IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
120 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN INOVASI PINTAR BERTERASKAN KESELAMATAN: PEMACU GENERASI GENIUS YANG BERKUALITI

Anjuran: Guru Pelatih B9 Ambilan Ogos 2022/2027 dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
🗓️ Tarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7:30 pagi – 1:00 petang
📍 Tempat: Dewan Za’ba, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

🎯 Sasaran: 25 orang Siswa Guru Major Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kumpulan B9 dan Kanak-Kanak Prasekolah Bintang

Pensyarah :
1. Puan Nuridah binti Mohammad Isa
2. Puan Khoo Swee Ling

OBJEKTIF PROGRAM:
1.  Memberi peluang kepada murid prasekolah meneroka aktiviti interaktif dan demostrasi bahan bantu mengajar (BBM).
2.  Meningkatkan pengetahuan  siswa guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan pameran BBM secara terancang.
3.  Meningkatkan kesedaran siswa guru pelatih dan murid prasekolah tentang kepentingan amalan keselamatan termasuk Pendidikan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dan pengurusan kecemasan kebakaran.

IMPAK PROGRAM:
1.  Siswa guru dapat memperkukuh kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pendidikan.
2.  Siswa guru dapat meningkatkan pengalaman  dan kompetensi pedagogi menggunakan BBM digital dan maujud.
3.  Kanak-kanak prasekolah memperoleh kesedaran tentang keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan pengurusan kecemasan kebakaran.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan impak positif kepada siswa guru dan murid prasekolah dalam aspek inovasi pedagogi serta pengalaman pembelajaran bermakna secara berterusan.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL DAN INOVASI PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU BAGI ASAS PENDIDIKAN

Tarikh: 1-3 April 2026, Rabu-Jumaat
Tempat: SSTP Ipoh, Perak
Anjuran: Jabatan Ilmu Pendidikan

Objektif:
1. Menghasilkan artikel lengkap yang berpotensi untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak dan dibentangkan
2. ⁠Menghasilkan inovasi penyelidikan yang mampu memberikan impak positif kepada kualiti pendidikan

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
67de6e8f-a11b-48eb-8d46-89a523073ca4.jpg
154 KB
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Saksikan siaran langsung Peluncuran Majlis Pemimpin Murid Malaysia (MPMM) Kementerian Pendidikan Tahun 2026 Tekad Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 - 2035.

Tarikh: 7 April 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Siaran langsung menerusi saluran:
YouTube EduwebTV KPM: https://www.youtube.com/watch?v=e5g0beZ3tlE

Tahun Ini, Tahun Kita

Anjuran:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Makluman Penyelarasan Ucapan Salam IPG Kampus Bahasa Melayu

Sehubungan itu, semua warga IPG KBM adalah dimohon untuk menggunakan format ucapan salam ini dalam setiap majlis rasmi, ucapan, serta bahan komunikasi rasmi (hebahan dan laporan) berkuat kuasa serta-merta. Penambahan Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera adalah selaras dengan Visi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 - 2035.

Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
INFO IPG Kampus Bahasa Melayu
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

🌿 HIJAU ITU MENARIK !
♻️ Jom sertai Program ‘Gaya Hidup Lestari’ anjuran PPISMP E20 Pendidikan Awal Kanak-kanak ambilan Ogos 2025/2030 ♻️

Bawa bahan terpakai anda & jadikan bumi lebih hijau!
Seronok + bermanfaat + belajar kitar semula bersama kanak-kanak. 🌱

📅 Tarikh : 10 April 2026 | Jumaat (Pagi)
📍 Lokasi : Dewan Za’ba
♻️ Sumbangan yang Diterima : Kertas, Botol Plastik, Tin Aluminium, Majalah Lama, Minyak Masak Terpakai, E-Waste

✨ Langkah kecil anda = Perubahan besar untuk bumi!
Ayuh jadikan kitar semula sebagai amalan harian demi kesejahteraan bersama 😄💚
MAJLIS  PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026-2035 PERINGKAT IPGKBM
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS  PELUNCURAN RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026-2035 PERINGKAT IPGKBM

🗓️Tarikh: 2 April 2026
📜Hari: Khamis
⏰Masa: 11:15 pagi– 1:00 petang
🏢Tempat: Dewan Aminuddin Baki, Aras 2, IPGKBM
🎤 Penceramah: Dr. Hj. Salime bin Ab Rahman

Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pensyarah dan staf IPGKBM.

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF:
1. Menyebarluaskan hala tuju dan aspirasi RPM 2026–2035 dengan memberi kefahaman jelas kepada pensyarah dan staf tentang visi, fokus utama serta perubahan strategik dalam sistem pendidikan negara.
2. ⁠Menyelaraskan peranan warga IPGKBM dengan agenda pendidikan baharu iaitu memastikan semua pihak memahami tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan pelaksanaan RPM, khususnya dalam konteks latihan guru masa hadapan.
3. ⁠Meningkatkan komitmen dan kesiapsiagaan terhadap transformasi pendidikan dengan mendorong sikap proaktif, inovatif dan adaptif dalam kalangan warga IPG bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 selaras dengan perancangan nasional.

IMPAK PROGRAM:
1.Peningkatan kefahaman dan keseragaman hala tuju dalam kalangan warga IPGKBM dengan memperoleh pemahaman yang lebih jelas dan seragam terhadap aspirasi RPM 2026–2035, seterusnya mengurangkan jurang interpretasi dalam pelaksanaan dasar pendidikan.
2. ⁠Pengukuhan peranan pensyarah sebagai agen transformasi pendidikan agar pensyarah lebih bersedia dan berkeyakinan dalam mengintegrasikan elemen RPM ke dalam pengajaran, penyelidikan dan pembangunan profesional guru pelatih.
3. ⁠Peningkatan amalan inovatif dan responsif terhadap perubahan pendidikan melalui penghasilan budaya kerja yang lebih proaktif, kreatif dan adaptif dalam menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21, sejajar dengan keperluan sistem pendidikan masa kini.

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Ybrs Dr/ Tuan/Puan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Kampus Kita Raya Kita,
Aidilfitri Sepakat Sejiwa
Tahun ini, Tahun Kita

📅 Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
🗓 Bersamaan: 20 Syawal 1447H
⏰ Masa: 1130 pagi
📍 Tempat: Lobi Menara IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehadiran semua warga IPG  KBM

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

❤️‍🔥Meriah Hari Raya IPGKBM Tahun 2026🌙
Kompilasi Video Aidilfitri Jabatan & Unit IPG Kampus Bahasa Melayu

Merak mengirai hati terpikat,
Hinggap merpati di pohon cemara;
Syawal dirai membawa berkat,
Aidilfitri dinanti semua gembira.

https://youtu.be/EZiDqaFzJ2E?si=7BE1GdbkssVWFYD8

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi &
Warga IPG Kampus Bahasa Melayu
PERKARA: PROGRAM DEMONSTRASI MELAWAN KEBAKARAN DAN LATIHAN MEMADAM API

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Tarikh : 9 April 2026
Tempat : Dewan Zaba dan Perkarangan Perpustakaan
Penceramah : Pegawai Bomba Kanan I Encik Mokhtar bin Ramli
Pensyarah yang terlibat:
Dr. Amir Hamzah bin Aman
En. Lukman bin Abd Ghani
Kohort Terlibat: Cendekia
Anjuran: Kor SISPA IPGKBM (KOHORT CENDEKIA)

Program ini telah berjaya mengumpulkan 36 orang Kor SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam) dari kohort Cendekia.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk:

1.Memberi kemahiran asas kepada warga Kor Sispa IPGKBM tentang cara mengendalikan alat pemadam api dengan teknik yang betul dan selamat.

2.Meningkatkan keberanian dan keyakinan untuk bertindak dengan tenang apabila berhadapan dengan punca api di peringkat awal.

3.Memberi peluang amali kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman memadam api
Program Syarahan Pendidikan MADANI Siri 2 Tahun 2026

📅 Tarikh: 9 April 2026

🕰️Masa: 6:30 Petang

📍Tempat : Dewan Serbaguna IPGM , Cyberjaya

📺 Medium: YouTube Live

🔗 Pautan: https://youtube.com/live/ILmnfeUgR7A?feature=share

Facebook Live KPM: https://www.facebook.com/KemPendidikan

Tajuk: Kesejahteraan Psikologi Kanak-kanak Asas Pembentukan Generasi MADANI

Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Mastura Badzis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tahun Ini, Tahun Kita

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENULISAN ILMIAH SIRI 1/2026

🗓️Tarikh: 6 hingga 8 April 2026
📜Hari: Isnin - Rabu
⏰Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
🏢Tempat: SSTP Ipoh

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF:
1. Menggalakkan para pensyarah IPGKBM untuk menghasilkan artikel penyelidikan.
2. Membudayakan dan menyuburkan aspek penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu.

IMPAK PROGRAM
✍️ Memantapkan penghasilan karya ilmiah agar lebih berkualiti yang dapat memberikan sumbangan bermakna kepada bidang akademik dan penyelidikan kampus IPG.

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📢 HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN: KESIHATAN & LATIHAN KECEMASAN IPGKBM

Semua pelajar Cendekia (Unit Beruniform), serta staf dan pensyarah IPGKBM dijemput menyertai program kesihatan dan kecemasan yang dianjurkan bersama KMI Taman Desa Medical Centre.

✨ Apa yang disediakan?
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Asas: Kolesterol, Glukosa, Tekanan Darah & BMI
🚑 Latihan Basic Life Support (BLS): CPR & kemahiran asas kecemasan

📅 15 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan melatih warga kampus agar lebih bersedia dalam situasi kecemasan. Penyertaan anda mampu memberi impak besar—ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menyelamatkan nyawa esok.

Sebarang pertanyaan:
📞 Encik Zarul (017-6477596)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU: KITAR DAN CIPTA SEMULA BERSAMA MURID PRASEKOLAH BINTANG

Anjuran : Siswa Guru PISMP (PAKK D6) Ambilan Ogos 2024/2029
🗓️ Tarikh: 30 Mac 2026 – 10 April 2026
📍 Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM

Sasaran: 24 orang siswa guru PISMP (PAKK D6), murid Prasekolah Bintang dan warga IPGKBM

Pensyarah Pembimbing:
1. Dr Amir Hamzah bin Aman

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar melalui pelibatan aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
3. Membentuk nilai murni seperti kerjasama, prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan bakal guru.
4. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar dapat memperkukuh kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.
2. Pelajar memperoleh pengalaman bermakna dalam mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak secara berkesan.
3. Kanak-kanak prasekolah memperoleh kesedaran awal tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga IPGKBM yang telah memberikan sokongan serta sumbangan sepanjang tempoh program berlangsung.
GURU BITARA NADI NEGARA 🇲🇾

Dalam dunia yang semakin mencabar, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan negara.

Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala “nadi negara” menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sebagai nadi negara, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menentukan arah tuju generasi melalui penerapan nilai, pemikiran kritis dan semangat patriotisme.

Terima kasih, cikgu!

Tahun Ini, Tahun Kita

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita