IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

MAJLIS PEMBUBARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026

Tarikh: 13 Januari 2026 (Selasa)
Masa: 4.45 petang - 6.30 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPGKBM

OBJEKTIF PROGRAM:

1. Merasmikan pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026 sebagai penutup rasmi kepada pelaksanaan amanah kepimpinan sepanjang sesi tersebut.

2. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan, komitmen serta khidmat bakti semua ahli JPP dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan mahasiswa institut.

3. Menyemai nilai kepimpinan beretika, akauntabiliti dan muhasabah diri dalam kalangan barisan kepimpinan pelajar sebagai persediaan menghadapi peranan seterusnya.

IMPAK PROGRAM:

1. Majlis ini menjadi simbol penyempurnaan amanah kepimpinan JPP Sesi 2025/2026 serta melambangkan transisi kepimpinan yang teratur dan berhemah.

2. Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dapat melakukan refleksi kendiri terhadap pengalaman kepimpinan yang dilalui, sekali gus memperkukuh jati diri dan kematangan dalam membuat keputusan.

3. Hubungan silaturahim dalam kalangan barisan kepimpinan pelajar dan pihak pengurusan institut terus diperkukuh melalui penghargaan dan penutupan sesi yang penuh bermakna.

Semoga Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026 ini menjadi titik penutup yang baik kepada satu perjalanan kepimpinan yang penuh dedikasi, serta menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPGKBM Sesi 2025/2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2026

Tarikh: 29 Januari 2026, Khamis
Masa: 11.15 tengah hari - 1.30 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki
Anjuran: JIP dan JPAKK
Kehadiran: Semua warga IPGKBM

Objektif:
1. Menanamkan rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar selaras dengan tema "Alam Terpelihara, Negara MADANI Sejahtera"
2. Memperkukuh jalinan kerjasama antara IPGKBM dengan rakan kolaboratif, WWF-Malaysia melalui perkongsian kepakaran (Slot Ceramah JomPACT!)

Impak:
1. Mendapat pendedahan langsung mengenai isu plastik dan pemeliharaan alam sekitar.
2. ⁠IPGKBM dilihat sebagai institusi yang progresif dan menyahut cabaran Sustainable Development Goals (SDG), sekaligus meletakkan kampus pada peta kecemerlangan yang setaraf dengan piawaian global.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
E-Buletin Jan 2026.pdf
3.3 MB
E- Buletin IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

HEBAHAN: Video Lagu Negaraku Terkini (Suntingan 1 Februari 2026)

Dimaklumkan bahawa, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah membuat pindaan kepada video Lagu Negaraku berkuat kuasa untuk siaran dan kegunaan rasmi mulai 1 Februari 2026 (Hebahan melalui Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan). Pautan video adalah seperti berikut:
⭕https://tinyurl.com/NEGARAKU-OFFICIAL-1-FEB-2026

Pautan untuk muat turun Logo-logo Rasmi (KPM, Malaysia MADANI, IPGM dan IPG KBM), video dan Lagu Rasmi IPGM/IPG KBM dan Teks Doa:
⭕https://drive.google.com/drive/folders/1m7UKvqh85fvhLBkWz2AESMupkVMcr15n

Penggunaan lagu rasmi IPG Kampus Bahasa Melayu (Lagu Institut Bahasa) hanya dibenarkan untuk majlis rasmi yang tidak melibatkan pihak luar sahaja (majlis dalaman kampus).

Sekian, terima kasih
JK Komunikasi Korporat IPG Kampus Bahasa Melayu
5 Februari 2026
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KAMPUS IPG KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 2026/2027

Tarikh: 6 Februari 2026 (Jumaat)
Masa: 3:00 petang
Pautan: https://youtu.be/xXp_0cDY2_E

Sekian, terima kasih
Sekretariat Pilihan Raya Kampus 2026
APRESIASI BUAT WARGA IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam Pilihan Raya Kampus pada 5 Februari 2026 yang lalu.

Sesungguhnya, mandat bagi sesi 2026/2027 ini merupakan satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan dengan penuh integriti dan dedikasi demi kesejahteraan warga kampus.

Video Apresiasi Buat Warga IPG KBM :
https://www.instagram.com/reel/DUh15vXkhB8/?igsh=M3B2MXJnYmhzYnk0

Doakan kecemerlangan!
سيروا على بركة الله
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM
Lawatan Akademik Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Persatuan Guru Republik Indonesia Semarang, Indonesia

🗓️Tarikh: 12 Februari 2026
📜Hari: Khamis
⏰Masa: 9.00-11.00 pagi
🏢Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya IPGKBM
📖 Buku Program : https://heyzine.com/flip-book/e40913bd7d.html

Kelolaan:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF:
1. Mengukuhkan jaringan akademik serumpun Malaysia–Indonesia antara IPGKBM dan UPGRIS.
2. Memperkasa kapasiti pedagogi melalui perkongsian KPPB dan amalan terbaik pengajaran.
3. Memperkaya kefahaman silang budaya pendidikan melalui pendedahan kepada budaya Jawa dan amalan UPGRIS.

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
PERKARA : BICARA DISIPLIN: AMARAN KESELAMATAN DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2026/2027 IPG Kampus Bahasa Melayu bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu akan menganjurkan:

BICARA DISIPLIN: “AMARAN KESELAMATAN DI MEDIA SOSIAL”

🗓 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar tentang ancaman keselamatan di media sosial serta kepentingan disiplin dalam penggunaan platform digital.

Sehubungan itu, semua pelajar DIWAJIBKAN hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.
🏷 Kedudukan Kohort:
• Kohort E : Aras 2
• Kohort B, C, D & PDPP: Aras 3

Teruskan kecemerlangan!
سيروا على بركة الله
PERKARA : MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2026/2027 IPG Kampus Bahasa Melayu akan menganjurkan:

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT”

🗓 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Surau At-Taqwa

Program ini bertujuan untuk mendoakan barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 agar dipermudahkan segala urusan sepanjang berkhidmat di kampus.

Sehubungan itu, semua pelajar DIJEMPUT hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.

📍Jamuan makan disediakan

Teruskan kecemerlangan!
سيروا على بركة الله
PERKARA : TERIMA KASIH & SELAMAT BERSARA, ENCIK ZULKARNAIN BIN HASSAN

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) & Seluruh Warga IPGK Bahasa Melayu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat:

Encik Zulkarnain bin Hassan
Penolong Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Terima kasih atas segala jasa bakti, ilmu dan bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di IPGK Bahasa Melayu. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan tuan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Jazakallahu Khairan Kathira. Selamat menempuh alam persaraan dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا lعلى بركة الله