IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM sedang menilai keberkesanan aktiviti HIP di 27 IPG di seluruh Malaysia. IPGKBM kini berada di band 4 (tertinggi), dan diharapkan kita dapat mengekalkan prestasi cemerlang tersebut pada tahun ini.
Di antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Pembacaan surat-khabar digital dan Readers’ Digest dalam kalangan pelajar, pensyarah dan staf.
2. Bengkel Visual Literacy dan penghasilan BBM Bahasa Inggeris untuk Program Sekolah Pengajar.
4. Bengkel Poetry Reading
5. Penglibatan pelajar dalam pertandingan inovasi dalam bahasa Inggeris.
9. Program Sekolah Pengajar (DEAR/LiA) di SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
10. Program Cakna Bahasa Inggeris - Pidato/ nyanyian/ story telling dalam Bahasa Inggeris 3 minit semasa perhimpunan dan hari Rabu- 10 penyertaan para pelajar IPGM KBM.
11. Penglibatan pelajar dan pensyarah dalam penulisan sajak ( poem) untuk buku 'Painted Memories'.
12. Penubuhan Bilik MBMMBI
13. Pelaksanaan Program Virtual Exchange and Global Learning

Oleh yang demikian, mohon warga KBM untuk mengisi borang penilaian HIP (High Immersive Programme) melalui pautan yang disertakan sebelum 31 Julai 2025.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Pautan untuk pelajar:
https://forms.gle/kombSgKoKf1Y6meV9

Pautan untuk pensyarah:
https://forms.gle/sjRrxYeMRkBidmCE6

Pautan untuk staf dan komuniti:
https://forms.gle/u4QJBdwjTJjkgVDx9

Pautan untuk Pengurusan Tertinggi:
https://forms.gle/H5wNFAZotp2zrj7Z6

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

SEKALUNG TAHNIAH 🏆🔥

Keringat dibayar dengan kejayaan!
Tahniah buat semua atlet IPG Kampus Bahasa Melayu atas pencapaian hebat di Kejohanan Sukan & Permainan MSIPGM Zon Tengah 2025!

🥇 2 Emas
🥈 1 Perak
🥉 1 Gangsa

Terus harumkan nama kampus. Ini baru permulaan — yang lebih besar menanti! Terus mara, terus mencipta sejarah!

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
______________
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 4 (KIT CANTUM)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 8 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
Sasaran : 12 orang murid Prasekolah SK Bukit Bandaraya
Penglibatan : 15 orang siswa guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn Nuridah binti Mohammad Isa
2. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki
3. ⁠Pn Ellie Esterina binti Mohd Fasiah
4. Dr. Mastura binti Halim
5. Pn Radziah binti Mokhtar

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid menguasai kemahiran mencantum huruf untuk membentuk suku kata terbuka melalui aktiviti yang menyeronokkan menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Cantum).
2. ⁠Meningkatkan minat dan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran literasi awal melalui pendekatan manipulatif dan berstruktur yang ditawarkan oleh Kit B.A.C.E (Kit Cantum).
3. ⁠Melatih siswa guru secara praktikal dalam melaksanakan aktiviti mencantum huruf kepada suku kata terbuka menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Cantum) sebagai persediaan menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka dengan betul melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Cantum) yang menarik.
2. ⁠Murid menunjukkan penglibatan aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Cantum).
3. ⁠Siswa guru mengendalikan PdP Kit B.A.C.E (Kit Cantum) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.E Siri 4 (Kit Cantum) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia Madani
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT MOLIB BINTANG SIRI 1
Anjuran : Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa

Tarikh: 8 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi – 11.45 pagi
Tempat: SK Bangsar, Kuala Lumpur
Sasaran: 45 orang murid Tahap 2 (Tahun 4 dan 5) yang gagal UASA Bahasa Melayu
Penglibatan: 16 orang siswa guru Bahasa Melayu (D1)

Pensyarah Pengiring:
1.Encik Abdul Hafiz bin Seman @ Kamarulzaman
2.Dr Ruslan bin Abdullah
3.Puan Sabariah binti Yakob

OBJEKTIF PROGRAM:
1.Meningkatkan literasi Bahasa Melayu murid tahap 2 dalam kemahiran membaca, menulis dan memahami teks.
2.Melaksanakan intervensi berfokus melalui kelas kecil, teknik pembelajaran aktif dan bimbingan terancang.
3.Meningkatkan keputusan UASA, sekurang-kurangnya 30% murid daripada 45 orang mencapai gred D atau lebih baik.
4.Memperkasa guru pembimbing dengan kaedah PdP berbeza dan kreatif untuk literasi.

PELAKSANAAN PROGRAM:
Program ini dijalankan dalam bentuk kelas literasi mikro, melibatkan 45 orang murid yang dibahagikan kepada kumpulan kecil 5-6 orang setiap kumpulan. Siswa guru bertindak sebagai fasilitator manakala guru Bahasa Melayu sekolah sebagai pemantau.

✅ Aktiviti dijalankan:
1.Latihan menulis huruf "b,d,p" sebagai ujian diagnostik murid
2.Latihan menulis suku kata pendek
3.Latihan menulis perkataan dan ayat mudah
4.Aktiviti gerakan berirama bagi menarik minat murid

✅ Pendekatan:
1.Kelas kecil & berfokuskan individu
2.Pembelajaran aktif & menyeronokkan
3.Refleksi harian oleh guru pembimbing

IMPAK PROGRAM:
💡 Peningkatan Keberhasilan Akademik:
Hasil pemerhatian awal, 30% murid yang disasarkan menunjukkan kefahaman lebih baik dan mampu membaca serta menulis ayat mudah.
💡 Kemajuan Literasi Asas:
Murid lebih lancar membaca ayat mudah, mengenal kosa kata baharu dan mula berani menulis ayat sendiri.
💡 Pengurangan Jurang Prestasi:
Murid sederhana dan lemah lebih yakin dan berani mencuba, dilihat semakin mendekati tahap rakan sebaya.
💡 Peningkatan Keyakinan:
Murid lebih bersemangat, menunjukkan minat untuk hadir kelas literasi seterusnya dan tidak lagi pasif dalam kelas.

RUMUSAN
Program Sekolah Pengajar MoLIB BINTANG Fasa 1 ini berjaya dilaksanakan dengan baik hasil kolaborasi erat antara pihak sekolah, pensyarah IPGK Bahasa Melayu, siswa guru dan guru pembimbing. Program ini menjadi asas penting kepada pelaksanaan intervensi penuh literasi dalam fasa seterusnya, selaras dengan matlamat MoLIB untuk memperkukuh literasi murid sekolah rendah secara sistematik dan menyeluruh.

CADANGAN UNTUK FASA SETERUSNYA:
🌟 Melanjutkan sesi kepada 3-5 kali intervensi untuk impak lebih konsisten
🌟 Menyediakan modul bahan bantu mengajar standard MoLIB untuk kelas kecil
🌟 Libatkan ibu bapa melalui bengkel mini literasi di rumah
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR (BATU BATA) SIRI 1 DI SK BANGSAR

Anjuran : Jabatan Persuratan Melayu (JPsM)
Tarikh : 8 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 9:45 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat : SK Bangsar
Sasaran : 31 orang murid Tahun 6 Firus
 
Penglibatan : 24 Orang Siswa Guru Bahasa Melayu kelas Dharma 2

Pensyarah Pengiring:
1. Dr. Azman bin Rahmat
2. Dr. Wan Norlidza binti Wan Mohd Zain
3. Puan Siti Zaiton binti Alias
4. Encik Zulfadli bin Zainal Abidin

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan bercerita dalam kalangan murid Tahun 6 Firus melalui pendekatan aktiviti interaktif dan berpusatkan murid.

2. Membina keyakinan dan kelancaran murid dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan menggunakan bahasa yang santun dan berkesan.

3. Mewujudkan hubungan kolaboratif antara IPG Kampus Bahasa Melayu dan pihak SK Bangsar dalam usaha memperkukuh literasi bahasa Melayu sebagai asas kejayaan akademik.

IMPAK PROGRAM:

1. Murid dapat mempertingkatkan tahap kemahiran membaca, menulis dan bercerita secara menyeronokkan, sekali gus membantu persediaan mereka menghadapi pentaksiran.

2. Murid menunjukkan peningkatan keyakinan untuk mengekspresikan diri dalam bentuk lisan dan penulisan serta berani mencuba menggunakan kosa kata baharu.

3. Siswa guru memperoleh pengalaman autentik dalam merancang dan melaksanakan intervensi PdP secara berfokus berdasarkan pemerhatian dan keperluan sebenar murid.

Program Sekolah Pengajar BATU BATA Siri 1 ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah, pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat asas untuk persediaan ke arah fasa  pelaksanaan BATU BATA yang seterusnya.
The Star-17.pdf
10.6 MB
The Star-11 Julai 2025
Sinar Harian.pdf
8.8 MB
Sinar Harian 11 Julai 2025
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR (DEAR/LiA) - Siri 3

Anjuran: Jabatan Sains Kemanusiaan (Unit Bahasa Inggeris) dengan kerjasama pelajar PISMP Ambilan Ogos 2023 dan PPISMP Ambilan Ogos 2024

Tarikh: 15 Julai 2025 (Selasa)
Masa: 11:00-12.30 tengah hari
Tempat: SK Bukit Bandaraya
Sasaran: 30 orang murid tahun 3

Penglibatan: 12 orang fasilitator Kumpulan Cendekia PISMP Ambilan Ogos 2023/2028 dan 3 orang fasilitator kumpulan Dharma Ambilan Ogos 2024/2029

Pensyarah Terlibat:
1. Pn. Kalai Selvi Tachinamutu
2. Cik Afifah binti Arifin

Objektif Sekolah Pengajar:
1. Menyemarakkan nyala rasa guru dalam kalangan pensyarah dan siswa guru.
2. ⁠Membawa apa-apa inisiatif KPM/IPGM/IPGMK di sekolah dan bilik darjah.
3. ⁠Merealisasikan IPGM/IPGMK sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia Pusat Kecemerlangan Guru

Objektif Utama Aktiviti (DEAR/LiA ) :
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan sekolah rendah.
2. ⁠Meningkatkan kemahiran membaca secara bermakna dalam kalangan murid sekolah rendah.
3. Meningkatkan penguasaan fonik bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun 3
4. ⁠Memantapkan penggunaan visual dalam memahami dan menghayati teks pembacaan dalam kalangan murid tahun 3

Impak Program (Siri 3):
1.Murid dapat menyebut bunyi huruf fonetik dengan betul.

2.Murid dapat menyebut perkataan bahasa Inggeris yang biasa dalam kehidupan seharian melalui aktiviti "Sight Word".

3.Murid dapat menyebut dan menyusun ayat dalam bahasa Inggeris.

4.Murid boleh menyebut perkataan berdasarkan kit yang diberikan iaitu Kit DEAR/LiA iaitu "Big Book".

Program Sekolah Pengajar DEAR/LiA ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan pensyarah IPGKBM serta siswa guru yang terlibat.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia