IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
BH-3.pdf
10.2 MB
BH 25 Jun 2025
The Star-3.pdf
11.2 MB
The Star 25 Jun 2025
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 2 (KIT BUNYI)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 - 10.00 pagi
Tempat: SK Bukit Bandaraya, KL
Sasaran : 12 Orang Murid Prasekolah SKBB,KL
Penglibatan : 15 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. ⁠Pn Khoo Swee Ling
3. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid menguasai huruf vokal melalui pelaksanaan aktiviti menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang sistematik dan menyeronokkan sesuai dengan tahap perkembangan mereka. 
2. Meningkatkan minat dan pelibatan murid secara aktif terhadap pembelajaran literasi bahasa menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. Melatih siswa guru secara praktikal melalui pelaksanaan langkah aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat menguasai bunyi huruf vokal dengan betul melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang menarik.
2. ⁠Murid menunjukkan penglibatan aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. ⁠Siswa guru mengendalikan PdP Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.A Siri 2 (Kit Bunyi) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR DEAR/ LiA SIRI 1 (PRA UJIAN)

Anjuran : Jabatan Sains Kemanusiaan (Unit Bahasa Inggeris) dengan kerjasama pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023 dan PPISMP Ambilan Ogos 2024.

Tarikh : 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : SK Bukit Bandaraya
Sasaran : 50 orang murid tahun 3

Penglibatan : 12 orang fasilitator Kumpulan Cendekia PISMP Ambilan Ogos 2023/2028 dan 3 orang fasilitator Kumpulan Dharma Ambilan Jun 2024/2029

Pensyarah Pengiring:
1. Kalai Selvi Tachinamutu
2. Dr. Thusha Devi Rajendra

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru

Objektif Utama Aktiviti (DEAR/LiA ) :
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
2. ⁠Meningkatkan kemahiran membaca secara bermakna dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
3. Meningkatkan penguasaan fonik bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3.
4. ⁠Memantapkan penggunaan visual dalam memahami dan menghayati teks pembacaan dalam kalangan murid tahun 3.

IMPAK PROGRAM :
1. Siswa guru akan dapat merancang aktiviti pembelajaran yang lebih berfokus dan spesifik mengikut keperluan setiap murid.
2. Data awal dari pra ujian ini akan menjadi penanda aras dalam mengetahui tahap kefasihan bahasa Inggeris.
3. ⁠Guru pelatih dapat membandingkan pencapaian murid di siri-siri akan datang dengan data awal ini untuk melihat kemajuan yang dicapai secara lebih objektif dan saintifik.
4. Murid-murid akan merasa lebih yakin dan bermotivasi untuk menguasai kemahiran membaca apabila aktiviti yang dirancang selari dengan tahap kebolehan mereka.

Program Sekolah Pengajar DEAR/LiA Siri 1 (Pra Ujian) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat asas untuk persediaan ke arah fasa awal pelaksanaan DEAR/LiA yang seterusnya.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Program Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 2
📅 Tarikh: 16 Jun - 24 Jun 2025
⏰ Masa: 7.45 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki IPGM Kampus Bahasa Melayu
📌 Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu

Latar Belakang & Objektif:
Program Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 2 merupakan kesinambungan daripada Fasa 1 yang menumpukan kepada penerapan nilai dan budaya positif dalam persekitaran sekolah. Program ini adalah untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai kerjaya seorang guru seperti kesihatan mental, cabaran dan peranan guru, laluan guru cemerlang, memberi pendedahan awal tentang pelindung dan pembela guru, meningkatkan kesedaran prinsip-prinsip kenegaraan, dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan pendidik. Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan sahsiah dan kecemerlangan intelektual.

Pelaksanaan:
✅ Program telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar IPG ambilan Jun 2021.
✅ Sesi ceramah menampilkan beberapa panel jemputan yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kerjaya seorang guru dalam dunia pendidikan masa kini.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT G-FRACTION SIRI 1 (PRAUJIAN)

Anjuran : Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan
Tarikh : 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : SK Bukit Bandaraya
Sasaran : 20 orang murid Tahun 4

Penglibatan : 4 Orang Siswa Guru Elektif Matematik (B1)

Pensyarah Pengiring:
1. M Vijayaletchumi A/P R Maniveloo

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Menilai tahap penguasaan awal murid terhadap konsep asas pecahan seperti pengangka, penyebut dan pecahan wajar, tidak wajar serta bercampur.
2. Mengenal pasti sejauh mana murid memahami dan melaksanakan operasi asas pecahan seperti penambahan pecahan.
3. Mengesan kelemahan murid dalam pengiraan pecahan melalui pelaksanaan praujian.
4. Menyediakan data sebagai asas kepada siswa guru untuk merancang dan menyesuaikan pengajaran pecahan mengikut keperluan individu murid bagi pelaksanaan program yang lebih berkesan pada minggu seterusnya.

IMPAK PROGRAM :
1. Siswa guru akan dapat merancang aktiviti pembelajaran pecahan yang lebih berfokus dan spesifik mengikut tahap penguasaan setiap murid.
2. Data awal daripada praujian pecahan ini akan menjadi penanda aras agar guru pelatih dapat merancang penggunaan kit G-Fraction dengan baik dan tersusun.
3. Memperkukuh keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi dan membina jalinan hubungan mesra serta positif antara siswa guru dan murid di SKBB.


Program Sekolah Pengajar Kit G-Fraction Siri 1 (Praujian) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat asas untuk persediaan ke arah fasa awal pelaksanaan yang seterusnya.
The Star-16.pdf
10.7 MB
The Star-26 Jun 2025
BeritaHarian-260625.pdf
11.6 MB
Berita Harian-26 Jun 2025
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU SIRI 2/2025 KUMPULAN DHARMA

Aktiviti:
1. Kawad Kaki
2. ⁠Pengenalan Pertahanan Awam
3. ⁠Asas Menyelamat
4. Asas Pertolongan Cemas, CPR & Chocking
6. Asas Melawan Kebakaran

Anjuran: Kor SISPA, IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh: 28 - 29 Jun 2025 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 7:00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Dewan Zaa’ba & Bulatan Dato’ Lokman Musa
Sasaran: Kor SISPA Kumpulan Dharma
Penglibatan: 33 orang siswa guru Kumpulan Dharma, IPG Kampus Bahasa Melayu

Pensyarah Penasihat :
1. Puan Nuridah binti Mohammad Isa
2. ⁠Puan Zuhaida binti Zainal Abidin

Nama Pegawai APM Sentul
1. Puan Haliza bt Hamid Lt. (PA)
2. ⁠Muhammad Mahadi bin Ramli (SJN)
3. Mohamad Muhaimin bin Ab Hamid (KOP)
4. Muhammad Naqiuddin bin Mohd Firdaus (PBT)

Objektif Program:
1. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kepatuhan kepada arahan melalui pengalaman formasi kawad kaki yang memerlukan ketepatan, kerjasama dan tumpuan sepenuhnya.
2. ⁠Memperkenalkan pengetahuan asas, sejarah dan fungsi APM.
3. ⁠Mendedahkan peserta kepada kemahiran asas menyelamat melalui penguasaan teknik ikatan asas dan kaedah mengendali mangsa.
4. ⁠Memberi pendedahan asas kepada teknik pertolongan cemas dan CPR bagi situasi kecemasan di lapangan.
5. ⁠Memberi pendedahan kepada peserta tentang prosedur keselamatan kebakaran.

Impak Program:
1. Aktiviti kawad selama 2 hari dapat menekankan nilai kesetiaan dan tanggungjawab semangat cinta akan negara serta memperkukuhkan identiti sebagai warganegara.
2. ⁠Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman peserta terhadap tanggungjawab sebagai anggota APM.
3. ⁠Peserta dapat menguasai jenis-jenis ikatan asas dan memahami aplikasinya dalam situasi penyelamatan sebenar.
4. ⁠Anggota berjaya menguasai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis kecederaan, kaedah rawatan awal serta tindakan segera yang perlu diambil.
5. ⁠Meningkatkan kesedaran peserta terhadap langkah keselamatan dan tindakan semasa kebakaran.

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU SIRI 2/2025 KUMPULAN DHARMA ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak APM Sentul, pensyarah penasihat Kor SISPA, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu serta siswa guru dari Kumpulan Dharma yang terlibat.