 2025.pdf