IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM
Lawatan Akademik Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Persatuan Guru Republik Indonesia Semarang, Indonesia


🗓️Tarikh: 12 Februari 2026
📜Hari: Khamis
⏰Masa: 9.00-11.00 pagi
🏢Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya IPGKBM
📖 Buku Program : https://heyzine.com/flip-book/e40913bd7d.html

Kelolaan:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

OBJEKTIF:
1. Mengukuhkan jaringan akademik serumpun Malaysia–Indonesia antara IPGKBM dan UPGRIS.
2. Meningkatkan kapasiti pedagogi pensyarah IPGKBM melalui perkongsian KPPB dan amalan terbaik pengajaran.
3. Memperkaya kefahaman silang budaya pendidikan melalui pendedahan kepada budaya Jawa dan amalan UPGRIS.

IMPAK:
1. Pelantikan rakan akademik UPGRIS sebagai editor jemputan dan reviewer jurnal IPGKBM bagi meningkatkan kualiti penyaringan artikel.
2. Pengukuhan standard akademik dan peningkatan kebolehindeksan (index visibility) jurnal IPGKBM di peringkat serantau dan antarabangsa.
3. Pelaksanaan projek penyelidikan kolaboratif yang melibatkan pensyarah kedua-dua institusi
4. Pelibatan pensyarah UPGRIS sebagai penceramah jemputan dalam kursus yang bersesuaian.
5. Perkongsian kepakaran pedagogi, inovasi pendidikan dan amalan terbaik yang menyumbang kepada peningkatan profesionalisme pensyarah IPGKBM.
6. Persembahan akademik bersama antara pelajar IPGKBM dan pelajar UPGRIS.
7. Pelaksanaan projek kolaboratif rentas negara yang mengintegrasikan elemen pedagogi, budaya dan inovasi pendidikan.
#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
PERKARA : UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2026

Seperti Yee Sang yang digaul sebati dengan pelbagai bahan yang berwarna-warni, begitulah indahnya struktur masyarakat di negara kita. Setiap perbezaan budaya dan latar belakang bukanlah satu jurang, sebaliknya adalah ramuan unik yang menyatukan kita dalam sebuah institusi yang harmoni.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2026 kepada semua warga IPG KBM yang meraikannya.

> Mari kita ambil peluang ini untuk :
> Mengeratkan silaturahim dengan meraikan perbezaan dengan hati yang terbuka dan semangat kekeluargaan.
> Menghargai budaya dengan memahami dan menghormati tradisi yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
> Memperkukuh perpaduan dengan memastikan kampus kita kekal menjadi contoh penyatuan pelbagai kaum.

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Cai
PERKARA : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KEMPEN TANPA TUNAI 2025 (YDN / PAYNET / IPGM)

JPP IPG Kampus Bahasa Melayu sesi 2025/2026 telah menghadiri Majlis Penutupan Program Kempen Tanpa Tunai 2025 yang dianjurkan oleh Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama PAYNET dan IPGM.

Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 10 Februari 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.00 Malam - 11.00 Malam
📍 Tempat: Hotel Royale Chulan, Damansara

Delegasi ini diiringi oleh Puan Norzeta binti Erham (Pensyarah Pengiring) bersama barisan kepimpinan pelajar:
1. Nor Adam Yusof bin Nor Ariff
2. Khadeeja Sufiyah binti Mohamad Akbar

Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri dan disempurnakan oleh *Ketua / Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia* serta Rektor IPGM. Antara pengisian utama majlis termasuklah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sesi libat urus bersama tetamu kehormat.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا على بركة الله
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PERKARA : BICARA DISIPLIN: AMARAN KESELAMATAN DI MEDIA SOSIAL

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2026/2027 IPG Kampus Bahasa Melayu bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu telah menganjurkan:

BICARA DISIPLIN: “AMARAN KESELAMATAN DI MEDIA SOSIAL”

🗓 Tarikh: 12 Februari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar tentang ancaman keselamatan di media sosial serta kepentingan disiplin dalam penggunaan platform digital.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا على بركة الله
PERKARA : SESI LIBAT URUS BERSAMA GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 telah menghadiri Sesi Libat Urus bersama Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 13 Februari 2026
📍 Tempat: Dewan Bunga Raya, Putra World Trade Centre (PWTC)

Delegasi ini diiringi oleh Puan Norzeta binti Erham (Pensyarah Pengiring) bersama barisan kepimpinan pelajar:
1. Muhammad Haziq bin Ab Malik
2. Nur Syazana binti Abdul Talib
3. Muhammad Brilliant Choy bin Iswan Choy

Semoga penglibatan ini dapat memperkasa suara pengguna dalam kalangan siswa dan memberi impak positif kepada seluruh warga kampus.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا lعلى بركة الله
[PROGRAM KESUKARELAAN "ZIARAH KASIH"]
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

[PROGRAM KESUKARELAAN "ZIARAH KASIH"]

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPG Kampus Bahasa Melayu telah memenuhi jemputan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) WPKL bagi menjayakan Program Kesukarelaan "Ziarah Kasih". Program ini merupakan kolaborasi strategik bersama Persatuan Pesara Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor
Anjuran: JPNIN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Persatuan Pesara JKM
Penglibatan: 40 orang Ahli Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPGKBM
Pensyarah Pengiring: Puan Tuminah binti Mespan (Pensyarah JSK & Pensyarah Penasihat SRN IPGKBM)

Matlamat & Aktiviti:
1.Khidmat Bakti Komuniti: Melaksanakan aktiviti grooming, mengemas bilik, dan membantu memberi makan kepada penghuni di dalam wad.
2.Interaksi Sosial: Membina hubungan akrab dengan penghuni melalui sesi berinteraksi, permainan dalaman (indoor games), dan aktiviti Chairobik.
3.Penghayatan Nilai Rukun Negara: Menyemai semangat kesukarelaan dan keprihatinan terhadap golongan warga emas selaras dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan.
4.Memperkukuh Integrasi: Meningkatkan kerjasama antara siswa guru dengan agensi luar dalam memupuk budaya perpaduan.

Semoga penglibatan ini dapat melahirkan siswa guru yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah memiliki empati yang tinggi terhadap masyarakat.


#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertaraf Dunia
#SiswaGuruMADANI
#SRNIPGKBM
#KementerianPerpaduan
#ZiarahKasih2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

[MAJLIS MEMPERINGATI ALMARHUM YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ]

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPG Kampus Bahasa Melayu telah menghadiri majlis peringatan tokoh negarawan ulung negara atas jemputan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Majlis ini bertujuan untuk menghayati legasi kepimpinan dan jasa Almarhum dalam pembinaan negara bangsa serta mengukuhkan semangat perpaduan nasional.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat: Muzium Negara, Kuala Lumpur
Anjuran: Kementerian Perpaduan Negara (Jemputan YSS)
Penglibatan: 40 orang Ahli Sekretariat Rukun Negara (SRN) IPGKBM
Pensyarah Pengiring: Puan Tuminah binti Mespan (Pensyarah JSK & Pensyarah Penasihat SRN IPGKBM)

Matlamat:

1.Memupuk semangat patriotisme dan jati diri yang tinggi dengan mengenang jasa Bapa Kemerdekaan negara.
2.Mengambil inspirasi daripada nilai kepimpinan dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam mengekalkan keharmonian kaum.
3.Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sejarah negara serta menyemai nilai-nilai Rukun Negara dalam sanubari siswa guru.
4.Memperkukuh perpaduan dan integrasi melalui kolaborasi strategik bersama agensi luar dan kementerian.

Semoga penglibatan ini dapat melahirkan warga IPGKBM yang lebih menghargai erti kemerdekaan dan kedaulatan negara.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#SiswaGuruMADANI
#SRNIPGKBM
#KementerianPerpaduan
PERKARA : UCAPAN SEMPENA RAMADAN MUBARAK 1447H

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

> "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah: 183)

Bulan yang penuh keberkatan kini kembali menemui kita. Marilah kita menyambut kedatangan Ramadan dengan tekad dan semangat untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Bahasa Melayu Sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak kepada seluruh warga kampus dan umat Islam di mana sahaja berada. Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita mendidik nafsu dan memperkukuh ukhuwah sesama kita.

Selamat beribadah!
سيروا lعلى بركة الله
PERKARA : UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA TIMBALAN PENGARAH IPGK BAHASA MELAYU

Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada :

YBRS. DR. GHAZALI BIN ISMAIL
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu. Kami mendoakan agar Dr. terus cemerlang dan diberikan kemudahan dalam memikul amanah baharu demi kecemerlangan pendidikan guru. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di IPG Kampus Bahasa Melayu.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا lعلى بركة الله
PERKARA : UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA TIMBALAN PENGARAH BAHARU IPGK BAHASA MELAYU

Seluruh warga IPG Kampus Bahasa Melayu merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

YBRS. DR. HJ. SALIME BIN AB. RAHMAN
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Kami mendoakan agar Dr. terus cemerlang dan diberikan kemudahan dalam memikul amanah baharu demi kecemerlangan pendidikan guru. Selamat Datang ke IPG Kampus Bahasa Melayu.

Teruskan kecemerlangan!
سيروا lعلى بركة الله