IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Bengkel Kerja Profesionalisme Pedagogi Bahasa Melayu
Zon Tengah di bawah MBMMBI
(Pengupayaam Intervensi Guru Bahasa Melayu :
Intervensi Berfokus dan Terbeza)


Tarikh : 07.08.2025 (Khamis)
Tempat : Dewan Anggerik, IPGKBM.
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang

Anjuran JPBM bersama PPD Hulu Selangor, Klang,Kuala Langat, Petaling Perdana, Petaling Utama dan Sepang.

Objektif Bengkel:
1. Meningkatkan penguasaan guru Bahasa Melayu dalam strategi Pedagogi Terbeza terkini bagi pengajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan.
- Memberi tumpuan kepada kemahiran pedagogi abad ke-21, penggunaan teknologi pendidikan, dan pendekatan pengajaran yang pelbagai.
2. Memantapkan kemahiran guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang kreatif, menyeronokkan dan berpusatkan murid.
- Fokus kepada perancangan RPH, penggunaan bahan bantu mengajar yang inovatif serta teknik penyoalan yang mendorong pemikiran kritis.

Impak Bengkel:
1. Guru lebih yakin dan kompeten dalam melaksanakan PdP Bahasa Melayu yang interaktif dan efektif : Meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Membentuk komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam kalangan guru Bahasa Melayu untuk berkongsi amalan terbaik secara berterusan : Memberi kesan jangka panjang terhadap peningkatan kualiti PdP Bahasa Melayu di sekolah.
3. Penggunaan bahan bantu mengajar yang lebih inovatif dan relevan dengan keperluan semasa murid : Guru dapat menghasilkan atau memilih bahan yang lebih menarik dan sesuai dengan tahap penguasaan murid, termasuk penggunaan teknologi digital dan multimedia.
4. Peningkatan kesedaran dan kefahaman guru terhadap kepelbagaian gaya pembelajaran murid : Guru lebih peka dalam merancang PdP yang bersifat inklusif dan mampu memenuhi keperluan murid berbeza latar belakang dan keupayaan.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KIBAR JALUR GEMILANG 2025 YANG DISEMPURNAKAN OLEH YB DATUK FAHMI FADZIL PADA 16 OGOS 2025 ANJURAN JABATAN PENERANGAN KL DAN WP PUTRAJAYA DENGAN KERJASAMA IPGKBM.

TURUT HADIR BERSAMA TKSU KPKD, KETUA PENGARAH KPKD, PENGARAH JAPEN, PENGARAH MCMC, PENGARAH IPGKBM DAN KETUA KOMUNITI SEKITAR KUALA LUMPUR SERTA PARA PELAJAR PISMP IPGKBM AMBILAN OGOS 2025.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🎉🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN IPGKBM 2025 🇲🇾🎉

Jabatan Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Sekteriat Rukun Negara IPG Kampus Bahasa Melayu akan melaksanakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan IPGKBM 2025 yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

📆 Tarikh : 19 Ogos 2025 (Selasa)
🕢 Masa : 7.30 pagi
📍 Tempat : Dataran Bulatan hadapan Menara IPGKBM
📌 Kehadiran : 7.30 pagi

🏫Semua warga IPGKBM digalakkan untuk memakai pakaian sukan mengikut warna bendera Malaysia

‼️Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi semua pelajar IPGKBM dan DIGALAKKAN untuk membawa bendera MALAYSIA sendiri

📣Ayuh sama-sama kita menjayakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan IPGKBM 2025 dengan semangat patriotisme!

Sekian, Salam Merdeka🇲🇾🇲🇾🇲🇾

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanBertarafDunia
—————————————————
JABATAN SAINS KEMANUSIAAN DENGAN KERJASAMA SRN IPGKBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL DRAMA DALAM PENDIDIKAN UNTUK GURU-GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAERAH KENINGAU, TAMBUNAN, TENOM, DAN PENSIANGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2025

🗓Tarikh: 13- 15 Ogos 2025
🏫Tempat:IPG KAMPUS KENINGAU
🗣Anjuran: Jabatan Persuratan Melayu (JPsM)

🎯Objektif:
i. Meningkatkan kompetensi guru dalam mengintegrasikan elemen drama sebagai pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
ii. Membina keyakinan guru untuk mengaplikasikan drama sebagai medium meningkatkan kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca, menulis)
iii. Memberikan pendedahan teknik drama dalam pendidikan Bahasa Melayu di dalam kelas.
iv. Menyemai minat dan kreativiti guru dalam melaksanakan aktiviti berunsurkan seni persembahan supaya PdP lebih menyeronokkan, bermakna, dan efektif.

Impak:
1. Meningkatkan pengetahuan pedagogi guru dengan memperoleh kemahiran baharu dalam teknik didik hibur melalui drama
2. Meningkatkan motivasi dan keyakinan guru untuk mencuba pendekatan kreatif walaupun dengan sumber terhad di kawasan pedalaman
3. Guru mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pengajaran tradisional
4. Meningkatkan kemahiran komunikasi apabila guru dapat mengasah keterampilan berkomunikasi, memimpin dan memberikan arahan semasa mengendalikan aktiviti drama

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hebahan: Penyertaan Pertandingan e-Resensi dan e-Pemugaran Bahasa

Untuk makluman IPG KBM adalah pengelola Pertandingan Lagu Rakyat bagi lepasan menengah.