IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T Salam Sejahtera Salam L.E.S.T.A.R.I Salam Malaysia MADANI Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA TAHUN 2025

Tarikh: 15 Mei 2025 (Khamis) Masa: 7.25 pagi - 8.15 pagi Tempat: Lobi Menara, IPGKBM Kedudukan Kohort: Pelajar D1, D2, D3

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memperkukuhkan semangat perpaduan dan kebangsaan di kalangan pelajar IPGKBM melalui pembacaan Ikrar Belia Malaysia sebagai simbol komitmen terhadap pembangunan negara.

2. Memberikan pengiktirafan kepada peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara selaras dengan tema Hari Belia Negara 2025, “Yakin Boleh”.

3. Memupuk kesedaran pelajar tentang tanggungjawab sosial dan kepimpinan sebagai bakal pendidik bertaraf dunia.

IMPAK PROGRAM:
1. Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap nilai-nilai perpaduan, kebangsaan, dan tanggungjawab sosial terutama sebagai pemuda-pemudi bangsa.

2. Mengukuhkan semangat keberanian dan yakin diri sebagai generasi muda sempena sambutan Hari Belia Negara 2025.

3. Memupuk identiti belia yang proaktif dan bertanggungjawab sebagai waris L.E.S.T.A.R.I yang menyokong agenda Malaysia MADANI dan kecemerlangan pendidikan guru.

Semoga majlis ini dapat memperkukuhkan semangat belia dalam menyumbang kepada pembangunan negara dan memupuk nilai-nilai murni sebagai pendidik masa depan.

“Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa”
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Temu Duga PISMP 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa proses temu duga di atas akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh:

✅19 - 23 Mei 2025
✅26 - 29 Mei 2025

📍Lokasi:

✅Lobi Menara (Pendaftaran)
✅Aras 3 (Temu Duga)
✅Parkir Aras 1 Belakang (UKF)

⏰ Masa: 7.00 pagi - 4:30 petang

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
The Star-13.pdf
10.2 MB
The Star-16 Mei 2025
BH-14.pdf
12.3 MB
BH-16 Mei 2025
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Encik Muhammad Amin bin Abu merupakan Alumni IPGKBM iaitu PISMP Ambilan Jun 2011. Memulakan pengajian peringkat PPISMP Jun 2009 dalam bidang Pendidikan Seni dan Visual. IPGKBM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Muhammad Amin bin Abu atas kejayaan sebagai penerima Anugerah Tempat Ketiga Anugerah Ikon (Guru Muda Berprestasi) sempena Sambutan Hari Guru 2025 Peringkat Kebangsaan. Semoga Cikgu Amin yang juga merupakan Guru Cemerlang akan terus cemerlang pada masa akan datang.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Official Launch Video: https://www.youtube.com/watch?v=qr2i6N7aZ_c

Registration is now open!

For more information and to register, visit: https://www.asti.org.my/afc2025/
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM – Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Tahniah diucapkan kepada Nurul Jannah Shahbudin, pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Oktober 2024, Kelas BM7, atas kejayaan menghasilkan artikel bertajuk “KPPB: Aspirasi Pendidikan Bermakna” yang telah diterbitkan dalam majalah Dewan Masyarakat Bil. 6/2025.

Penghargaan dan rakaman ucapan terima kasih daripada pelajar kepada YBrs. Dr. Komathi Jairaman, Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Bahasa Melayu, atas bimbingan dan ilmu yang sangat bermakna serta bermanfaat sepanjang mengikuti kursus Pedagogi di IPG KBM.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kecemerlangan kedua-dua pihak pelajar dan pensyarah. Semoga menjadi inspirasi kepada warga IPG KBM untuk terus melakar kejayaan.

Tahniah dan syabas!
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM AMAL DAN ZIARAH ILMU KE MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN IBNU TALIB, KG PULAI, MELAKA TAHUN 2025

Tarikh: 21-22 Mei 2025
Masa: 11 pagi - 2.30 petang
Tempat: Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib Kg. Pulai, Merlimau, Melaka.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Menjalin hubungan silaturrahim antara pelajar kumpulan A3 dari IPG KBM dan komuniti madrasah serta masyarakat setempat melalui aktiviti kebajikan dan keilmuan.
2. Menyemai nilai kasih sayang, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menjadi pendidik yang berjiwa rakyat.

IMPAK PROGRAM:
1. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

2. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan ilmu generasi akan datang, ke arah melahirkan pendidik yang holistik dan berwibawa.
The Star 280525.pdf
42.3 MB
The Star 280525.pdf
BH-15.pdf
10 MB
BH-29 Mei 2025.pdf
nstp-4.pdf
10.1 MB
nstp-29 Mei 2025.pdf
NSTP-1.pdf
9.6 MB
4 Jun 2025
BH-2.pdf
9 MB
4 Jun 2025
The Star.pdf
11.6 MB
5 Jun 2025
SinarHarian-3.pdf
9.4 MB
5 Jun 2025