IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM AI READY ASEAN DAN LAWATAN RASMI GOOGLE.ORG DAN ASEAN FOUNDATION KE MALAYSIA

Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Semua pensyarah dijemput hadir.
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM GEMILANG BAHASA MELAYU
SHOWCASE SEKOLAH PENGAJAR


"Transformasi Pengajaran, Inspirasi Masa Depan"

Tarikh: 24 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Pautan Buku Program: https://anyflip.com/ccgni/utrg/

Kehadiran wajib bagi Kumpulan Pelajar Cendikia.
Semua pensyarah dijemput hadir.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

KEMAS KINI VIDEO LAGU IPGM

Pautan untuk muat turun Logo-logo Rasmi (KPM, Malaysia MADANI, IPGM dan IPG KBM), video dan Lagu Rasmi IPGM/IPG KBM dan Teks Doa: https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Sekian, terima kasih
JK Komunikasi Korporat IPG Kampus Bahasa Melayu
Tarikh Kemas Kini: 22 Oktober 2025
BH-221025 (1).pdf
9.7 MB
BH-22 Oktober 2025
NST-221025.pdf
10.1 MB
NST-22 Oktober 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Salam Malaysia MADANI.
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

PROGRAM GEMILANG BAHASA MELAYU (SHOWCASE) SEKOLAH PENGAJAR IPGKBM 2025

Anjuran : Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) dan Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)
Tarikh : 24 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Sasaran : Guru besar dan guru-guru sekolah pengajar, pensyarah, siswa guru serta murid-murid sekolah pengajar IPGKBM

Penglibatan : Pensyarah dan siswa guru IPGKBM

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Melatih siswa guru dan pensyarah meningkatkan amalan pedagogi serta pengalaman kontekstual dalam aspek kurikulum dan kokurikulum.

2. Mengenal pasti serta membantu menyelesaikan isu terutama berkaitan keterampilan berbahasa dan cabaran pendidikan setempat ke arah kemenjadian murid dan siswa guru.

3. Merealisasikan hala tuju Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan.

4. Menjadi wadah perkongsian amalan terbaik dan inovasi PdP antara sekolah pengajar dan IPGKBM.

IMPAK PROGRAM :
1. Menerima pendedahan dan demonstrasi inovasi PdP (seperti kit mengajar dan kaedah pedagogi baharu) yang telah diuji keberkesanannya di Sekolah Pengajar. Guru-guru dapat menyerap idea baharu ini untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing.

2. Siswa guru berpeluang untuk melihat dan menilai hasil kerja serta inovasi rakan sebaya dan pensyarah, sekali gus merangsang kreativiti serta memperkaya perbendaharaan idea pengajaran mereka.

3. Memberi pengiktirafan rasmi terhadap usaha, penyelidikan dan inovasi yang dijalankan oleh pensyarah dan siswa guru. Hal ini meningkatkan motivasi dan semangat profesional untuk terus menghasilkan amalan terbaik.

4. Membolehkan pegawai-pegawai IPGM, JPWP KL dan PPD menilai kualiti serta impak program Sekolah Pengajar secara langsung bagi membuat keputusan dasar dan peruntukan program pada masa hadapan.

5. Menyediakan platform rasmi untuk dialog dan interaksi bersemuka antara Pegawai IPGM, JPWP KL, PPD, guru besar, pensyarah, pegawai-pegawai yang terlibat untuk memperkukuh jalinan kerjasama dalam pembangunan pendidikan kolaboratif.

6. Pengalaman murid menjadi sebahagian daripada acara besar seperti showcase meningkatkan motivasi intrinsik mereka terhadap mata pelajaran serta menambah semangat untuk terus belajar.

Program Gemilang Bahasa Melayu (Showcase) Sekolah Pengajar IPGKBM 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat antara pihak IPGKBM, sekolah pengajar, serta semua pensyarah dan siswa guru yang terlibat. Penganjuran program ini bukan sahaja memperkukuh jalinan profesional antara warga IPGKBM dan sekolah pengajar, malah menjadi platform penting untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai wahana utama dalam sistem pendidikan negara.
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

🏃‍♂️ KEJOHANAN TREK & PADANG 2025 🏃‍♀️

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Acara kemuncak yang dinanti saban tahun kini membuka tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan perpaduan warga kampus. Sorakan, peluh dan usaha kini bersatu di bawah semangat #KebersamaanPerpaduan.

Ayuh semua warga IPGKBM, beri sokongan padu kepada atlet rumah sukan masing-masing dan saksikan rumah sukan mana yang bakal menjulang kejuaraan tahun ini! 🔥🏅

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
__
Jawa
tankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

BUKU PROGRAM KOT IPGKBM 2025

Dimaklumkan bahawa Buku Program KOT IPG Kampus Bahasa Melayu 2025 kini boleh diakses secara dalam talian. Buku program ini mengandungi maklumat lengkap berkaitan perjalanan kejohanan, senarai acara serta penglibatan warga kampus dalam memeriahkan sukan tahunan ini.

Orang ramai boleh merujuk buku program melalui pautan berikut:
🔗 https://anyflip.com/zlehz/qljy/

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
__________
JPP Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📸 LENSA KEJOHANAN TREK & PADANG 2025

Rakaman sepanjang kejohanan kini boleh diakses melalui pautan Google Drive di bawah.
🔗 https://drive.google.com/drive/folders/13Zb-K5O02bLRuT8cpQ_OjnP00qKRxOf_

Waris L.E.S.T.A.R.I. Destar Bahasa
__
JPP
Sesi 2025/2026
IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

JADUAL WAKTU PDPP MAJOR BAHASA MELAYU (AMBILAN NOV 2025)

Jadual Waktu boleh disemak di laman rasmi IPG KBM:
https://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/bm/capaian/warga-ipgkbm/makluman-dan-hebahan-warga/jadual-waktu-pdpp-major-bahasa-melayu-ambilan-nov-2025

Sekian, terima kasih.
PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN HUSSEIN ONN 2025
Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA SK TUN HUSSEIN ONN 2025

Anjuran: SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur

Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Tempat: Padang SK Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur

Pelajar terlibat:
1. Aina Khayra Zulfa binti Mohd Fadzli (D7)
2. ⁠Nur Izni Syifa binti Azman (D7)
3. Irdina Faqihah binti Kamaruzaman (D7)
4. Ayuni Mardhiah binti Rusdi (D7)
5. Nur Farah Yasmin binti Yasin (D7)
6. ⁠Musyirah Nafeesa binti Mustapa (D7)

Objektif Program :
1. Meningkatkan pelibatan siswa guru IPG dalam aktiviti sukarelawan dan khidmat bakti kepada komuniti dan masyarakat.
2. ⁠Memberi pengalaman lapangan sebenar kepada bakal guru melalui tugasan sukarelawan dalam konteks aktiviti kokurikulum.
3. ⁠Membantu urusan logistik, pemantauan peserta, dan keselamatan sepanjang program berlangsung.

Impak Program :
1. Meningkatkan kecekapan dan keyakinan siswa guru melalui interaksi dengan warga sekolah.
2. Memperkukuh jalinan kolaborasi dan hubungan strategik antara sekolah dan IPG dalam aktiviti berunsur pendidikan dan latihan di lapangan.
3. ⁠Memupuk budaya kesukarelawanan sebagai sebahagian daripada identiti profesional guru masa depan.

Program Khidmat Sukarelawan ini berperanan penting dalam membina sahsiah dan profesionalisme siswa guru IPG melalui pengalaman sebenar di lapangan. Program khidmat bakti sukarelawan ini juga membawa impak positif terhadap pembangunan pelajar sebagai guru yang berjiwa sukarelawan dan agen perubahan masyarakat.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
RAKAN KERJASAMA SEMPENA KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MURID PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
RAKAN KERJASAMA SEMPENA KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MURID PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025