IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Bengkel Kemahiran Artificial Intelligence (AI) Sempena Program Harmoni MADANI: Dialog Harmoni dan Jejak Harmoni Metasemesta bagi 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh: 25 hingga 27 April 2025
Tempat: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Anjuran: Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Peserta: 3 orang pelajar Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPG Kampus Bahasa Melayu
i ) Luqman Nul Hakim Bin Norazizan C5
ii) Muhammad Ammar Bin Azman C5
iii) Muhammad Brilliant Choy Bin Iswan Choy C5

Objektif:
1) Bengkel ini menjadi platform menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang sambil memperkukuhkan semangat perpaduan.

2) Bengkel ini mendedahkan pelajar dengan promt AI, membina karya kreatif, membina dunia 3D dan penghasilan video.

3) Bengkel ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami dan  meningkatkan kemahiran digital melalui teknologi AI sambil memperkukuhkan perpaduan antara kaum.

Pencapaian:
Tempat pertama penghasilan video teknologi Artificial Inteligence (AI), Bengkel Kemahiran AI sempena Program Harmoni MADANI

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Pengenalan bagi Kumpulan Latihan Malaysia 02, IPG Kampus Bhasa Melayu telah diadakan bagi pelajar Ambilan 2022 Kumpulan Bidasari di Dewan Za'ba IPG Kampus Bahasa Melayu pada 3 Mei 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 66 ahli pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, IPG Kampus Bahasa Melayu. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kokurikulum IG Kampus Bahasa Melayu


Objektif:
1) memberikan pendedahan asas tentang kepengakapan di Malaysia.

2) mendedahkan tentang persaudaraan pengakap sedunia yang luas dan mengaitkan tentang peranan bakal pemimpin dalam penyiapan diri tentang perkara tersebut.

3) menjelaskan peranan dan tanggungjawab bakal pemimpin pengakap untuk menghadapi Pengalaman Berasaskan Sekolah dan Praktikum sebagai sebahagian daripada latihan kepimpinan manik kayu.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

APRESIASI KURSUS BMMB3283 KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU & BMMB3262 KREATIVITI DAN ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Apresiasi Kursus BMMB3283 (Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan Bahasa Melayu) dan BMMB3262 (Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu) diadakan bagi melatih pelajar Kumpulan Andika dan Bidasari (A1 hingga A11 dan B1 hingga B8) dalam melaksanakan pameran dan pementasan drama.

Pelajar Kumpulan A telah pun dikehendaki menyediakan sama ada prototaip, kit pembelajaran atau bahan digital yang boleh digunakan semasa sesi PdP. Kesemua bahan ini, dikumpul dan dipamerkan bersekali dengan pementasan drama pelajar Kumpulan B. Pelajar Kumpulan B bukan sahaja mementaskan drama kanak-kanak, malah mempamerkan sekali skrip drama pelajar, prop cerita pementasan dan bahan bantu mengajar pada hari kejadian.

Objektif:
1. Membuat pameran berdasarkan cerita yang dibina secara kumpulan serta mempamerkan kreativiti semasa membuat pameran.
2. Membuat persembahan berdasarkan penilaian berterusan yang ditetapkan tema secara kreatif dan menarik.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Sunday Star-5.pdf
12 MB
Sunday Star-5 Mei 2025.pdf
SinarAhad.pdf
9.8 MB
Sinar Ahad-5 Mei 2025.pdf
INFO KPM: 
Pengambilan calon Program Ijazah Sarjana Perguruan (PEDAGOGI) Tahun 2025 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan.

Pautan permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/mypisp/


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I.,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

SYABAS DAN TAHNIAH ✨

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026 dan seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada Saudari Anastasia binti Alwiee atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerja Majlis YDP JPP IPGM Se-Malaysia Sesi 2025/2026.

Menerusi pelantikan ini, moga saudari terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi pemangkin kepimpinan berwibawa di 27 IPG kampus seluruh Malaysia.

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
_________
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Saksikan temu bual secara langsung bertajuk Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-54 Tahun 2025 bersama-sama YBhg. Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam rancangan Wanita Hari Ini di saluran TV3 pada 12 Mei 2025 (Isnin), jam 12:00 tengah hari.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

Sekian, terima kasih.

UKK KPM
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

MAJLIS BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA TAHUN 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti berikut:
📅 Tarikh: 15 Mei 2025 (Khamis)
📍Lokasi: Lobi Menara
⏰ Masa: 7.25 pagi - 8.15 pagi
📌 Penglibatan: Pelajar D1, D2, D3
👔 Pakaian : Baju Batik Rasmi IPG

Semua pensyarah dijemput hadir. Para pelajar diwajibkan hadir tepat pada masanya. Semoga kehadiran semua memeriahkan lagi Hari Belia Negara Tahun 2025 ✨

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
The Star-12.pdf
11.7 MB
The Star-15 Mei 2025
SinarHarian-3.pdf
9.8 MB
SinarHarian-15 Mei 2025