IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Ybrs Dr/ Tuan/Puan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Kampus Kita Raya Kita,
Aidilfitri Sepakat Sejiwa
Tahun ini, Tahun Kita

📅 Tarikh: 9 April 2026 (Khamis)
🗓 Bersamaan: 20 Syawal 1447H
⏰ Masa: 1130 pagi
📍 Tempat: Lobi Menara IPG Kampus Bahasa Melayu

Kehadiran semua warga IPG  KBM

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

❤️‍🔥Meriah Hari Raya IPGKBM Tahun 2026🌙
Kompilasi Video Aidilfitri Jabatan & Unit IPG Kampus Bahasa Melayu

Merak mengirai hati terpikat,
Hinggap merpati di pohon cemara;
Syawal dirai membawa berkat,
Aidilfitri dinanti semua gembira.

https://youtu.be/EZiDqaFzJ2E?si=7BE1GdbkssVWFYD8

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi &
Warga IPG Kampus Bahasa Melayu
PERKARA: PROGRAM DEMONSTRASI MELAWAN KEBAKARAN DAN LATIHAN MEMADAM API

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

Tarikh : 9 April 2026
Tempat : Dewan Zaba dan Perkarangan Perpustakaan
Penceramah : Pegawai Bomba Kanan I Encik Mokhtar bin Ramli
Pensyarah yang terlibat:
Dr. Amir Hamzah bin Aman
En. Lukman bin Abd Ghani
Kohort Terlibat: Cendekia
Anjuran: Kor SISPA IPGKBM (KOHORT CENDEKIA)

Program ini telah berjaya mengumpulkan 36 orang Kor SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam) dari kohort Cendekia.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk:

1.Memberi kemahiran asas kepada warga Kor Sispa IPGKBM tentang cara mengendalikan alat pemadam api dengan teknik yang betul dan selamat.

2.Meningkatkan keberanian dan keyakinan untuk bertindak dengan tenang apabila berhadapan dengan punca api di peringkat awal.

3.Memberi peluang amali kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman memadam api
Program Syarahan Pendidikan MADANI Siri 2 Tahun 2026

📅 Tarikh: 9 April 2026

🕰️Masa: 6:30 Petang

📍Tempat : Dewan Serbaguna IPGM , Cyberjaya

📺 Medium: YouTube Live

🔗 Pautan: https://youtube.com/live/ILmnfeUgR7A?feature=share

Facebook Live KPM: https://www.facebook.com/KemPendidikan

Tajuk: Kesejahteraan Psikologi Kanak-kanak Asas Pembentukan Generasi MADANI

Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Mastura Badzis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tahun Ini, Tahun Kita

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PENULISAN ILMIAH SIRI 1/2026

🗓️Tarikh: 6 hingga 8 April 2026
📜Hari: Isnin - Rabu
⏰Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
🏢Tempat: SSTP Ipoh

Anjuran:
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF:
1. Menggalakkan para pensyarah IPGKBM untuk menghasilkan artikel penyelidikan.
2. Membudayakan dan menyuburkan aspek penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu.

IMPAK PROGRAM
✍️ Memantapkan penghasilan karya ilmiah agar lebih berkualiti yang dapat memberikan sumbangan bermakna kepada bidang akademik dan penyelidikan kampus IPG.

#JPPIIPGKBM
#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📢 HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN: KESIHATAN & LATIHAN KECEMASAN IPGKBM

Semua pelajar Cendekia (Unit Beruniform), serta staf dan pensyarah IPGKBM dijemput menyertai program kesihatan dan kecemasan yang dianjurkan bersama KMI Taman Desa Medical Centre.

✨ Apa yang disediakan?
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Asas: Kolesterol, Glukosa, Tekanan Darah & BMI
🚑 Latihan Basic Life Support (BLS): CPR & kemahiran asas kecemasan

📅 15 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan melatih warga kampus agar lebih bersedia dalam situasi kecemasan. Penyertaan anda mampu memberi impak besar—ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menyelamatkan nyawa esok.

Sebarang pertanyaan:
📞 Encik Zarul (017-6477596)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PENGANJURAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU: KITAR DAN CIPTA SEMULA BERSAMA MURID PRASEKOLAH BINTANG

Anjuran : Siswa Guru PISMP (PAKK D6) Ambilan Ogos 2024/2029
🗓️ Tarikh: 30 Mac 2026 – 10 April 2026
📍 Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM

Sasaran: 24 orang siswa guru PISMP (PAKK D6), murid Prasekolah Bintang dan warga IPGKBM

Pensyarah Pembimbing:
1. Dr Amir Hamzah bin Aman

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar melalui pelibatan aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula serta tanggungjawab terhadap alam sekitar.
3. Membentuk nilai murni seperti kerjasama, prihatin dan tanggungjawab dalam kalangan bakal guru.
4. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti kitar semula.

IMPAK PROGRAM:
1. Pelajar dapat memperkukuh kemahiran dalam merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.
2. Pelajar memperoleh pengalaman bermakna dalam mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak secara berkesan.
3. Kanak-kanak prasekolah memperoleh kesedaran awal tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengamalkan amalan kitar semula.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga IPGKBM yang telah memberikan sokongan serta sumbangan sepanjang tempoh program berlangsung.
GURU BITARA NADI NEGARA 🇲🇾

Dalam dunia yang semakin mencabar, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan negara.

Guru bitara melambangkan keunggulan profesionalisme, keteladanan dan integriti, manakala “nadi negara” menggambarkan peranan penting guru sebagai penggerak utama kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sebagai nadi negara, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menentukan arah tuju generasi melalui penerapan nilai, pemikiran kritis dan semangat patriotisme.

Terima kasih, cikgu!

Tahun Ini, Tahun Kita

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

📢HEBAHAN PROGRAM KESEDARAN: KESIHATAN & LATIHAN KECEMASAN IPGKBM

Semua pelajar Cendekia (Unit Beruniform), serta staf dan pensyarah IPGKBM dijemput menyertai program kesihatan dan kecemasan yang dianjurkan bersama KMI Taman Desa Medical Centre.

Tarikh : 15 April 2026
Hari : Rabu
✨ Apa yang disediakan?

⏰
Jam 9 Pagi hingga 12 tengah hari ➡️🩺 Pemeriksaan Kesihatan Asas: Kolesterol, Glukosa, Tekanan Darah & BMI
📍Lobi Utama IPGKBM

⏰*Jam 11.30 pagi hingga 4.30 petang* ➡️
🚑 Bengkel Latihan Basic Life Support (BLS): CPR & kemahiran asas kecemasan

📍Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dan melatih warga kampus agar lebih bersedia dalam situasi kecemasan. Penyertaan anda mampu memberi impak besar—ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menyelamatkan nyawa esok.

Sebarang pertanyaan:
📞 Encik Zarul (017-6477596)

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia.

✨ HARI TERBUKA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING✨

Unit Psikologi & Kaunseling IPGKBM menjemput semua warga IPGKBM untuk hadir ke Hari Terbuka Unit Psikologi & Kaunseling yang penuh dengan aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental.

Kadang-kadang kita penat dengan tugasan, tekanan belajar atau kerja. Apa kata ambil sedikit masa untuk rehatkan minda dan sertai aktiviti santai bersama kami.

🧠 AKTIVITI MENARIK:

🤔 Kenali Diri
💬 Curhat & Chill
🎯 Dart Emotions
💌 From Me To You

📅 Tarikh: 16 April 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Lobi IPGKBM

✨ Datang, luahkan perasaan, kongsi pengalaman dan jaga kesihatan mental bersama kami.

👉 Singgah booth kami dan sertai aktiviti menarik!

Jumpa anda di sana! 😊
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam Pendidikan Bermutu Insan Terdidik Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

GEMA 1 (Gerakan ePdP Memperkasakan Aktiviti Pdp) : Augmented Reality(AR)

Tarikh : 16 April 2026 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 4:00 petang
Tempat : Dewan Za'ba IPGKBM
Kehadiran : Bersemuka secara fizikal (WAJIB)
Penceramah :
Ts. Dr. Ibrahim Ahmad
En. Nazreen Bin Abdullasim
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
Anjuran : Jawatankuasa Pendidikan Digital (JKPD) IPGKBM

Sila baca nota yang dipaparkan di atas poster.

Perhatian dan kerjasama semua dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Kompetensi Digital Pelajar
JKPD IPGKBM
[PERKARA : UJI BAKAT ORKESTRA SISWA GURU MADANI 2026 (ZON TENGAH)]

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia MADANI,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera,
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan mengadakan sesi Uji Bakat Orkestra Siswa Guru MADANI 2026 bagi IPG Zon Tengah. Butiran sesi uji bakat adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 April 2026 (Isnin)
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kampus Terlibat :
• ⁠IPGK Bahasa Melayu
• IPGK Bahasa Antarabangsa
• IPGK Ilmu Khas
• IPGK Pendidikan Islam
• IPGK Ipoh

Sekian, Terima kasih.
[PERKARA : KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027 IPGM KPM]

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia dan
Salam Julang Anak Warisan.

Tarikh: 2- 5 April 2026
Hari: Khamis- Ahad
Tempat: PLK Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak

Kursus ini diadakan untuk membina dan memperkasa keupayaan kepimpinan dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) agar lebih bersedia, berkeyakinan dan efektif dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar.

OBJEKTIF:
1. Membentuk sikap bertanggungjawab, berintegriti dan berdisiplin dalam melaksanakan amanah.
2. ⁠Mengukuhkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan pengurusan organisasi.
3. ⁠Mewujudkan jaringan kolaboratif yang kukuh antara JPP IPG Kampus Bahasa Melayu dengan JPP IPG Zon Tengah.

IMPAK:
1. Melahirkan pemimpin pelajar yang lebih kompeten, proaktif dan berdaya saing.
2. ⁠Mewujudkan barisan JPP yang mampu mengurus organisasi pelajar dengan lebih sistematik dan berkesan.
3. ⁠Meningkatkan kerjasama serta semangat kekitaan dalam kalangan ahli JPP.

Sekian, Terima kasih.

Berkhidmat Demi Siswa,
JPP IPG KBM SESI 2026/2027
'Julang Anak Warisan'
سيروا على بركة الله