IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

✨MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU✨

Tarikh 🗓: 17 Jun 2025
Masa 🕕: 10:15 pagi
Tempat 📍: Dewan Aminudin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Pautan Buku Program🔗 : https://anyflip.com/pwyce/tmge/

WARIS L.E.S.T.A.R.I. DESTAR BAHASA
____
Jaw
atankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

✨*MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU*✨

Tarikh 🗓: 17 Jun 2025
Masa 🕕: 10:15 pagi
Tempat 📍: Dewan Aminudin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tema :Batik
Pautan Buku Program🔗 : https://anyflip.com/pwyce/tmge/

*WARIS L.E.S.T.A.R.I. DESTAR BAHASA*
________________________________________
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

📢 *GARIS PANDUAN PEMAKAIAN*
*Majlis Sambutan Hari Guru 2025*
Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu

Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) akan mengadakan *Majlis Sambutan Hari Guru* seperti ketetapan berikut:

📅 *Tarikh:* 17 Jun 2025 (Selasa)
📍 *Tempat:* Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
⏰ *Masa:* 10:15 pagi
🎪 *Tema:* Batik

*Etika Pemakaian:*
👔 *Lelaki:*
- Berpakaian *baju batik*
- Memakai kasut yang bersesuaian

👗 *Perempuan:*
- Berpakaian *batik* yang *menutup aurat* dan *tidak mencolok mata*
- Memakai kasut yang bersesuaian

✨ *Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu dijemput hadir memeriahkan majlis ini.*
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Kepada: Semua Warga IPGM Kampus Bahasa Melayu (Warga Kerja dan Pelajar IPG KBM)

PELAKSANAAN PENGISIAN SOAL SELIDIK: TINJAUAN CAPAIAN INTERNET TANPA WAYAR (WiFi) DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat capaian WiFi bagi membantu menambahbaik perkhidmatan serta capaian rangkaian yang telah disediakan. Oleh itu, semua warga kerja dan pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dimohon untuk mengisi soal selidik seperti di pautan berikut selewat-lewatnya pada 23 Jun 2025 (Isnin).

https://forms.gle/Bh4uAkxC7PUpf1398

Kerjasama daripada semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih
Unit Multimedia
IPG KBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E SIRI 1 (PRA UJIAN)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: SK Bukit Bandaraya, KL
Sasaran : 25 Orang Murid Prasekolah SKBB,KL
 
Penglibatan : 32 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. ⁠Pn Nuridah binti Mohammad Isa
3. ⁠Pn Khoo Swee Ling
4. ⁠Pn Chithra a/p Batumalai
5. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki

*OBJEKTIF PROGRAM :*
1. Mengenalpasti tahap literasi Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah menggunakan instrumen Kit B.A.C.E dalam pelaksanaan Pra Ujian.
2. ⁠Memberi pendedahan amali kepada siswa guru PAKK tentang pelaksanaan penilaian awal dalam konteks sebenar bilik darjah prasekolah.
3. ⁠Membina keyakinan dan profesionalisme siswa guru dalam pengurusan aktiviti Kit B.A.C.E melalui saringan dan pengumpulan data tahap literasi kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.

IMPAK PROGRAM :
1. Meningkatkan keterlibatan aktif murid dalam aktiviti penguasaan kemahiran bunyi, abjad, cantum dan eja (B.A.C.E) sebelum intervensi dilakukan secara menyeronokkan.
2. ⁠Memberi pengalaman lapangan yang bermakna dalam melaksanakan saringan awal kepada murid secara berstruktur.
3. ⁠Meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan membina hubungan baik antara siswa guru dan murid prasekolah.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.E Siri 1 (Pra Ujian) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat asas untuk persediaan ke arah fasa awal pelaksanaan Kit B.A.C.E yang seterusnya.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Majlis Penutupan Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu (PInovKBM) 2025

• Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
• Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu (PInovKBM) 2025 telah berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2025. Sebanyak 99 penyertaan inovasi dan pertandingan terbahagi kepada 4 kategori; 1 penyertaan pensyarah, 5 penyertaan daripada gabungan pensyarah dan pelajar (tunas inovasi kumpulan Dharma), 10 penyertaan daripada gabungan pensyarah dan pelajar (terbuka) dan 83 penyertaan pelajar internship.

Pada 12 Jun 2025, telah berlangsung majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shamsazila binti Sa’aban. Sebanyak 17 inovasi menerima sijil Emas, 10 inovasi menerima sijil Perak dan 72 inovasi menerima sijil Gangsa. Tahniah kepada semua peserta.

Objektif Program:
1. Menggalakkan pensyarah, staf dan pelajar agar lebih kreatif dan inovatif menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang terkini selaras dengan keperluan masa kini.
2. Menggalakkan persaingan bagi menghasilkan inovasi pengajaran yang berkualiti dan berkesan sesuai dengan murid tertentu dalam bilik darjah.
3. Menghasilkan penemuan baharu yang menarik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta bidang pengurusan.
4. Meneruskan usaha bagi merealisasikan hala tuju pendidikan negara ke arah pendidikan MADANI.

Semoga objektif program ini telah dapat dicapai oleh semua yang terlibat, dapat memberikan impak dalam mempelbagaikan strategi serta kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Keputusan Pertandingan:
https://shorturl.at/SIUZ4

Buku Program:
https://heyzine.com/flip-book/78be5cde1c.html

Gambar Program:
https://shorturl.at/g3Fcw