IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Pelancaran Kit Prihatin Wanita

πŸ“… Tarikh: 16 April 2025 (Rabu)
πŸ“ Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
⏱ Masa: 2.00 petang
πŸ“Œ Anjuran: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Hal Ehwal Wanita IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2025/2026
🀝 Kerjasama: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Kebajikan dan Sosial IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2025/2026

Latar Belakang & Objektif:
Majlis Pelancaran Kit Prihatin Wanita ini diadakan bagi meraikan inisiatif kesedaran kebajikan wanita serta memperkenalkan kit keperluan asas khas untuk semua pelajar siswi IPG KBM.

Program ini bertujuan untuk:
- Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesejahteraan dan kebajikan wanita.

- Menyediakan bantuan awal dalam bentuk kit asas kepada mereka yang memerlukan.

- Memupuk nilai prihatin, empati, dan sokongan dalam kalangan warga IPG KBM.

Dapatan & Maklum Balas:
πŸ“Œ Majlis mendapat sambutan hangat dengan kehadiran pelajar siswi dan tetamu jemputan.
πŸ“Œ Pelancaran kit disempurnakan dengan ucapan yang menyentuh hati serta perkongsian pengalaman menyentuh aspek kebajikan wanita.
πŸ“Œ Program berjalan lancar dan penuh bermakna, disertai dengan gimik dan sesi bergambar.

Penghargaan:
πŸ’ Ucapan terima kasih kepada:
- Pengurusan IPG KBM atas sokongan dan kelulusan penganjuran program.

- JPP Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Kebajikan & Sosial atas kerjasama erat dalam menjayakan majlis.

- Semua pihak yang turut serta memberi sumbangan tenaga, idea dan sokongan moral sepanjang perancangan dan pelaksanaan majlis.
- Semua siswi yang telah hadir bagi menjayakan majlis.

Semoga pelancaran ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kebajikan dan program yang menyentuh hati dalam kalangan warga IPGKBM.

"Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa"
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Hal Ehwal Wanita, IPG KBM Sesi 2025/2026
MAJLIS PELUNCURAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan majlis tersebut akan berlangsung seperti berikut:

πŸ“† Tarikh: 22 April 2025 (Selasa)
πŸ•’ Masa: 10.00 pagi
🏫 Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB), IPGKBM
🏷 Kedudukan Kohort : Semua kohort di Aras 2

πŸ“Œ PERINGATAN ❗
⏱️ SILA TEPATI MASA
πŸ’― KEHADIRAN ADALAH WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR
https://www.youtube.com/watch?v=OFA2jNGsymE
Saksikan Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam dalam Perspektif Pendidikan Guru (InCIEd) 2025 yang akan disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan pada pukul 3.30 petang ini.
Assalamualaikum W.B.T

Salam Sejahtera

Salam L.E.S.T.A.R.I

Salam Malaysia MADANI

Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS PELUNCURAN PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tarikh: 22 April 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki (DAB), IPGKBM

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di kalangan pelajar dan warga IPGKBM.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan simbol nasional seperti Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan.
3. Mengukuhkan identiti Malaysia MADANI melalui aktiviti yang mempromosikan nilai-nilai murni.
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam inisiatif kolej yang memperkukuh semangat kerjasama.
5. Menyemarakkan semangat L.E.S.T.A.R.I sebagai warisan budaya dan pendidikan di IPGKBM.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar lebih menghayati nilai patriotisme dan memperlihatkan sikap positif terhadap simbol-simbol kebangsaan.
2. Terjalinnya hubungan yang lebih erat antara pelajar dan warga IPGKBM melalui semangat perpaduan.
3. Peningkatan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai warga Malaysia dalam memacu visi Malaysia MADANI.
4. Pelajar lebih komited untuk mempraktikkan nilai-nilai L.E.S.T.A.R.I dalam kehidupan harian mereka.
5. Meningkatkan reputasi IPGKBM sebagai institusi pendidikan yang memupuk kecemerlangan dan identiti nasional.

Semoga pelancaran ini menjadi pemangkin kepada penghayatan nilai patriotisme, perpaduan, dan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar, seterusnya memperkukuh legasi warisan bangsa di IPG KBM.

β€œWaris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa”
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPG KBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM GAYA HIDUP LESTARI
(Anjuran Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Bahasa Melayu)

Tarikh : 23 April 2025
Masa: 7.45 pagi - 1.30 petang
Tempat : Ruang Legar, Lobi IPG KBM

Kempen Pengumpulan Barangan Kitar Semula.
Hantar sumbangan barangan Recycle anda sebelum jam 9.00 pagi di Rumah Kakitangan IPGKBM (bersebelahan surau at-Taqwa)

Kehadiran semua warga IPGKBM amat dialu-alukan

"Small Change, Big Impact"

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Forum Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam dalam Perspektif Pendidikan Guru (InCIEd) 2025

Anjuran: IPGM & IPGK PI

Sertai Forum Persidangan secara dalam talian pada 23 April 2025 (Rabu) jam 8.30 pagi di pautan berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=sDKd8jye13I

Kehadiran semua amatlah dialu-alukan dan sangat dihargai.
The Star-11.pdf
11.1 MB
The Star-24 April 2025.pdf
SinarHarian-2.pdf
9.3 MB
SinarHarian-24 April 2025.pdf
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR AT05 UPSI ke IPG KBM

Kelab Pengurusan Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam (IPGKBM) dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) UPSI akan mengadakan Program Lawatan Akademik Pelajar AT05 UPSI ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Maklumat program adalah seperti berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh: 26 April 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.45 pagi – 2.30 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Sama-sama kita jayakan program ini demi memperkasa ilmu dan mempererat jaringan akademik.
Terima kasih.

____

K
elab Pengurusan Majlis Rasmi dan Pengucapan Awam IPGKBM 2024/2025
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL STRATEGI DAN PENYELARASAN SASARAN AKADEMIK (SASAR)

Tarikh: 23 April 2025 (Rabu) 
Masa: 2.00 - 4.00 petang 
Tempat: Dewan Zaaba, IPGKBM 

PENGANJUR: Biro Akademik, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026 
PENGLIBATAN: Ketua dan Penolong Ketua Kumpulan daripada Kohort Dharma, Cendekia, Bidasari dan Andika (WAJIB HADIR)

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara pengiraan Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT). 
2. Membantu pelajar merancang strategi akademik yang lebih tersusun dan berkesan. 
3. Meningkatkan kefahaman tentang peranan pemimpin kumpulan dalam penyelarasan akademik kohort. 
4. Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pencapaian akademik masing-masing. 
5. Menggalakkan budaya akademik cemerlang selaras dengan nilai L.E.S.T.A.R.I dan visi Malaysia MADANI.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar lebih memahami mekanisme PMGT dan kepentingannya dalam penilaian akademik. 
2. Pemimpin kumpulan dapat menyelaras sasaran akademik kumpulan dengan lebih efektif. 
3. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap keperluan perancangan akademik yang strategik. 
4. Memupuk budaya kerjasama dan saling menyokong dalam kalangan ahli kumpulan. 
5. Mengukuhkan komitmen warga IPGKBM terhadap kecemerlangan akademik dan nilai profesionalisme dalam pendidikan.

Semoga bengkel ini menjadi medan pencerahan akademik yang mampu mendorong para pelajar untuk lebih fokus, berdaya saing dan memacu kecemerlangan selaras dengan aspirasi IPGKBM sebagai institusi pendidikan guru bertaraf dunia.

β€œWaris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa”
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia Madani,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Kejohanan Bola Tampar Antara Batch

Sukacita dimaklumkan kelas C2 Major Bahasa Melayu dan Minor Pendidikan Jasmani akan menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Antara Batch.

Kejohanan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 & 27 April 2025
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Gelangang Bola Tampar IPGKBM

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga IPG.

MAJULAH SUKAN INSTITUT BAHASAπŸ†
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BUAL BICARA : AKHLAK DAN ILMU PEMANGKIN GENERASI MADANI

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada siswa guru tentang kepentingan sosial dalam membentuk masyarakat yang harmoni selain memberi pendedahan mengenai realiti dunia pendidikan, cabaran dalam profesion keguruan serta kepentingan dalam membentuk generasi masa depan.

πŸ“† Tarikh : 29 April 2025
⏰ Masa : 11.15 pagi
πŸ“ Tempat : Dewan Aminuddin Baki
⚠️ Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pelajar.

_Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa_
__________
Biro Kebajikan dan Sosial
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
VIDEO LAGU NEGARAKU TERKINI - TARIKH KUAT KUASA 13 APRIL 2025 & LOGO RASMI

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Adalah dimaklumkan, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah membuat pindaan terhadap video Lagu Negaraku berkuat kuasa untuk siaran dan kegunaan rasmi mulai 13 April 2025.

Sehubungan dengan itu disertakan pautan untuk muat turun Logo-logo Rasmi (KPM, Malaysia MADANI, IPGM dan IPG KBM), video Lagu Negaraku (terkini 13 April 2025) , Lagu IPGM/IPG KBM, Ikrar dan Teks Doa Rasmi: https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Sekian, terima kasih
JK Komunikasi Korporat IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh Kemas Kini: 15 April 2025