IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SUKARELAWAN KORBAN PERDANA KPM TAHUN 2025 | 1446H

Program Sukarelawan Korban Perdana anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG KBM), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Insitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha telah berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan kesyukuran.

• Tarikh: 10 Jun 2025 (Selasa)
• Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu
• Masa: 7:30 pagi

Jumlah korban dalam Program Korban MADANI di IPG KBM kali ini ialah sebanyak 8 ekor lembu dan 7 ekor kambing. 5 ekor lembu sumbangan YGTHO, 3 ekor lembu dan 7 ekor kambing korban daripada warga IPG KBM. Program sehari ini disertai oleh warga IPG KBM yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, ketua jabatan dan ketua unit, para pensyarah, pegawai pengurusan, anggota kumpulan pelaksana, siswa guru, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. En. Zahirudin bin Mohammad Hanif (Ketua Pegawai Eksekutif YGHTO) atas sumbangan dan kehadiran ke program ini. Terima kasih juga kepada YBrs. Ts.Shamsul bin Saniron (Timbalan Rektor PHEP), YBrs. Dr. Ismail bin Mohamed (Timbalan Rektor PPP), YBrs. Dr. Hanani binti Harun Rasit (Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa), pegawai-pegawai daripada IPGM dan JAWI serta YBrs. Dr.Aliza binti Adnan (wakil Pengarah IPG Kampus Ilmu khas) yang sudi hadir menjayakan program ini.

Penghargaan juga kepada pihak JAWI & Pertubuhan Asnaf Wilayah Persekutuan KL yang turut bersama-sama menjayakan agihan daging korban kepada yang berhak menerimanya. Ribuan terima kasih juga kepada pasukan bomba dan RELA serta jawatankuasa yang telah memberi kerjasama yang padu dan bertungkus lumus bersama-sama sebagai satu keluarga besar IPG Kampus Bahasa Melayu.

Objektif Program:
• menyemai semangat saling mengenal antara satu sama lain dan bekerjasama semasa beraktiviti
• merapatkan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan peserta melalui aktiviti bergotong-royong menyediakan pelbagai perkara sebelum, semasa dan selepas program
• memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada siswa guru berkaitan aktiviti ibadah korban seperti menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban.

Semoga objektif program ini telah dapat dicapai oleh semua yang terlibat, dapat mengeratkan silaturahim antara kita dan memberikan impak dalam kehidupan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini dan semoga beroleh keberkatan.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I.,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU (PInovKBM) 2025

Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Bahasa Melayu
Penyertaan: Pelajar Kumpulan Dharma dan Gemala

Objektif Program:
1. Menggalakkan pensyarah, staf dan pelajar agar lebih kreatif dan inovatif menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang terkini selaras dengan keperluan masa kini.
2. Menggalakkan persaingan bagi menghasilkan inovasi pengajaran yang berkualiti dan berkesan sesuai dengan murid tertentu dalam bilik darjah.
3. Menghasilkan penemuan baharu yang menarik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta bidang pengurusan.
4. Meneruskan usaha bagi merealisasikan hala tuju pendidikan negara ke arah pendidikan MADANI.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

✨MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU✨

Tarikh 🗓: 17 Jun 2025
Masa 🕕: 10:15 pagi
Tempat 📍: Dewan Aminudin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Pautan Buku Program🔗 : https://anyflip.com/pwyce/tmge/

WARIS L.E.S.T.A.R.I. DESTAR BAHASA
____
Jaw
atankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

✨*MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU*✨

Tarikh 🗓: 17 Jun 2025
Masa 🕕: 10:15 pagi
Tempat 📍: Dewan Aminudin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tema :Batik
Pautan Buku Program🔗 : https://anyflip.com/pwyce/tmge/

*WARIS L.E.S.T.A.R.I. DESTAR BAHASA*
________________________________________
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

📢 *GARIS PANDUAN PEMAKAIAN*
*Majlis Sambutan Hari Guru 2025*
Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) akan mengadakan *Majlis Sambutan Hari Guru* seperti ketetapan berikut:

📅 *Tarikh:* 17 Jun 2025 (Selasa)
📍 *Tempat:* Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
⏰ *Masa:* 10:15 pagi
🎪 *Tema:* Batik

*Etika Pemakaian:*
👔 *Lelaki:*
- Berpakaian *baju batik*
- Memakai kasut yang bersesuaian

👗 *Perempuan:*
- Berpakaian *batik* yang *menutup aurat* dan *tidak mencolok mata*
- Memakai kasut yang bersesuaian

✨ *Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu dijemput hadir memeriahkan majlis ini.*
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Kepada: Semua Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu (Warga Kerja dan Pelajar IPG KBM)

PELAKSANAAN PENGISIAN SOAL SELIDIK: TINJAUAN CAPAIAN INTERNET TANPA WAYAR (WiFi) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat capaian WiFi bagi membantu menambahbaik perkhidmatan serta capaian rangkaian yang telah disediakan. Oleh itu, semua warga kerja dan pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dimohon untuk mengisi soal selidik seperti di pautan berikut selewat-lewatnya pada 23 Jun 2025 (Isnin).

https://forms.gle/Bh4uAkxC7PUpf1398

Kerjasama daripada semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih
Unit Multimedia
IPG KBM